Bab 8
Psych Schizophrenia
Psych Schizophrenia
Tepat 3.00 pagi.
Aku tak boleh tidur. Habislah aku, esok mesti ada golongan yang panggil aku
anjing. Iyalah, dah lepas subuh baru nak tidur, mahasiswa jenis apa macam tu.
Tapi lantaklah, aku ni bukannya
mahasiswa baik pun. Kalau tiada orang macam aku, bagaimana golongan tut tut nak
maki mahasiswa, kah kah kah.
Malam ni aku nak
kacau Narsha. Aku nak hantar email. Email yang menyebabkan aku bakal dimaki.
To : narsha_q@yahoo.com
Pandangan saya semasa belajar
fizik secara formal dan pada masa yang sama belajar falsafah secara separa
formal.
Amaran. Tulisan ini sekadar fiction yang hadir dalam
fantasi penulis…. Seandainya ada sama dengan dunia realiti maknanya anggap ia
hanya sekadar fiction daripada saya Kah kah kah
Fizik, apa itu fizik? Berdasarkan dalam pemikiran, pada
pandangan saya, fizik itu mungkin sesuai dikatakan sebagai “alat” atau ilmu
untuk memahami bagaimana sesuatu kejadian alam itu terjadi. Penggunaan
perkataan “alat” di sini bukannya menyamaratakan fizik/sains dengan alat-alat
yang difikir/yang terlintas dalam minda si pembaca, tapi lebih diutamakan
sebagai alat yang boleh digunakan oleh manusia untuk memahami alam semesta.
Dikatakan bahawa bahasa alam ini adalah matematik, oleh
itu untuk memahami alam ini, ahli fizik perlu mahir dalam matematik dan mungkin
lebih elok seandainya ahli fizik lebih pakar daripada ahli matematik. Tetapi
seandainya susah, maka belajarlah matematik dalam pemikiran fizik, kerana
belajar matematik itu kerana fizik bukannya belajar matematik kerana
matematik. Dalam perkataan lain,
seandainya lemah dalam matematik, bukannya bermakna perlu tinggalkan fizik,
kerana seandainya seseorang itu mencintai fizik, maka dalam masa yang sama dia
akan berusaha untuk mencintai bahasa alam itu. Ataupun, tetapkan pemikiran
fizik disaat belajar matematik.
Berdasarkan pembacaan, dikatakan bahawa alam ini terdapat
empat asas daya iaitu daya graviti, daya electromagnetic dan juga daya nuklear
(daya nuklear lemah dan daya nuklear kuat)..(gravity force, electromagnetic
force, weak and nuclear force). Dikatakan juga bahawa ahli fizik tengah
“mencari” formula atau teori untuk menggabungkan semua daya tersebut yang
dikenali sebagai “Theory of everything”. Tidak diketahui oleh penulis, bahawa apa
yang dimaksudkan dengan theory of everything, sama ada ahli fizik hendak
mencari satu formula sahaja ataupun
theory of everything itu mempunyai banyak formula di mana formula itu
saling berhubung kait. Di saat ini, dikatakan bahawa string theory atau loop
quantum theory adalah salah satu formula yang boleh menghasilkan theory of
everything.
Pemikiran saya mengenai fizik
Berdasarkan pengamatan saya, fizik ini mungkin boleh
dikatakan bahawa - fizik telah digunakan untuk menerangkan mengenai realiti
hidup ini. Sains misalnya telah digunakan untuk mencari makna hidup terutamanya
dalam kehidupan moden ini (zaman peradaban barat). Ada juga ahli sains yang
menggunakan sains untuk menjatuhkan agama Kristian dan menganggap bahawa sains
itu adalah sebuah agama yang digelar scientism.
Dalam menghayati fizik, terdapat mungkin dua pandangan
untuk menerangkan mengenai fizik. Iaitu, fizik itu boleh menerangkan sesuatu
fenomena dan satu lagi pandangan adalah apa yang dibawa oleh teori fizik itu
untuk memahami hakikat realiti kehidupan. Fizik boleh digunakan untuk
menerangkan mengenai fenomena alam, tetapi bolehkah fizik itu digunakan untuk
menerangkan hakikat realiti ataupun tujuan kehidupan manusia? Hal ini kerana,
fizik itu hanya boleh menggunakan matematik untuk menerangkan sesuatu kejadian
fenomena alam tetapi matematik tidak boleh digunakan untuk menerangkan hakikat
realiti. Benarkah?
Berdasarkan pendengaran saya daripada seorang ilmuwan, sains
itu boleh menerangkan fenomena alam, tetapi tidak boleh menerangkan Pencipta
alam kerana Allah swt yang menciptakan sains itu. (mungkin ayat itu perlu
difikirkan kembali, tetapi berdasarkan pendengaran, dikatakan bahawa manusia
tidak boleh mematematikkan Pencipta ataupun mematematikkan alam ghaib.)
Persoalannya adalah -apakah makna sains di mata orang
yang menolak kewujudan Pencipta alam ini ?
Ahli fizik mungkin memilih untuk pisahkan dua pandangan
tersebut, kerana fizik itu digunakan untuk memahami alam yang nyata, manakala
alam metafizik diterangkan oleh agama. Mungkinkah ini yang menjadi sebab
mengapa beberapa ilmuwan mengatakan bahawa teori fizik dan agama itu berbeza
kerana teori fizik tiada makna metafizik. Persoalannya adalah apa hubungan
sains dan agama? Adakah tiada hubungan? Bagaimana dengan pandangan yang
mengatakan bahawa pandangan alam seseorang itu boleh mempengaruhi cara dia
mengenal makna fizik, dan cara dia hasilkan teori fizik?
Makna matematik dan juga makna fizikal
Matematik digunakan oleh ahli fizik untuk menerangkan
fenomena alam, bagaimana pula dengan makna fizikal kepada matematik itu? Ataupun
matematik itu tiada makna fizikal? Atau alam itulah makna fizikalnya?
Pening-pening..
(Apa beza sains tradisional dengan sains moden Barat?
Pening-pening.)
Sekian.
Dia membalas…
To : blackmaskcrew@yahoo.com
Woi bodoh, kan aku dah cakap, jangan fikir perkara itu.
Tiada guna. Kau tidak layak nak fikir benda tu. Ilmu kau tak tinggi. CGPA kau
hancur. Kau bukannya pandai fizik pun. Ilmu fardu ain kau pun macam tasik yang
cetek, lagi malang lagi tasik tu tiada ikan. kah kah kah. Cubalah sedar diri.
Aku bukannya nak malukan kau, cuba sedarlah sikit beb. Zaman ini mana ada
manusia yang nak mengharmonikan teologi-falsafah dan sains . Yang ada teori
semata mata, praktikal kurang. Cuba kau beritahu aku siapa yang berusaha nak
satukan benda tu, kalau ada pun apa hasilnya. kah kah kah. Jangan menghayal
woi. sedar diri sikit. Bagus kau tumpukan bagai mana nak cari duit banyak.
Bukankah zaman sekarang mengatakan bahawa erti berjaya itu adalah how much your
money. Bukannya how much your knowledge. Kah kah kah.
Erti berjaya zaman sekarang ini tiada kena mengena dengan
ilmu, kalau kau tahu bagaimana nak jadi raja kapitalis, hah itu makna berjaya.
Kah kah kah. Zaman sekarang ni kau belajar fardu ain, lepas tu kau jadi raja kapitalis
yang baik kah kah kah, kalau tidak boleh jadi raja kapitalis jadi hamba
kapitalis yang berwawasan tinggi pun tidak apa kah kah kah. Sebab itulah, kurang
orang yang setaraf dengan Ibnu Sina, dengan al Biruni. Zaman mereka dah habis.
Zaman sekarang duit penting, populariti penting. Kah kah kah.
Kalau kau nak hasilkan teori sains berdasarkan pandangan alam
Islam, mungkin boleh dan mungkin tidak. Aku tidak halang dan pada masa yang
sama aku juga tidak galakkan kau terlibat dalam benda tu, aku takut kau akan dimaki orang lain seandainya
kau terlibat. Ada benda yang kau tidak lihat dan rasa lagi, seperti mana mereka
yang pakar dalam bidang tu pernah rasa atau lalui. Masyarakat kau akan maki
kau, kawan kau akan maki kau. Come on
bro, sedar diri sikit. Cuba kau tengok berapa ramai mahasiswa yang berfikir
macam kau, tengok sekeliling kau. tiada.
Kalau ada pun , sekadar dari mulut sahaja adalah, sikap tiada, attitude tiada,
mencapap banyak.
Cuba kau fikir, mana teori yang dikatakan berasal
daripada pandangan alam Islam? Come on lah bro, fizik itu tiada makna
metafizikal. Jangan falsafahkan fizik. tiada guna. Biarpun sains itu terbahagi
kepada tiga, iaitu sains sebagai idea, sains sebagai alat untuk melakukan
research dan sains sebagai teknologi, tetapi berapa ramai yang jadikan sains
itu sebagai idea, Idea yang menghasilkan pandangan alam atau dalam bahasa mat
salleh worldview. Berapa ramai? kau dilatih untuk sains yang kedua, untuk
gunakan sains sebagai penyelidikan. Yang pertama itu, kah kah kah, zaman sekarang
ada tak? Kau akan kena gelak adalah… Jangan habiskan masa kau fikirkan benda
tu, bagus kau ikut perangai manusia lain, belajar kerana nak kerja sahaja kah kah kah. Bukan itu
sebab mahasiswa pergi universiti. Bak kata pepatah, kalau duit itu tidak wujud
di dunia ini, maka universiti akan kosong. kah kah kah. kau faham kan ayat itu.
kalau kau tidak faham pun tidak apa. Tak masuk exam pun kah kah kah.
Bye.
Huh, pelik sungguh
awek ni. Aku baca pun macam ada dua makna dalam tulisan tu. Sokong atau
menentang.Tulisan aku pun macam dah dipengaruhi oleh pemikiran dia., tulisan
aku pun sama, kah kah kah.
Apa lagi aku pun
balaslah..
To: narsha_q@yahoo.com
hehehe. Aku sekadar tulis
Dia balas.
To : balckmaskcrew@yahoo.com
Lain kali, kalau nak hantar e-mail, jangan e-mail benda
macam tu. Kau dan aku tidak layak nak bincang benda tu.
Aku pun balas
lagi..
To: narsha_q@yahoo.com
Aku tak kisah pun…..
Aku melayan semua
itu untuk mengisi hati aku ataupun mengisi akal aku. Aku telah penat mengisi
hati aku dan akal aku dengan game, drama, anime, manga, lawak bodoh, dan yang
sejenisnya.
………………….
Hati yang kosong
boleh diisi “sesuatu”. Terletaklah kepada seseorang untuk mencari “sesuatu” itu
agar hatinya tidak dia rasai kosong. Dan juga terletaklah kepada dia agar
“sesuatu” itu berkekalan di dalam hatinya. Tetapi ada kalanya “sesuatu” itu
boleh hilang apabila persekitaran dan mungkin juga hubungan/komunikasi dengan
manusia/masyarakat “menjadi” bertentangan dengan “sesuatu” itu.
Apakah
“sesuatu” itu? “Sesuatu” itu boleh didapati melalui penghayatan alam , melalui
pembacaan yang ditulis oleh tokoh-tokoh ilmuwan yang ulung. Mungkin juga
melalui pengalaman yang mematangkan si pemerhati itu.
Andai kata
persekitarannya bertentangan dengan “sesuatu” itu maka ditakuti “sesuatu” itu
akan hilang kerana dicabar oleh persekitaran itu, hinggakan dia memberontak
melalui mulutnya, tingkah lakunya, tetapi “malangnya” hatinya menangis….
mungkin juga hatinya masih ada “sesuatu” itu, cumanya “sesuatu” itu belum bisa
menguasai hatinya dengan sepenuhnya. Indahnya hidup manusia andai kata dia
menjumpai “sesuatu” itu dan “sesuatu” itu membuatkan hatinya terasa indah,
jiwanya terasa indah, menempuh kehidupan. Di mana keindahan itu bukanlah
keindahan palsu yang lahir hasil kerana sikap hipokrit manusia.
Kerana
persekitaran, “sesuatu” itu boleh tercabar, itulah kenapa ada manusia yang suka
bersendirian. Ketika dia berseorangan “sesuatu” itu berkembang. Tetapi ditakuti
kerana “apa punca pengembangan itu”. Sekiranya pengembangan itu berdasarkan
kesedihan kerana dirinya ditolak oleh masyarakat, maka mungkin “sesuatu” itu
bakal hilang disaat kegembiraan sampai (kegembiraan kerana masyarakat
menerimanya). Sekiranya pengembangan itu berdasarkan kegembiraan kerana
hidupnya indah, maka dikhuatiri “sesuatu” itu hilang disaat dirinya diuji oleh
kesedihan dan dirinya ditinggalkan oleh masyarakat. Ataupun hasil pengembangan
itu adalah dari sesuatu yang hanya difahami oleh seseorang itu. Hatilah yang
penting untuk merasai dan mendapat “sesuatu”
itu. Mungkin melalui hati, seseorang boleh mengekalkan “sesuatu” itu
sama ada ketika dia sedang bersedih atau ketika dia sedang ketawa kegembiraan.
“Sesuatu” itu boleh
menjawab persoalan hidupnya, andai kata dia meneliti “sesuatu” itu berdasarkan
hikmah. Hidupnya terasa cukup, walaupun di mata manusia lain, hidupnya dianggap tidak berguna dan sia-sia.
Indahnya “sesuatu” itu, kerana “sesuatu” itu tidak palsu, dan seseorang itu
boleh menghayatinya dengan hidup kenikmatan. “Sesuatu” itu boleh hilang andai
kata keseronokan dunia menguasainya atau apabila persekitaran menyempitkan
hatinya dan pemikiran hinggakan anggotanya terpaksa bertentangan dengan hatinya
dan bertentangan dengan “sesuatu” itu.
Apabila “sesuatu”
itu tidak kuat, maka dia bakal merasai kembali kekosongan hati, terutamanya
apabila harapannya bertentangan dengan realitinya. Kekosongan hati membuatkan
dia tertanya-tanya kembali soalan yang dia anggap telah terjawab. Tetapi,
malangnya, kerana kurangnya latihan, jawapan itu hilang, hinggakan “sesuatu”
itu hanya berada sebentar di dalam hatinya. Dia berusaha untuk mencari
“sesuatu” itu dan berlatih untuk menjaganya, walaupun “sesuatu” itu boleh hilang
dari hatinya andai kata persekitaran yang kosong menguasai hatinya dan mengajar
hatinya erti kosong. Pemikirannya tercalar kerana dia bingung dengan “sesuatu”
itu, dia tertanya-tanya adakah “sesuatu” itu adalah realiti, bukannya palsu
semata-mata.
"I do not think
there is any thrill that can go through the human heart like that felt by the
inventor as he sees some creation of the brain unfolding to success. Such
emotions make a man forget food, sleep, friends, love, everything."
Nicola Tesla.
Ulasan
Catat Ulasan