Bab 7 Psych Schizophrenia
Pada suatu malam
yang membosankan, aku teringat seorang kawan. Nama dia Azlan, tetapi nama pena -dia
lebih suka letak nama Hinarqy Hyouka. Pelik budak ni. Hinarqy berasal daripada
perkataan anarki dan hyouka pula dia beritahu aku bahawa hyouka bermaksud
teriak. Maknanya nama hinarqy hyouka itu bermaksud anarkiku teriak secara
bising. Dari mana datang bising? Dari karakter dia. Dia ni sejenis macam Narsha
tetapi Narqy ni lebih suka apply anarki dia untuk majukan diri dia, biarpun
anarki dia boleh menyakitkan orang lain.
Aku pun tidak tahu
betul atau tak maksud hyouka tu, tapi dia katakan bahawa dia terpengaruh dengan
anime Hyouka. Lantaklah, hidup dia. Buat apa aku nak komen. Aku bukannya jenis
komen hidup orang lain, macamlah hidup aku ni hebat sangat sampai ada hak nak
komen hidup orang lain. Tapi, biasanya ada golongan shit yang jenis suka
banding-bandingkan kehidupan orang lain. Dia anggap hidup dia seorang sahaja
yang hebat, hidup orang lain macam shit. F**klah jenis manusia macam tu. Kaki
komen, kaki cakap belakang, lepas tu dia anggap dia seorang sahaja hebat. F**k
sangat untuk kroni seperti itu. (eh, macam aku mengomen hidup orang lain
pula….kah kah kah hipokrit sial )
Teringat pula,
budak ni pernah beritahu aku apa itu makna pandai, dan dia ajar aku bagaimana
agar orang lain panggil diri kau pandai. Dalam ayat lain, bagaimana agar orang
bodoh yang sempit pemikiran akan panggil kau pandai.
First, guna mulut.
Kalau kau pandai guna mulut, golongan yang tidak tahu erti pandai akan panggil
kau pandai. Biarpun kau tiada otak, tapi kalau kau ada mulut, golongan luncai
akan mudah panggil kau pandai. Try cakap gaya mencapap, macam kau cakap ala-ala
Hitler, mesti luncai puji kau. Mulut ni kalau kau pandai handle, kau boleh
dianggap oleh luncai yang kau ini pandai. Lepas tu dengan guna mulut, kau boleh
jatuhkan seseorang, itu pun kalau hati kau ni ala-ala s**t. Dah s**t berbau,
lepas tu anjing pun tidak mahu jilat, tapi yang anehnya luncai teringin sangat
nak sentuh s**t kau, mungkin dia ingatkan emas.
Second, guna
pemikiran kau. Tapi pemikiran ni perlukan mulut untuk luahkan pemikiran kau.
Tidak pun melalui lukisan atau tulisan. Kalau pemikiran kau hebat tapi mulut
kau macam mikrofon rosak, tak der guna. Nanti kau tidak boleh mencapap. Lepas
tu golongan bebal dan luncai tak kan puji kau dengan ayat indah mereka. Kah kah
kah. Cuba bayangkan mulut tambah pemikiran, conform kau dipuji golongan bebal
dan luncai, walaupun pemikiran kau ni bukannya asli, kau curi daripada pemikiran orang lain, tapi, biasalah -orang
yang tidak tahu berfikir selain berfikir mengenai material akan panggil kau
pandai. Kau baca buku indie banyak-banyak, lepas tu otak bodoh kau terpengaruh,
terus kau sebarkan. Biasanya macam tu lah. Mudah sangat terpengaruh dengan
buku. Kau ingat buku tu ditulis untuk jadikan kau bertambah robot, buku itu
ditulis untuk membuatkan kau berfikir, bukan membuatkan kau tahu sekadar
menjawab exam ataupun buku itu bukan digunakan untuk bagi alasan yang indah.
Alasan untuk digunakan oleh golongan bodoh akademik.
Third, guna
karakter kau. Kau pandai conquer karakter kau, kau boleh conquer sekeliling
kau. Kau mesti tahu bila masa nak berlakon. Kau boleh guna karakter jahat, baik,
separa jahat, separa baik. Tak pun kau berlakon yang kau ni pandai. Berlakon
gaya pandai. Kalau kau nak lari dari perdebatan, aku syorkan kau berlakon yang
kau ni bodoh sebab itu yang paling senang. Sebab kenapa? Sebab kalau kau
berlakon kau ni bodoh, super jahil, conform orang yang ajak kau berdebat tu
rasa bangga. Dia bangga sebab dia menang mulut. Kalau kau boleh berlakon jadi
golongan pandai, maknanya kau mesti tidak malu nak berlakon jadi golongan
bodoh.
Fourth, guna CGPA.
Biasanya kalau kau tinggi alat pengukur tu, orang bodoh dan jahil pasti panggil
kau pandai walaupun kau tidak bijak. Kau belajar bersungguh-sungguh kerana
CGPA, biarpun kau tidak tahu kau tengah buat apa, dengan alasan suatu hari
nanti ilmu ini akan kau guna (alasan untuk sedapkan hati). Tapi tidak mengapa,
sebab masyarakat sekarang ni akan pandang CGPA kau. Contohnya macam ni, kalau
sesuatu universiti tu dapat lahirkan golongan yang tinggi nilai alat pengukur
tu, mesti masyarakat akan memuji kau. Mesti senang kau dapat kerja. Semua orang
tidak kisah pangkat, umur, jantina, kebodohan, kepandaian akan memuji kau.
Kalau golongan yang mempunyai syarikat pasti dia akan puji kau. Dia mungkin
akan cakap seperti ini ‘Yes, makin ramai manusia yang boleh bantu aku tambahkan
harta dunia aku”. kah kah kah.
Yang kelima, kau
tidak kisah apa-apa. Dalam bahasa lain, kau jadi nerd. kau hidup dalam dunia
kau sahaja. Kau tidak kisah apa golongan robot cakap, apa golongan robot putus
wayar cakap. Yang penting mereka tidak kacau dunia kau. Tapi biasanya golongan
ni jenis yang tidak mahu kalah. Dia akan anggap diri dia paling hebat, paling
pandai. Tapi aku tidak kisah pun. Sebab semua golongan mahu diri dia dipanggil
pandai. Ingat diri pandai, tapi malangnya golongan luncai dan bebal sahaja akan
panggil kau pandai, golongan lain panggil kau jahil yang berilmu. kah kah kah.
Yang keenam, kau
banyak duit. Conform orang akan panggil kau telah berjaya, sebabnya senang,
kejayaan itu diukur melalui “how much your money”. Kalau kau banyak duit pasti
kau akan digelar pandai, lepas tu masyarakat akan jadikan kau idola agar
anak-anak mereka yang dihantar ke sekolah akan jadi seperti kau. Dalam bahasa
lain, nanti mereka boleh programkan anak mereka guna C++, agar anak mereka
bersemangat untuk hidup. Yang indahnya, dalam program tu, mereka tambah ayat
Al-Quran, baru seimbang dunia akhirat. In the end, ahli perniagaan akan
bertambah duit.
Yang ketujuh, kau
pandai mencapapkan diri kau. Kalau kau pandai naikkan diri kau melalui proses
capap, conform orang puji kau. Lepas tu kalau kau pandai guna mulut, pemikiran
kau pun hebat, kau pandai mencapap, aku janji -orang bangang akan puji kau
pandai. Lepas tu kalau ada orang yang kau anggap pandai daripada kau, kau boleh
rendah-rendahkan dia, melalui proses mencapap guna mulut. Biar orang sekeliling
pandang kau bahawa kau seorang sahaja yang pandai. Orang lain tidak pandai,
sebab kenapa, sebab mereka tidak pandai mencapapkan makna diri. kah kah kah.
Kalau aku, aku
apply semua. Cuba tengok, nanti akan ada orang panggil aku pandai. Sebabnya
sama ada mereka pandang mulut aku atau pemikiran aku atau proses mencapap aku
atau karakter aku. Tapi, majoroti golongan ni panggil aku pandai sebab CGPA
aku. Lantaklah, dah mereka pemikiran macam tu. Nak tegur takut pula mereka
terasa hati, tak pun terasa penis. kah kah kah.
Aku nak ajar kau
ayat yang kawan aku beritahu aku dua tahun yang lalu. Dia cakap macam ni
“Narqy, tahu tak
benda apa yang paling seronok kat dunia ni? Salah satunya adalah mendengar
orang jahil berkata-kata. Itu paling seronok. Dah jahil, tapi tak sedar jahil,
sebab kenapa, simple, sebab dia anggap kalau dia pandai maknanya dia bijak,
sedangkan pandai dan bijak itu berbeza maknanya. Kalau kau nak pandai kau
belajar bersungguh-sungguh, tapi bijak ni kau kena belajar daripada pengalaman
kau. Sebab tu lah, kau akan nampak golongan yang dipanggil oleh si bebal- pandai, tetapi sebenarnya super jahil,
langsung tiada kebijaksanaan. “
“Amad, kau yang
mana?”
“Tiada. Apalah
pemikiran kau ni.’
“Inilah dunia Mad.
Mesti ada prinsip. Baru kau dipanggil golongan berjaya. Kah kah kah.”
“Kalau kau sebarkan
benda ni kat orang lain, pasti ramai yang tersentap. Takpun mereka akan benci
kau. Atau ada golongan yang akan terpengaruh.”
“Sebab tulah aku
katakan, jangan mudah terpengaruh, jangan jadi golongan jenis taqlid buta. Jangan
pula jadi golongan kaki komen. Golongan ni kita boleh nampak dalam arena politik,
terutamanya mereka yang super hyper fanatik politik. Bak kata pepatah, di saat
macai dengan wacai tengah bergaduh, luncai pula terkeliru nak pegang tahi siapa.”
kah kah kah. kalau ada budak kaki super hyper fanatik politik dengar pasti dia
marah. lepas tu dia mesti cakap “untuk majukan Islam kita mesti kuasai
politik”. Indahnya ayat.”
“Wei, pemikiran kau
bahaya.”
“Kau pun apa
kurangnya. Kau jer yang jenis terima semua. Jenis tidak kisah orang panggil kau
bodoh ker, panggil kau pandai ker. Sejak bila kau jadi macam tu? Bukan dulu kau
jenis anarki yang bising? Sekarang ni kau macam orang tiada impian. Tidak kisah
apa-apa. What happen bro?”, soal dia.
“Aku malas nak
layan semua tu. In the end aku akan rasa kosong.”, jawab aku simple.
“Kalau rasa kosong.
Usahakanlah untuk isi.”
“Aku dah penat.
Buat apa nak isi seandainya benda tu palsu.”
“Kah kah kah. Lantak
kau lah Mad.”
“Kau tak pernah
rasa kosong?”, soal aku.
“Pernahlah. Tapi
kalau aku rasa kosong, aku layan awek. WhatsApp ada..”
“Itu bukan rasa
kosong. Itu rasa bosan. Jangan samakan rasa kosong dengan rasa bosan. Rasa
kosong ni, kalau kau buat apa pun, kau tetap akan rasa kosong. Macam semua
benda tiada guna. Kau rasa something missing. Bukannya kau rasa kosong sebab
kau rasa bosan. Bukannya kekosongan itu lahir daripada perasaan bosan. Rasa kosong
itu lahir disebabkan kau rasa something missing atau something wrong.”, kata
aku.
“Shitlah semua tu.
Buang masa. Awek ada, game ada, anime ada, filem blue ada. Layan lah. Apasal
nak layan sangat kekosongan kau. Tiada guna.”
“Kalau aku layan
game pun, in the end tetap rasa kosong. “
“Kalau macam tu,
main game lagi, main game banyak-banyak.”
“Benda itu hanya
palsu. Aku tak nak benda palsu tu isi hati aku. Aku tak nak virtual particle
isi hati aku. Lesap bila dia nak lesap.”
“Kau dah start dah
dengan kau punya nerd. Jangan apply fizik dalam percakapan kau, apply dalam
exam jer. Kalau tak, kau akan dimaki. Terutamanya mereka yang kaki komen, kaki
cakap belakang.”
“Kah kah kah.
Lantaklah, ada aku kisah.”
Hidup ini pelik
sungguh. Ada manusia yang berani menunjukkan anarkinya. Ada pula yang jenis
pendiam dan anarki hanya wujud dalam mindanya sahaja. Ada juga yang bangga dengan
amalan aktivisnya di luar kampus. Semua manusia jumpa apa yang dia minati, dan
berusaha agar benda tu tidak hilang dari hatinya. Apabila semuanya clash,
siapakah yang akan menang? Seandainya semua manusia yang mempunyai tugas
masing-masing clash, siapa akan menang? Apa akan terjadi apabila tugas itu
diclashkan? Apa akan terjadi sekiranya pendapat manusia yang berbeza-beza
bertembung?
Ayat sama!
……………
Aku dah lama kenal
Narqy. Dulu, semasa di sekolah menengah dia ni jenis pendiam, jenis loser, keputusan
peperiksaan antara yang tercorot. Entahlah, selepas aku jumpa dia semula di
matriks, dia telah berubah. Aku tahu dia tak nak orang lain jadi seperti dia,
sebab itulah dia buat teori macam mana nak orang lain anggap kita ni pandai,
dan dia nak semua manusia berusaha. Korang tak nak apply teori tu?
Mungkin ada kisah
di sebalik perubahan dia yang aku sendiri pun tidak tahu. Tak kan sebab cinta?
Biasanya manusia ni akan berubah apabila berlakunya tragedi cinta dalam hidup.
Benda lain mungkin.
Ulasan
Catat Ulasan