Bab 4 Psych Schizophrenia
Makin hari, aku dan
dia semakin rapat. Apa yang aku tahu pasal awek ini, dia ini jenis anarki.
Sejenis macam aku, cumanya aku ini anarki pendiam, dia pula anarki pembising.
Anarki yang dia keluarkan melalui percakapannya, perbuatannya dan paling
penting sekali pemakaiannya (warna rambutnya).
Dia ini jenis awek
pelik, orang lain biasanya guna WhatsApp atau Facebook untuk berchat, tetapi
dia ini guna email. Entahlah anarki jenis mana dia ikut. Tapi lantaklah, aku
tak kisah pun, asalkan jangan kacau dunia aku sudah. Tapi biasalah, awek yang
kita suka, kita sanggup buat apa sahaja untuk dapatkannya…alasan lelaki yang senang
kena hack guna virus romantik.. kah kah kah.
Hanya kerana awek
ini, aku sanggup install app yahoo mail kat hand phone aku, dan paling penting
lagi, software yahoo messenger pun aku install kat laptop aku. Bolehlah bajet
email gaya golongan kolar putih. Kah kah
kah
Biasanya aku dan
dia selalu tukar email.
Hari ini, aku rasa
aku mahu bagi dia baca tulisan aku. Tulisan indie aku…. Bajet indie, kah kah
kah…
From: blackmaskcrew@yahoo.com
To : narsha_q@yahoo.com
Hai awak, boleh
tak awak komen tulisan aku ini… Jangan komen grammar, komen isi.. Itu yang
penting..
Pemerhatian, pembacaan, penghayatan (sekadar pendapat)
/(sekadar cerita rakyat)
Ada ahli sains Barat (fizik) yang tidak kisah falsafah di
sebalik teori fizik kerana mereka menganggap teori fizik hanya untuk dunia
fizikal sahaja, tanpa makna metafizik. Mereka membuat kajian/penyelidikan
menggunakan teori fizik, tanpa mengambil kisah falsafah yang dibawa oleh teori
fizik tersebut. Fizik dan falsafah telah dipisahkan kerana ahli fizik Barat menganggap
falsafah hanya melambatkan/mengganggu kemajuan teori fizik. Begitu juga layanan
ahli fizik Barat terhadap agama. Dalam hal agama, mereka lebih suka untuk
pisahkan agama dan sains(fizik terutamanya) kerana menganggap agama tidak boleh
membantu memajukan fizik. Benarkah?
Ada ahli fizik Barat yang kisah mengenai falsafah di
sebalik teori fizik, kerana mereka anggap fizik ini boleh bekerjasama dengan
falsafah untuk memahami lebih dalam tentang teori fizik, terutamanya teori
quantum. Dalam hal teori quantum, ada ahli fizik Barat tidak kisah tafsiran
(interpretation) yang dibawa oleh teori quantum, dan mereka hanya kisah
matematik yang boleh digunakan untuk penyelidikan mereka. Dan ada juga ahli
fizik Barat yang suka mengfalsafahkan teori quantum, hingga akhirnya wujudlah
banyak mazhap/tafsiran untuk teori quantum.
Iklan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pihak manakah
yang anda akan pilih? Semua pihak
tersebut boleh menjadi ahli fizik yang berkaliber tetapi akan menjadi
"kes" apabila semua pihak ini
berdebat. Dan lebih parah lagi apabila ahli falsafah dan ahli agama turut masuk
campur. Maka akan terhasillah ayat seperti " Awak siapa nak kutuk teori
fizik, saya ada PhD dalam fizik awak tidak ada apa-apa, dan awak tidak pernah
pun belajar fizik dan matematik untuk menerangkan teori fizik". Ayat itu
sesuai atau tidak? Aku pun tidak tahu…
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Manakah lebih
baik, "pisahkan falsafah-teologi dan sains" atau "falsafahkan
teori fizik"? Ramai orang akan memilih yang pertama kerana ramai tidak
suka falsafah. Begitu juga mereka tidak mahu masukkan pandangan alam
(worldview) yang dibawa oleh agama ke dalam teori fizik. Adakah ada ahli fizik
yang memilih untuk belajar pandangan alam agamanya terutamanya dalam ilmu
kalam, tasawuf, falsafah, etc yang hadir dalam sejarah agamanya, kemudian
hasilkan teori fizik/perbaiki teori fizik yang sedia ada agar sesuai dengan
pandangan alamnya?
Atau mereka memilih untuk jadikan teori fizik itu sekadar
nombor untuk digunakan dalam penyelidikan dan tidak gunakannya dalam hati
mereka, maknanya dualisme akan berlaku antara falsafah/agama dan sains(fizik)?
Adakah mereka berpendapat bahawa teori sains (fizik) itu bebas nilai atau tidak
bebas nilai? Adakah ilmu itu bebas nilai atau tidak?
Usaha yang banyak perlu dilakukan untuk masukkan
falsafah/ agama dalam teori fizik. Hal ini kerana seandainya seseorang ingin
jadikan teori fizik itu hanya sekadar teori untuk pengkajian dan tiada makna
metafizik, maka mereka hanya perlu belajar fizik, tanpa belajar falsafah/pandangan
alam agamanya, sekiranya belajar falsafah/pandangan agamanya, itupun mereka
tidak boleh gabungkan/satukan/harmonikan ketiga-tiga hal tersebut. Sekiranya
seseorang hendak falsafahkan fizik maknanya dia perlu belajar pandangan alam
agamanya (belajar ilmu falsafah, kalam, tasawuf, etc...)
Apa akan terjadi
seandainya agama ditambah dengan falsafah yang menurut pandangan alam agamanya
digunakan untuk hasilkan teori fizik? Mungkin akan terjadi perdebatan, tetapi
bukankah lebih baik sekiranya berlaku perdebatan yang ilmiah (beradab) antara
ahli fizik yang sama agama yang dianutinya seperti yang terjadi antara ahli
falsafah Islam dan ahli kalam suatu ketika dahulu (zaman tamadun Islam). Di
saat ini berlaku perdebatan antara ahli fizik yang berlainan agamanya/berlainan
pandangan alamnya, dan akhirnya ada ahli fizik yang malas nak masuk dalam
perdebatan tersebut dan mengambil inisiatif untuk pisahkan fizik daripada agama
dan falsafah dengan alasan fizik hanyalah untuk alam fizikal ini dan tidak perlu
masukkan agama dalam fizik kerana agama dan fizik itu bertentangan. Misalnya
fizik adalah ilmu berdasarkan empirikal, dan agama berdasarkan keyakinan
(mutlak). Benarkah cara itu?
Tetapi bukankah teori fizik sekarang ini mempunyai
masalah terutamanya tafsiran quantum mekanik? Atau hanya perlu ikut mazhab
"just shut up and calculate"? Tetapi bukankah tujuan pembelajaran/
penyelidikan fizik itu adalah untuk mencari erti kebenaran? Bukankah ahli fizik
barat mengkaji alam untuk mengetahui bagaimana alam ini terjadi? Dan bukankah
ada ahli fizik yang mencari jawapan untuk masalah fizik menggunakan
"falsafah dunia timur"?
Ada ahli fizik yang mahu tafsiran fizik itu berada di
dalam pandangan alam agamanya. Mereka tidak mahu ahli fizik menerangkan dunia
ini berdasarkan tafsiran atheist misalnya tafsiran bahawa alam ini terjadi
kerana kebetulan.
Ada ahli fizik yang mengambil jalan selamat dengan
mengatakan bahawa sains dan agama adalah terpisah. Maknanya tiada erti akidah
dalam fizik. Fizik hanya untuk pengkajian fizikal(untuk akalnya) dan agama pula
untuk dirinya(hatinya).
Ada ahli fizik yang
mencari kebenaran dalam teori fizik. Mereka tidak percayakan agama selain
sains. Mereka jadikan sains itu setaraf dengan agama (scientism).
Ada ahli fizik yang tidak ambil kisah mengenai falsafah
fizik kerana sibuk dalam pengkajian mereka.
Ciri seterusnya, pelajar yang belajar fizik hanya untuk
buat kajian alam tanpa perlu memikirkan metafizik di sebalik teori tersebut.
Mereka ini hanya pakar dalam fizik sahaja, tetapi tidak berminat dalam hal-hal
agama dan falsafah. Bagi mereka agama itu sekadar sembahyang dan akhlak, dan
agama/falsafah-fizik tidak boleh diharmonikan.
Antara "ciri-ciri" diatas mana yang
"susah" dan mana yang "senang"?
(Di sini bukannya mengatakan bahawa falsafah itu setaraf
dengan agama, kerana penulisan ini sekadar pendapat penulis dalam menceritakan
hubungan falsafah/agama dengan fizik, bukannya hubungan falsafah dan agama,
atau hubungan fizik dan falsafah dan agama…. dan agama di sini bukannya merujuk
kepada sekadar solat, baca kitab suci (al- Quran) tetapi pandangan alamnya…)
(Penulisan ini juga bukan untuk merendah-rendahkan
sesiapa, kerana pada pendapat penulis, semua manusia ini ada tugasnya
masing-masing, maknanya semua ahli fizik itu ada tugasnya masing-masing.)
-----Tetapi jangan kerana ego, maka engkau
merendah-rendahkan tugas manusia lain, menghina mereka, cakap belakang, tanpa
menegur mereka... hinggakan ada golongan yang suka mentertawakan mereka dari belakang------------
----Beradablah ketika berbeza pendapat
----Bukankah lebih baik seandainya menguasai ketiga tiga
ilmu itu ---- pandangan alam
agama-falsafah- fizik? Tetapi setiap manusia ada batasnya dalam erti
intelektual....
---Akhirnya, hanya belajar fizik sahaja, tanpa ada masa
jadikan fizik itu sebagai teori berserta amali..
---Andai kata begitu jangan jadikan fizik sebagai
pandangan alam.
--- Tetapi apa tugasmu sebagai orang yang beragama,
seandainya ada golongan atheist yang
mengfalsafahkan
teori fizik dan mengatakan bahawa "berdasarkan teori fizik mengatakan
bahawa alam ini terjadi secara kebetulan atau alam ini tiada permulaan dan
penghujungnya" ?
-----Apa tugasmu seandainya ada ahli sains jadikan sains
itu pandangan alamnya
Adakah jawapanmu.....
"jangan
falsafahkan fizik"
atau
"Just shut up
and calculate"
atau kamu tidak
ambil kisah
atau kamu mengatakan bahawa teori itu tidak ada maknanya
dalam bentuk metafizik....
atau sekadar cakap
bahawa dia itu salah, tanpa mengemukakan teori lain (sekadar pandai komen
tetapi tiada idea yang lebih baik)
atau
kamu akan terangkan fizik dalam konteks falsafah, kalam,
tasawwuf (pandangan alam agamamu)?
---Golongan manakah aku? kamu? Kajilah... dan terus buat
kajian ....Jangan sekadar taqlid buta........tanyalah dan terus bertanya.
terutamanya dalam ilmu fizik ini... tanyalah ahli fizik, ahli agama, ahli sufi,
ahli falsafah, ahli kalam....etc (ambil yang jernih dan buang yang keruh....
dan pastikan yang jernih itu kau yakini jernih)
…
----maaf ayat banyak salah tatabahasa...
baca ini (seronok) (jangan taqlid buta) (buat kajian
tetapi jangan biarkan kajian itu mengelirukan kamu)
http://www.rausyanfikir.com/2009/03/masalah-ulama-hari-ini-dualisme-ilmu.html
http://sainsislam.blogspot.com/2006/06/falsafah-quantum-dari-fizik-ke.html?m=1
http://syurgadidunia.blogspot.com/2010/05/fizik-kuantum-dan-falsafahnya-dalam_31.html?m=1
...
Atau ini sekadar khayalanku disaat aku bersendirian di depan komputer.........?
Atau suatu hari nanti aku akan lupa semua ini kerana
sibuk dengan dunia moden...?
Atau ini sekadar ilusiku di dalam dunia fantasiku kerana
aku belum merasai dunia realiti diluar
sana?
Sekian.
Ulasan
Catat Ulasan