Bab 13

Psych Schizophrenia


Seperti yang dijanjikan. Awek ni datang naik motor, dan yang s**tnya dia suruh aku duduk di belakang. Time duduk kat belakang , tertimbul idea bodoh - aku nak peluk dia, tapi takut pula. Awek ni bukannya layan cinta cintun ni. Biasalah, awek pelik. Suka sangat layan akal daripada layan hati. 

Dia cakap layan hati ni buang masa. Merosakkan akal. Aku rasalah, awek ni jadi anarki sebab dia terlalu melayan akal, hinggakan dia kurang melayan hati dia, in the end jadi anti romantik, kah kah kah. 

Tapi, aku nak try gak sentuh hati awek ni. Lantaklah, sebab tulah ada orang katakan bahawa otak manusia ni akan berfungsi selama mana manusia itu hidup, termasuk tidur, tapi apa akan berhenti berfungsi time jawab exam dan time jatuh cinta, kah kah kah. Salah satu sebab kenapa awek rambut perang ni anti romantik, anti layan hati.

Ulasan

Catatan Popular