Bab 9              

Psych Schizophrenia

Pada hari ini, aku akan lepak dengan Narsha. Aku tidak kisah sangat lepak dengan awek ni. Biarpun aku  ini membosankan tetapi awek ini tetap layan aku. So, dia ajak lepak, aku lepaklah. Loser sial. Macam s**t yang anjing pun tak nak makan. kah, kah, kah.

Masa tengah makan, mamak warung tu buka TV. ‘Manusia’ kat TV tu cakap yang keputusan SPM pada tahun ini meningkat.  Maknanya rakyat Malaysia ni makin pandai. Apa lagi awek ni pun komenlah, dah dia ni jenis robot terputus wayar.

“Ni lah masyarakat, makna pandai pun telah disempitkan. Cakap pandai saja, mesti terfikir mengenai keputusan peperiksaan. S**tlah, sebab benda macam tulah ramai manusia belajar semata-mata kerana peperiksaan. Tengok, in the end lahir golongan robot yang bercita-cita tinggi. “

Aku pun cakap lah.

“Kalau bodoh bodohlah, jangan bagi alasan”

“Ya, aku memang bodoh. Tapi aku tahu apa itu  erti pandai. Aku tahu pandai itu bukannya diukur berdasarkan keputusan peperiksaan semata-mata. Bukannya berdasarkan alat pengukur universiti. Kawan aku sendiri cakap, orang pandai ni adalah orang yang makin berilmu makin takut Pencipta. Bukannya makin pandai makin jahil. Jahil yang berilmu. Kah kah kah. Lepas tu bangga dengan kejahilan dia. Lebih teruk lagi, orang bodoh pun panggil orang jahil itu pandai. Dah kau bodoh dalam erti alat pengukur tu, pasti kau nilai yang tinggi value alat pengukur tu adalah seorang yang pandai, bangang sial. Sebablah tu lah ramai orang berlumba-lumba jadi pandai, berlumba-lumba nak tinggi alat pengukur, gara-gara nak digelar pandai, tak pun nak mencapap guna mulut dia.”

“Pemikiran kau dah rosak ni.”, kata aku.

“So what. daripada aku jadi macam kau. Nak jadikan sains tu bawah teologi-falsafah. kah kah kah. Khayalan semata-mata. Cuba kau bagi nama mereka yang berusaha nak jadikan sains itu di bawah lindungan teologi-fasafah. Tak de bro. Mungkin ada, tapi bro, kritik banyak adalah. Cakap banyak. Jenis macam kau. Kah kah kah.”

“Heiii, cubalah cakap beradab sikit. Jaga pemikiran tu. Takut sesatkan kau adalah.”

“Sesatkan aku? Kau penah nampak tak aku sembah bulan lepas aku berfikir anarki macam ni? Ni lah masyarakat. Aku tak nak jadi macam kau. Robot antarabangsa yang berwawasan tinggi dan berkebolehan menjadi mangsa kapitalis yang hebat. kah kah kah.”

“Siapa cakap aku ni robot.”

“Gaya kau”

“Aku dah malas nak berfikir gaya anarki. Lebih baik aku jadi robot. Kumpul duit banyak-banyak, lepas tu pergi melancong seluruh dunia. Buat apa aku nak bincang pasal kapitalis, sosialis, intektualisme, inteligensia, buang masa aku. Tak dapat apa –apa pun. Hati aku makin kosong adalah. Kosong macam kau. Kosong tapi tak mengaku. “

“Hati aku memang kosong. Sebab tulah aku berusaha nak isi. Bukannya macam kau. Type anarki, tapi jenis pendiam, lepas tu tak tunjukkan kearnakian kau. Macam hipokrit.”

“Aku bukannya hipokrit. Aku malas nak tunjukkan anarki aku. Bagi aku, semua manusia itu ada tugas. Tugas aku diam, tugas kau bising. Aku tak kisah sangat pun kau robot kah, kau robot terputus wayar kah, kau manusia bodoh yang tidak kisah apa-apa kah, aku tak kisah pun. Aku pun tak kisah sangat kau nak buat apa kat dunia ni, kau nak kumpul duit ka, kau nak mencapap ka, kau nak mencipap kah, aku tak kisah. “

“So apasal kau kisah pasal pemikiran aku.”

“Sebab aku suka kau.”

Kah kah kah. Muka dia menjadi merah.

….

Lepas habis makan, kami jalan-jalan kat shopping complex. Syurga untuk perempuan. Kah kah kah. Lelaki pun sama.

Habis pusing satu floor, cari bangku lepas tu rehat. Sebenarnya malas pula nak jalan-jalan kat tempat ni, aku bukannya nak beli apa-apa pun, awek ni lagi lah, tak beli apa-apa pun. Sekadar jalan-jalan buang masa adalah.

“Woi, apasal kau malas nak tunjukkan anarki kau?”

“Sebab aku malas.”

“Cuba bagi alasan yang bagus.”

“Kan aku dah cakap. Semua manusia itu ada tugas masing-masing. Sebab tulah aku malas nak komen tugas manusia lain. Biarlah orang lain yang komen. Biarlah golongan robot dengan golongan robot putus wayar berdebat. Malas aku nak layan.”

“Tau tak, orang jenis macam kau nilah yang menyebabkan manusia menjadi lebih bodoh. Tiada prinsip. Takut menjadi anarki. Anarki dalam hati jer, mulut diam macam sial. Lepas tu suka jadi pemerhati. Kau perhati apa. Awek lawa? S**tlah.”

“Kan aku dah kata. Aku malas nak layan pemikiran anarki aku. Aku tak dapat apa-apa pun. Kosong. Lebih baik aku main game, tak pun tengok anime….”

“Loser.”

Malam tu aku email dia tulisan ini. Tulisan yang telah lama aku tulis.

To : Narsha

Tugas
Semua manusia yang berada di dunia ini ada tugas masing-masing. Tugas ahli politik, ahli ilmu, ahli agama, pekerja, nelayan, petani. Semuanya berbeza-beza. Ada masa di mana ahli-ahli ini tidak tahu batasan bidangnya/tugasnya, hinggakan menganggap bidangnya sahaja yang betul. Tanpa bidang lain, bidangnya boleh menolong manusia memajukan dunia. Ada ketika juga di mana ahli-ahli dalam sesuatu bidang mengkritik ilmu yang bukan bidangnya. Persoalannya, bagaimanakah kritikan itu dibalas? Adakah secara berilmiah atau mengatakan bahawa pengkritik itu tidak layak untuk mengkritik kerana ilmu yang dikritiknya itu bukanlah bidangnya.

Bukankah Allah memberi ilmu kepada yang dikehendaki-Nya. Tidak semestinya seseorang itu memiliki PhD, master, atau degree dalam bidang tertentu -tersangat pakar dalam ilmunya dan menganggap bahawa orang yang tidak memiliki alat pengukur itu  tidak layak mengkritik ilmu tersebut. Benarkah? Benarkah orang yang tidak ahli dalam ilmu itu tidak boleh mengkritik ilmu itu? Misalnya ahli falsafah/agama tidak boleh mengkritik teori fizik/sains. Andaikata ahli falsafah/agama melihat /merasai terdapat kesalahan dalam teori sains, maka disebabkan ahli falsafah/agama itu bukan ahli dalam bidang sains (kerana tiada master, degree, PhD), maka ahli agama/falsafah itu tidak layak untuk mengkritik teori tersebut. Begitukah?

Adakah seseorang itu perlu menguasai dan beramal dengan agama dengan sebenar-benarnya agar falsafah dan teori fizik/sains tidak bertentangan dengan pandangan alamnya? Kisah antara ahli falsafah/agama dan ahli sains di atas boleh ditukarkan dengan ahli intelektual dan ahli inteligensia atau ahli politik dengan ahli kritik atau sebagainya. (ahli anarki dan ahli tidak anarki atau ahli robot dan ahli robot yang terputus wayar)

Di dunia ini, berdasarkan pemerhatian, setiap manusia perlu melakukan tugasnya masing-masing berdasarkan makna keadilan yang sebenarnya. Ahli politik melakukan tugasnya dalam mengambil keputusan walaupun keputusan itu akan  dikritik oleh kaki pengkritik. Begitu juga dengan ahli pengkritik, dia melaksanakan tugasnya dengan mengkritik, tetapi hendaklah berilmiah dan beradab, bukannya berdasarkan kebodohan yang fanatik kepada sesuatu parti. Begitu juga dengan ahli sains, tugas mereka adalah untuk memajukan dunia, di masa yang sama menjaga alam ini agar tidak rosak kerana hasil kajian mereka (pencemaran). Tugas ahli agama pula untuk memastikan masyarakatnya terpelihara daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan kepada Allah swt. Manusia perlu melaksanakan tugasnya dengan adil dan bertoleransi. Tetapi apa akan terjadi seandainya tugas itu akan bertembung dengan tugas lain? Berlakunya perdebatan…..


--------------------------------------------------------------
Keesokan harinya barulah dia menghantar email. Itu pun pada pukul 2 pagi.


To : Amad

Malas nak komen. Dah itu prinsip kau. Boleh tak kau hantarkan persoalan yang kau tengah cari? Tak pun try hantar tulisan kau yang kau reka berdasarkan pengalaman kau. Tak payah panjang-panjang. Nak hantar banyak persoalan pun  tidak apa. Malam ni aku nak layan pemikiran. Masa banyak free.


Pelik sungguh perempuan ni. Apasallah sibuk sangat nak layan pemikiran. Tak rasa kosong ker. Cubalah layan perasaan. Dah lah aku kena reject. Kah kah kah. Tapi nasib baik dia tidak kekok lepas aku confess depan dia. Iayalah, nak kekok bendanya, awek ni bukannya jenis layan perasaan pun, apa orang cakap, layan drama korea yang penuh dengan fantasi  kah kah kah. Dia ni jenis layan pemikiran. Teringat pula email yang dia hantar dua hari lepas.

To : blackmaskcrew@gmail.com

Amad, aku pernah cerita mengenai perasaan vs pemikiran. Sebenarnya aku pernah terbaca di surat khabar. Ada seorang ilmuwan daripada UM mengatakan bahawa mahasiswa sekarang lebih suka melayan perasaan daripada pemikiran. Dia katakan bahawa mahasiswa ni lebih suka datang sekiranya sesuatu ceramah itu adalah mengenai percintaan, tetapi seandainya buat ceramah  mengenai ekonomi, langsung tak layan.
Sebab saat itulah aku try untuk layan pemikiran. Bagi aku layan perasaan macam romantik, gelak macam babun, dan seumpamanya hanyalah sia-sia sahaja.
Bye.


Aku balas email dia:


To: Narsha

Sebab itulah hati kau jadi keras.


To : Amad

Aku tidak tahu. Mungkin.


….
Teringat perbualan aku dan Narsha

“Manusia ni suka  melihat kelemahan dan keburukan orang lain, tetapi kelemahan dan keburukan diri sendiri, tidak pula lihat.”

“Sebab itulah Mad kita harus apply ayat tu.”

“Maksud kau?”

“Orang cari keburukan kita, kita pun cari keburukan orang lain.”

“Kenapalah kau berfikir macam tu.”

“Kah kah kah. Orang lain buat macam tu apasal aku tak boleh.”

“Janganlah ikut perangai bodoh tu.”

“Lantaklah. Kalau sabar aku dan hilang, minta maaflah kalau aku panggil robot, hamba sistem buatan manusia tidak layak, manusia lain tertindas, kau pula sibuk kumpul harta, f**k lah golongan macam tu.”

“Jangan panggil manusia robot. Mereka pun ada hati.”

“Ada hati? Hati apa?”

“Bukan semua manusia diberi peluang untuk lari daripada sistem tu.”

“Alasan. Kau ni jenis loser.”

“Kah kah kah.”, aku hanya mampu gelak.

“Amad, aku ajar kau sesuatu yang penting. Ingat, apabila ada manusia yang panggil kau anjing, kau mesti buktikan yang kau ni anjing. Kalau ada golongan cakap yang kau ni sampah, kau mesti buktikan yang kau ni sampah, biarpun kau ni bukannya sampah.”

“Jangan kisah apa yang orang lain cakap.”

“Kah kah kah. Aku gurau sebenarnya. Nak tengok respon kau.”


Itulah Narsha.







Ulasan

Catatan Popular