Buku

Aku suka berkawan dengan buku, kerana buku memberi aku imaginasi yang luas.
Aku suka berkawan dengan buku, walaupun berkawan dengan buku tidak menjanjikan aku akan pandai, tapi aku nak ilmu....
Aku suka berkawan dengan buku, kerana buku nilai aku dengan cara yang terbaik.
Aku suka berkawan dengan buku, kerana buku membuat minda aku terbuka.
Aku suka berkawan dengan buku, kerana buku mematangkan aku.
Aku suka berkawan dengan buku, kerana buku boleh menyentuh hati aku.
Aku suka berkawan dengan buku, kerana buku akan menemani aku ketika aku sedih, gembira, kecewa, marah, moral down, give up, fed up.
Aku suka berkawan dengan buku, walaupun aku tidak layak berkawan dengannya.

Wahai buku, aku minta maaf kerana aku masih juga berkawan denganmu walaupun aku ini tidak layak menjadi kawanmu.
Wahai buku, terima kasih kerana memberi aku ilmu dengan izin Allah yang Maha Bijaksana dan Maha mengetahui.
Ya Allah, tambahkanlah ilmu hamba-Mu ini, tingkatkanlah ilmu hamba-Mu ini, agar ilmu itu memberi kesejahteraan kepada akal dan hati hamba-Mu ini. Dan berikanlah hamba-Mu ini, ilmu yang jarang manusia miliki agar ilmu itu hamba-Mu ini boleh terangkan melalui fizik, tanpa penafsiran yang meragui kewujudan-Mu. Dan majukanlah umat-Mu ini
Amin.

Ulasan

Catatan Popular