Bab 6 Psych Schizophrenia
Pada hujung minggu,
terutamanya malam, kami asyik berchat guna email. Seperti biasa, awek ini bukan
sekadar mulut anarki, tulisan pun anarki juga. Tapi lantaklah, aku bukannya
baik sangat pun. Aku bukannya golongan ‘periuk katakan bahawa belanga itu
hodoh’.
Malam itu kami
berbincang mengenai golongan intelektual dan golongan inteligensia. Yang
peliknya dia ni walaupun tidak minat masuk universiti, tetapi adakalanya dia
back up golongan inteligensia, tapi kalau nak maki golongan inteligensia mesti
aku pun tersentap.
. . . . .
……………………….
Berdasarkan
buku Syed Hussein Al attas, iaitu buku
Intelektual Masyarakat membangun dalam tajuk Kaum Intelektual dan Fungsinya
mengatakan bahawa
“Pengetahuan
tentang suatu pokok permasalahan tertentu atau memiliki gelaran tertentu belum
layak untuk mengiktiraf seseorang individu sebagai intelektual walaupun hal ini sering kali berdampingan. Dalam hal
ini, didapati ramai pemegang gelar dan
professor yang tidak menumpukan perhatian untuk mengembangkan bidang mereka
atau mengusahakan penemuan terhadap masalah tertentu dalam bidangnya.
Sebaliknya, individu yang tidak mempunyai kelayakan akademik dapat menjadi intelektual apabila kemampuan
berfikirnya dimanfaatkan sepenuhnya dan memiliki pengetahuan yang cukup tentang
pokok perbahasan yang diminatinya.”
dan
“…, kaum
intelektual sebagai suatu kelompok sosiologis perlu dibezakan daripada kaum
inteligensia. Inteligensia bermaksud
mereka yang telah mendapat pendidikan tinggi formal dan moden, pakar dan
profesional, dan mereka yang memperoleh pendidikan tahap tinggi dengan cara
yang lain. Dalam masyarakat membangun kaum inteligensia berfungsi sebagai suatu
kelompok.”
Korang kat mana?
Aku tak kisah pun. Manusia itukan ada tugas masing-masing kat dunia ni.
Biasalah, setiap tugas tu akan dibanding-bandingkan mana yang hebat, mana yang
terbaik, mana yang boleh digunakan untuk mencapap, mana yang boleh digunakan
untuk mendapat pekerjaan yang baik dan mendapat gaji dunia yang tinggi. Standard
manusia moden.
………………………
From: narsha_q@yahoo.com
To : blackmaskcrew@yahoo.com
Nilah masyarakat, buku anarki, buku memberontak, buku
indie, semalaman boleh habis. Cuba try baca buku calculus, baca buku physics
moden, biology, chemistry, buku budak medic, tak pun baca buku Islam and
Secularism atau buku Incoherence of Philosopher. Ada berani?. Satu bab pun
mungkin perlukan satu malam, kah kah kah.
Aku ada idea untuk jawab ayat tu, jawapannya adalah
“aku kan bukannya bidang tu, buat apa aku nak baca” atau
‘Suka hati aku lah, hidup aku”
atau
“Cermin diri sendiri dulu”
Ok tak alasan tu?
Di dunia ni kau mesti pandai spin ayat.
Kalau tak kau akan jadi mangsa golongan yang pandai bermain-main dengan ayat.
Kalau kau tak percaya, lihat sekeliling kau, mesti ada golongan yang pandai
bermain ayat. Dia cakap lain, lepas tu kena tegur, lepas tu dia spin ayat lagi.
Yang seronoknya kau akan lihat golongan luncai panggil dia pandai. Seronok tak
environment kau?
Intelektual atau inteligensia? Bagi aku, dalam masyarakat
mesti ada dua-dua ni. Kalau tak masyarakat kau akan hancur. Masalahnya, apabila
kedua-dua golongan ni clash, maka terjadilah perdebatan. Siapa pandai spin
ayat, dia menang. Golongan yang tidak tahu berfikir akan tepuk tangan.
Lebih seronok lagi, kalau kau tengok golongan mahasiswa
dengan golongan yang tidak mahasiswa (drop out), mereka pasti akan berdebat.
Masing-masing cakap golongan mereka ni hebat.
Paling seronok kalau kau baca tulisan golongan yang tidak
dapat gelaran mahasiswa. Mereka akan cakap mahasiswa ni malaslah, tidak
bergunalah, anjinglah bakal hamba kapitalisla.
Golongan mahasiswa pun bodoh, yang kau bangga sangat dengan alat
pengukur kau apasal? Kau ingat kau ada sijil tinggi-tinggi kau berguna kepada
masyarakat. Belum tentu bro. Ingat tak, aku pernah tulis, nak berjaya jadi
golongan inteligensia ni, kau hanya perlu follow the system. Kau buka buku time
nak exam sahaja. Kah kah kah. Kau dapat markah tinggi, orang bodoh cakap kau
pandai. Jahil bodoh sial. Lepas tu kau bagi alasan yang kau belajar kerana nak
majukan agama, alasan untuk sedapkan hati kah kah kah. Kau berusaha untuk
conquer exam, tak payah conquer ilmu yang kau sedang belajar, akhirnya mungkin
kau boleh digelar golongan inteligensia. Bukankah manusia itu seronok dipanggil
pandai. Bodoh sungguh golongan macam tu. Ilmu tu bukan milik kau, yang kau
bangga apasal? Tapi lantaklah, asalkan kau boleh gunakan ilmu untuk mencapap
sudah. kah kah kah..
Sekian
Habis baca email,
hati ini rasa seperti s**t. Rasa kosong kembali. Tapi sejak bila hati aku ada
isi. Kah kah kah. Pelik sungguh awek ini. Apa pengalaman yang dia lalui
sehinggakan dia boleh berfikir seperti itu. Bolehkah aku menolongnya? Tapi
sekarang ini dia yang banyak menolong aku. Bodoh, bangang tahap jahil.
From: narsha_q@yahoo.com
To : blackmaskcrew@yahoo.com
Aku terasa pula.
…
Aku malas nak reply
panjang-panjang. Tapi aku tertanya-tanya. Awek ni faham tak apa maksud
intelektual dan inteligensia. Tapi lantaklah, aku bukannya faham 100% pun makna
ayat tu. Biasalah, ilmu itukan tidak bebas nilai. Mungkin apa yang dia faham
berbeza dengan apa yang aku faham. Apa yang penulis buku tu faham mungkin berbeza dengan apa yang
awek ni faham. Sebab tu di dunia ini terlalu banyak pendapat. Bukankah itu satu
kebaikan, kerana menunjukkan bahawa manusia itu berfikir dan bukannya jadi
robot yang diprogramkan sahaja. Manusia katakan.
Bagi aku itu
pendapat dia, dan tidak semestinya pendapat dia tu betul. Aku pun tidak kisah
sangat pendapat tu, bukannya boleh isi hati aku pun. Lebih baik aku tengok
anime, tak pun layan lawak bodoh kat YouTube. Aku kan Mahasiswa. kah kah kah.
…………………….
Manusia itu susah
untuk difahami pemikirannya. Walaupun ada yang faham, tetapi faham itu berbeza
dengan faham yang dirasai oleh si pemikir. Walaupun si pemikir menceritakan
kepada orang lain, dan orang lain itu faham, tetapi faham itu juga berbeza
kerana, orang yang diceritakan itu mempunai pemikirannya yang tersendiri,
kecuali mungkin ada beberapa kes atau keadaan di mana faham yang diterima itu
sama dengan faham yang disampaikan, tetapi mungkin berbeza analoginya.
Begitu juga,
apabila si pemikir menulis pemikirannya, ada kalanya tiada perkataan yang
sesuai untuk mengungkapkan pemikirannya, kerana pemikiran itu bukannya sekadar
ayat yang bermain di dalam fikiran, tetapi pemikiran itu juga dipengaruhi oleh
perasaan. Ada juga suatu ketika di mana tulisan itu boleh menusuk kalbu si
pembaca. Tulisan yang meluahkan fikiran si penulisnya untuk tatapan orang
lain agar orang lain juga mendapat
perasaan sama dengan apa yang dirasai oleh si pemikir.
Ada juga tulisan
yang menghasilkan reaksi yang berbeza-beza kepada orang lain misalnya sebuah
tulisan percintaan mungkin boleh “difahami” kesedihannya oleh mereka yang
melalui peristiwa yang sama, tetapi ada juga yang langsung tidak rasa apa-apa
setelah membaca tulisan itu. Persoalannya adakah perasaan yang dirasai oleh si
penulis dan si pembaca adalah sama? Adakah makna faham itu sama?
Ada kalanya
pemikiran manusia itu boleh dilihat seperti puisi. Sebuah puisi yang
ditafsirkan oleh si pembaca berdasarkan pengalamannya. Puisi yang hanya
difahamkan oleh si pembuat puisi, dan mungkin boleh difahami oleh pembaca
tetapi seperti tulisan di atas, adakah faham itu berbeza seandainya pengalaman setiap
manusia adalah berbeza?
Seorang penulis
yang bijak menyusun ayat, pastinya boleh membawa perasaannya dan pemikirannya
ke dalam tulisan yang ditulisnya. Oleh itu, si pembaca bleh menghasilkan
kesedaran makna hidupnya dan mencari makna bahagia yang hakiki bukannya
relatif.
Manusia itu unik,
pemikirannya berbeza-beza. Tetapi, pemikiran seseorang manusia boleh
dipengaruhi oleh pemikiran orang lain,
dan juga boleh dipengaruhi oleh pengalaman yang dilaluinya, di mana pengalaman
yang dilaluinya boleh mengubah pandangannya mengenai erti hidup. Manusia juga
boleh jatuh cinta dengan pemikirannya, kerana pemikirannya memberi makna
spiritual kepada hatinya. Begitu juga seandainya dia telah berjumpa sebuah
pemikiran yang ‘dilahirkan’ oleh seorang pemikir agung, maka pemikiran itu
boleh membawa kepuasan kepada hati si penerima sebuah pemikiran dengan syarat
si penerima itu bukannya sekadar mengikut membabi buta.
Malangnya, di saat
ini, banyak ideologi palsu yang telah mempengaruhi pandangan alam manusia
misalnya materialisitik. Hal ini kerana, ideologi itu menggunakan topeng
keindahan, hinggakan si pemikir atau si
tidak pemikir telah dipengaruhi secara
sedar atau tidak sedar.
Salah satu tugas si
pemikir adalah sentiasa menjaga pemikirannya daripada dipengaruhi oleh
unsur-unsur pemikiran palsu.
Tulisan palsu…
Ulasan
Catat Ulasan