Bab 31 Psych Schizophrenia
Aku balik asrama pukul 8 malam. Sampai di bilik, aku terus baring. Aku
terfikir apa yang Narsha katakan petang tadi
“Cinta itu datang kerana kearnakian, dan kearnakian itu pula datang kerana
kesedihan, atau pun secara ringkasnya cinta itu datang kerana kesedihan.”
Ah, shit, tidak logic. Memang betul, ada kearnakian yang lahir kerana
kesedihan, tetapi adakah cinta boleh lahir kerana kesedihan? Atau memang ada?
Di saat kau kena reject seseorang, terus tu kau pun confess kat orang lain,
sedangkan orang tu kau bukannya suka pun, tetapi akhirnya kau suka orang yang
kau confesskan tu. Maknanya cinta itu datang kerana kesedihan disebabkan
direject oleh orang yang kau cintai. Atau dalam bahasa mudahnya kau cari orang
lain disaat kau direject. Tapi itukah cinta? Kenapa teori ini menunjukkan yang
cinta itu hanya ilusi? Ilusi yang lahir daripada sebuah kesedihan, disaat
kesedihan datang kerana cinta, maka cinta lain pula datang kerana hasil
kesedihan itu. Ah shit, complex bangat, kah kah kah, malaslah nak fikir.
Tapi, macam itukah cinta? Di saat kau suka seseorang dan kau confess,
tetapi akhirnya kau direject, dan setelah kau direject kau confess kat orang
lain pula, tetapi orang itu kau tidak pernah suka. Kau confess sebab kau tidak
tahan dengan kesedihan disebabkan kau direject. Tetapi akhirnya, apabila kau
confess kat orang itu, tiba-tiba cinta lahir, dan kau pun suka orang itu.
Bukankah itu bermakna cinta itu lahir daripada kesedihan. Itukah apa yang Nasha
maksudkan? Bukankah maknanya cinta itu ilusi yang dilahirkan kerana kesedihan?
F**klah apasal aku fikir benda ni. Kenapa falsafah sains lebih senang nak faham
daripada benda ni, kenapa falsafah teori quantum mekanik senang nak faham
daripada benda ni, kah kah kah, terserlah nerd aku kah kah kah.
Adakah apa yang aku fikir ni dinamakan melayan perasaan atau melayan
pemikiran. Cinta. Cinta itu umpama virus. Virus yang merosakkan sistem minda
hinggakan dianggap cinta itu sebagai ilusi, kerana tidak mahu orang lain katakan
bahawa mindanya telah di hack. Malaslah nak layan.
Tiba-tiba lagu tu pula datang……….
I'm standing alone in
this world that keeps on changing
But hiding away, my
true self is fading!
I hope you give up
There's nothing left
to see...
No, don't look at me
I'm standing in this
world that someone imagined
I never want to hurt
you, so until the end
I'm begging you,
please, just to remember me...
As clear as I used to
be
The loneliness that
wraps around keeps deepening until I drown
Fond memories we used
to share pierce me 'til I no longer care
I cannot run, I
cannot hide, I cannot think, I cannot find
I cannot move, I
cannot leave you!
Unravelling the
world!
Lagu ni sebenarnya dalam bahasa
Jepun, tapi aku tak faham kah kah kah………….Kalau korang layan anime, try tengok
subtitle untuk setiap lagu, mendalam bro, kah kah kah. Nerd sial…
Tapi, bukankah……….
“Cinta itu bukan untuk difikirkan, tetapi untuk diamalkan”
…. Kah kah kah… Ayat jiwang karat.
Aku rasa aku dah buang masa layan benda-benda macam ni. Cinta.. Kawan aku
pernah katakan cinta itu tidak wujud, sebabnya erti cinta telah ditukarkan dan digunakan untuk
menutup erti double standard. Cinta antara dua manusia yang berlainan jantina.
Woi aku tak gay lah, kah kah kah.
Aku nak layan falsafah dan fizik lah.. Buang masa semua tu. Ah s**t, aku
terfikir lagi apa yang Narsha pernah katakan.
“Amad, suatu saat nanti disaat cinta menolakmu, idealism itu kau akan
buang.”
S**tlah, apa kena mengena cinta dengan idealism aku. Tiba-tiba aku ingat
lagi apa yang dia pernah katakan
“Idealism itu asalnya dari minda kau, dan minda kau itu ada di dalam
badanmu, begitu juga cinta, cinta berasal dari hatimu dan hatimu berasal
daripada badanmu. Di saat cinta menolakmu, kau akan membenci badanmu. Bukankah
mindamu itu berasal daripada badanmu? Dan bukankah idealism itu berasal
daripada minda mu?”
Tak, aku tak kan meninggalkan idealism aku kerana benda seperti itu. Tidak.
“Sebuah tragedi dilayan oleh para penonton. Ada kalanya sebuah tragedi
menyebabkan penonton menangis, dan adakalanya sebuah tragedi membuatkan
penonton gembira kerana tragedi itu mendekatkan seseorang dengan seseorang.
Tetapi, tragedi mana yang lebih sakit, tragedi pemikiran atau tragedi perasaan?
Mana lebih sakit, adakah apabila idealism menolakmu ataupun apabila cinta
menolakmu? Mungkin penonton lebih suka melayan sesuatu cerita di mana cerita
itu lebih mengangkat tragedi perasaan sebagai tema cerita itu, kerana bukankah
hati itu yang mengenal tragedi bukannya akal yang mengenal tragedi? Tetapi
adakah tanpa akal, hati boleh kenal tragedi? Dan adakah tanpa hati, akal boleh
kenal makna tragedi? Adakah akal boleh menangis tanpa hati? Bukankah hati yang
menangis disaat idealism ditolak? Atau akal yang menangis? Atau semuanya itu
ilusi, kerana bukan hati dan akal yang menangis, tetapi mata yang keluarkan air
mata?”
Malasnya aku nak layan benda ni. Di saat manusia melayan benda lain, aku
pula melayan benda seperti ini.. Kah kah kah. Loser sial.
Fizik dan falsafah. Adakah dilayan semua itu kerana minat atau kerana
hendak lari daripada sesuatu. Ah, lantaklah…………….
Ah, tak payah layan perasaan, tak perlu layan tragedi perasaan….. Tiba-tiba
aku teringat mengenai falsafah dan fizik( falsafah lah sangat, kata si
pendengki/pengomen) (fizik lah sangat kata si pengomen).
·
Ayat
yang aku dengar ketika menonton Documentary : ‘when you measure a particle, the
active measurement force the particle to relinquish all possible places it
could have been and select one definite location where you find it. The active
measurement is what forces the particle to make that choice. (Adakah korang
tahu apa itu Copenhagen interpretation?).
·
Pernahkah
korang dengar tentang perdebatan Einstein dan Neil Bohr? Sehinggakan wujudnya
perkataan seperti ini, ‘ adakah bulan itu wujud kerana tikus melihat bulan
itu.’ (eh jap, siapa cakap ayat tu ....aku lupa pula kah kah kah)
·
The
physicist’s realism is the claim that the world is in some sense
mind-independent : that even if the result of a possible measurement do not
pre-exist the act of measurement, that does not require that they are the
creation of observer (mind independent property).
·
Godel’s
incompleteness theorem? Interpreted as showing that Hilbert’s program to find a
compute and consistent set of axioms for all mathematics is impossible?
·
Pernah
baca buku Hawking, The Brief History of Time, hinggakan ditulis oleh Hawking,
‘the laws do not tell us what the universe should have looked like when it
started – it would still be up to God to wind up the clockwork and choose how
to start if off. So long as the universe had a beginning, we could suppose it
had a creator. But if the universe is really completely self-contained, having
no boundary or edge, it would have neither beginning nor end: it would simply
be. What place, then for a creator?”. Bagus korang baca sendiri agar korang
faham apa yang dimaksudkan oleh Hawking.
·
Adakah
Melayu itu boleh hasilkan ilmunya sendiri?
·
Pluralistic
methodology?
·
Ether
flowing into matter is gravity, matter flowing rapidly through ether, that is
acceleration? Pendapat siapa? Nicola Tesla?
·
Sains
Barat-kekurangan unsur teologi?
·
Kalau
aku apply transcendental idealism dalam bidang fizik, apa akan terjadi?
·
Menurut
Aristotle, semua bahan ada “state of being” ataupun dalam bahasa Melayu aku
namakan sebagai ‘kehendak’. Kehendak epal adalah untuk jatuh. Bagaimana
sekiranya manusia ‘letak’ kehendak ke atas sesuatu bahan? Misalnya manusia
‘hack’ nitrogen (campur dengan sesuatu bahan) agar manusia boleh letak kehendak
manusia ke atas bahan itu – roket melawan kehendak roket untuk jatuh kerana
manusia meletakkan kehendak manusia iaitu kehendak untuk melawan kehendak
roket, agar roket boleh terbang ke atas. Selepas itu teori graviti datang
menolak teori itu, benarkah?……
Ulasan
Catat Ulasan