Bab 36 Psych Schizophrenia

“Fizik. Di masa kecil pernah tak tertanya-tanya bagaimana alam ini berfungsi, kenapa dikala mata memandang atas, terlihatlah bulan ditemankan bintang. Dikatakan bahawa cahaya bulan itu datang kerana kasihnya matahari kepada bulan. Dikatakan juga seorang anak kecil itu asalnya adalah ahli sains, ahli kaji alam, tetapi kerana persekitarannya lah yang telah mengubah anak kecil itu menjadi ‘pelik’. Anak kecil asalnya banyak curiosity nya. Tertanya-nya bagaimana bulan ada di atas, bagaimana malam itu ada, bagaimana sesuatu benda itu berfungsi.”

Dalam hati aku

“Pandai pula wanita ini berkata-kata.”

Dia sambung lagi

“Dikatakan bahawa ada empat daya yang wujud di dunia ini. Gravitational force, electromagnetic force, strong nuclear force dan weak nuclear force. Kita semua tahu apa itu gravitational force. Electromagnetic force pula adalah force yang memegang electron dan proton, strong nuclear force adalah daya yang memegang proton dan neutron, weak nuclear force pula adalah ----aku lupa, kah kah kah.”

Aku lihat sekeliling. Ramai yang gelak.

“Sebelum ajal menemui Einstein, dia berusaha untuk mencari unification of force, formula yang boleh unify force itu. Tidak tahu sama ada formula itu satu ataupun lebih, kalau lebih, formula itu tidaklah bertentangan antara satu sama lain. Macam mana kita nak gabungkan semua daya itu?”
(Eh, Einstein nak unify force tu eh? Dia berjaya atau tak? Teori kontroversi Philipheldea, apa pula? Betul eh ejaan Philipheldea tu? Ah, lantaklah.)

Aku hanya berdiamkan diri. Melakukan perkara yang sama iaitu observe. Seperti yang aku agak, ramai yang tidak berminat dengan apa yang diucapkan oleh wanita ini. Mata mereka hanya memandang ke depan, tetapi hati telah ke arah lain, terletak kepada perasaan apa yang hati rasai, maka arah itu akan dituju mindanya. Hati dengki, arah lain, hati sayang arah lain, hati benci arah lain, hati cinta, arah lain.

Dia sambung lagi

“Di saat ini juga, ahli fizik ingin menggabungkan teori relativity dengan teori quantum mechanics. Seperti yang kita tahu, relativity itu ada falsafahnya tersendiri, begitu juga dengan quantum mechanics. Determinism and probabilistic, cause and effect, uncertainty principle, the nature of time-adakah masa itu ilusi atau tidak-apa akan terjadi kepada masa seandainya kedua bidang itu diharmonikan ----quantum cosmology. Seperti yang bro Amad cakap tadi, sains itu ada tiga, sains sebagai idea, sains dalam penyelidikan dan sains dalam teknologi/aplikasi sains. Kita pilih yang mana?”

Aku terfikir sesuatu

“Aku tidak boleh masuk perangkap dengan ayat-ayat yang dia keluarkan. Aku tidak boleh percaya 100%, mesti ada yang tersurat dan tersirat. Lumrah mulut manusia.”

“Di satu saat dahulu, fizik ini tidak berpisah dengan falsafah, tetapi di saat ini, mereka yang baru menceburi bidang fizik akan disuruh agar pisahkan falsafah dan fizik. Mungkin ada baiknya, masalahnya sekarang berapa ramai yang minat falsafah? Tahukah apa falsafah di sebalik Copenhagen Interpretation, falsafah di sebalik teori evolusi, teori relativity?”

Dalam hati aku, aku hanya berkata

“Rugi kau berkata seperti itu, bagaikan menyiram air ke arah daun keladi, daunnya tak kan basah.”
Aku memerhati sekeliling, pelbagai ragam muka dikeluarkan, seperti mana muka yang kau tunjukkan disaat seseorang yang beragama menegurmu. (Aku tanya korang, korang pernah buat muka shit tak, kalau ada orang tegur kau? Kah kah kah. Jangan tipulah.)

“Aku malas nak berkata tentang falsafah, tetapi bagaimana dengan agama dan sains. Dah berapa lama ayat Islamkan ilmu itu telah wujud? Islamkan ilmu manusia ini. Adakah mahasiswa tahu apa itu makna sebenar islamkan ilmu manusia? Atau mereka benci ayat itu, kerana ada perkataan Islam,---adakah mereka itu islamophobia atau musuh dalam selimut?”

Aku lihat sekeliling lagi. Aku rasa korang boleh agak, muka jenis apa yang mereka tunjukkan.

“Apa hubungan sains dan agama, apa hubungan sains dan teologi-falsafah? Adakah tiada hubungan? Adakah teologi-falsafah itu tidak boleh membantu sains? Korang ada akal dan hati, carilah sendiri. Janganlah menjawab soalan itu secara jahil, tidak berilmiah, bentangkan hujahmu, bukan tunjukkan kejahilanmu, bukannya hanya cakap belakang. Ada ilmuwan yang menyokong islamisasi ilmu ada juga yang tidak, aku tidak tahu kenapa.”

Aku tengok sekeliling lagi. What a view. Boleh buat novel, kah kah kah. Tapi wanita ini seperti tidak kisah apa yang ditunjukkan oleh si pendengar. Tapi aku tahu apa karakter yang aku nak lakonkan.

“Galileo pernah berkata bahawa bahasa alam tabii ini adalah matematik. Mungkin betul, tetapi berapa ramai yang belajar matematik dan fizik yang faham alam? Dan bagaimana orang sastera melihat alam? Bagaimana golongan sufi intelektual melihat alam? Adakah menggunakan matematik. Matematik mungkin bahasa alam, tapi itu untuk golongan fizik sahaja, lepas itu dengan bahasa alam lah kita hancurkan alam ini dengan pembinaan bom atom, kilang yang mencemarkan alam. Itukah balasan kita disaat alam kita fahami melalui matematik? Kenapa ahli sains menjadi robot untuk golongan politik dan raja ekonomi kapitalis?”

Aku hanya berdiam diri sahaja. Matematik. Belajar fizik ini bukan nak faham alam, tapi nak tahu bagaimana alam berfungsi. Nak faham alam perlukan ilmu yang lebih tinggi daripada fizik. Dia sambung lagi.

“Itu sahaja yang aku nak cakapkan. Marilah kita berusaha memajukan sains supaya dapat melahirkan masyarakat yang berinsan. Sekian dan terima kasih, maaf seandainya ada yang tersinggung dan tidak berminat dengan apa yang aku cakapkan.”

Aku angkat tangan.

“Saya nak tanya, apa bukti teori fizik perlukan agama untuk majukan bidang fizik? Apa contoh teori yang dihasilkan melalui pandangan alam sesuatu agama?”

Dia hanya berdiam diri.

“Kenapa kau diam? Adakah kau hanya pandai berkata-kata? Aku ulang soalan aku, apa contoh teori yang dihasilkan melalui pandangan alam sesuatu agama dan teori itu boleh dibuktikan melalui experiment?

Dia diam lagi.

“Adakah kau ini hanya termasuk golongan yang hanya pandai berkata-kata? Keputusan Matrikulasi kau berapa? Adakah ilmu fizik kau tinggi hinggakan kau boleh berkata seperti tadi?”
Aku lihat sekeliling. Tiba-tiba kawan aku sepertinya hendak berkata, tapi belum sempat dia keluarkan ayat, aku pun berkata

“Kau diam! kalau kau nak mencapap depan junior, bagus kau diam! Aku nak soalan aku perempuan yang tidak sedar diri ni jawab. Aku nak tengok sama ada dia ni memang pandai atau hanya mulut sahaja pandai mencapap.”

Dia terus diam. Aku memandang kembali perempuan tu. Dia masih berdiri di depan dewan.
“Jawablah. Aku nak tambah soalan lagi, ilmu agama kau tinggi tak? Kau cakap sains dan agama itu tidak dapat dipisahkan, tetapi adakah kau layak cakap benda tu? Ilmu fizik kau tahap mana? Ilmu agama kau tahap mana? Ataupun kau ini termasuk golongan yang hanya tahu gunakan mulut sahaja tetapi ilmu fizik kurang? Golongan yang hanya berfikir bahawa seandainya dia tinggi agama maka dia boleh mengkritik fizik, sedangkan dia tidak pernah belajar fizik? Woi, jawaplah.”

Aku diam. Aku lihat air mata perempuan itu mula jatuh di pipinya.

“Saya nak tanya lagi, bagaimana nak mengharmonikan sains dan agama? Bagaimana seseorang yang kuasai fardu ain dan fardu kifayah, hendak mengharmonikan dua-dua bidang tu? Kalau aku cakap agama tidak dapat bantu sains, macam mana?”

Seperti biasa dia diam. Dia tunduk dan air matanya bertambah banyak. Dia pun berkata.

“Saya tidak tahu. Saya tidak tahu jawapannya. Ilmu saya juga tidak tinggi. Result exam saya pun hancur”

Dia diam beberapa saat.

“Saya tidak tahu jawapan untuk soalan awak. Tapi, suatu hari nanti saya akan jawab.”

Aku gelak sinis.

“Kau nak buktikan berdasarkan mulut atau berdasarkan kerja?”

“Dua-dua.”

“Semua itu ilusi. Kau tak boleh. Berapa ramai ahli fizik yang berfikiran seperti kau? Lihat sekeliling kau. Lihat senior kau. Kau rasa ada tak dikalangan kami ni minat benda macam tu? Sedangkan orang pandai pun tidak minat benda tu, tak kan orang bodoh nak minat. ”

Aku lihat sekeliling aku. Ramai yang diam. Ada juga yang buat muka shit. Kah kah kah. Lantaklah. Aku bukan cakap salah pun. Aku cakap berdasarkan realiti.

Aku jalan mendekati dia. Dia hanya menunduk ke arah bawah. Semasa aku berada di depan dia, aku lihat air matanya jatuh.

“Apa yang awak rasa sekarang adalah sama dengan apa yang saya rasa suatu ketika dahulu.”

Dia mengangkat mukanya. Shit, lawa awek ni. Macam muka anime. Macam muka Suzume, awek manga yang aku baca semalam. Cubalah kalau dia free hair, lagi aku suka. Kah kah kah. Aku sambung lagi.

“Kalau awak menangis dengan apa yang saya katakan, macam mana awak nak tahan dengan persekitaran universiti? Biarpun universiti ini hendak menghasilkan ilmu dalam acuan sendiri, tetapi itu hanya ayat di atas kertas untuk sedapkan hati. Usaha tangga kejayaan. Jangan kisah apa yang orang lain katakan, sama ada dia kawan, musuh, senior, junior ataupun lecturer.”, kata aku perlahan.( Umpama berbisik)

Dia memandang aku. Real shit. Macam muka Suzume. Aku nak cakap apa yang aku nak cakap.
“Good luck. Awak tahun pertama di universiti ini, maknanya masih ada peluang untuk dapat CGPA yang baik. Ingat, benda tu boleh jadi fitnah dengan idealism awak, jaga nilai CGPA dan jaga idealism awak. Saya harapkan suatu hari nanti nama awak termasuk salah seorang yang berjaya buktikan idea pengislaman ilmu manusia. Bye. Muka awek macam muka anime lah. Kah kah kah.”

Aku pun jalan ke arah pintu keluar. Bagus aku keluar, tak pasal-pasal junior aku rasa awkward. Tak pun aku yang rasa awkward. Kah kah kah.

“Amad.”, tiba-tiba dia memanggil nama aku.

“Amad, idealism tu masih awak pegang tak?”

“Saya tidak tahu. Mungkin dah makin hilang.”

“Terima kasih.”


Aku hanya melambai tangan. Kah kah kah. Kenapalah aku lakon karakter tu. Tapi rare pula nak tunjukkan karakter seperti tadi. Salah anime lah ni. Kah kah kah. 















Ulasan

Catatan Popular