Bab 37 Psych Schizophrenia
Selepas perkara pelik berlaku semalam, aku terfikir apakah yang aku buat
itu berfaedah, orang tak kan salam faham, tapi lantaklah, asalkan perempuan itu
faham, dah memadai, buat apa aku nak orang lain faham, buang masa, mereka pun
ada benda gak nak fikir.
Hari ini, aku dan Narsha bercadang jumpa di restoran. Tak sangka pula aku
boleh satu universiti dengan dia, kah kah kah.
...
Cinta, sebenarnya apa benda tu? Nak download kat mana game ni? Virus ni
boleh kena buang tak guna AVG antivirus? Ataupun perlu beli antivirus lain? Kah
kah kah. Aku try kaji apa itu cinta, tetapi semua pengkajian aku sepertinya
kekurangan sesuatu. Aku try layan manga romantik, anime, drama Korea (yang ni
dah lama aku tinggalkan, aku tak minat, biasanya drama korean ni penipu tahap
dean list), semualah yang ada cinta-cintun, tetapi berdasarkan pengkajian aku -
kenapa cinta antara manusia ini seperti pelik.
Kenapa light novel, manga, anime, drama semua mengangkat tragedi perasaan
sebagai jalan cerita. Kisah cinta difantasikan menjadi manga, anime, drama,
hinggakan manusia lain menontonnya dan mempengaruhinya. Kenapa tragedi romantik
boleh menaikkan semangat seseorang untuk hidup? Kenapa kesedihan boleh
menaikkan semangat seseorang untuk hidup? Aku bingung. Semua benda yang aku
layan tu macam kekurangan sesuatu. Tapi aku tidak tahu apa “sesuatu” tu.
Yang aku hairan juga, kenapa cinta boleh mengalahkan dan membuang perasaan
sedih, gembira, kecewa, semangat, putus asa dan sebagainya, tetapi disaat
berlakunya tragedi cinta, direject, kenapa perasaan itu datang kembali? Kenapa
perasaan sedih, gembira, kecewa, semangat, putus asa boleh datang kembali? Apa
hubungan cinta dengan semua tu? Pelik, pelik.
Adakah cinta itu sebuah tragedi, sampaikan jalan cerita pun seperti lebih
banyak tragedi yang melayan perasaan? Aku rasa ada kekurangan something. Ada
benda yang aku tidak tahu. Aku perlu cari apa benda yang missing tu.
…
Tepat pukul 1 petang, aku sampai di restoran. Tak sangka, awek ni dah
sampai awal dari aku. Aku tegur dia
“Macam mana hidup?”
“Ok.”
“Apasal muka kau nampak gembira? Sebab aku eh?”
“Perasan.”
“Kah kah kah.”.
Aku memandang matanya, jelas sangat yang dia sedang gembira. Baguslah.
“Amad, kau pernah mempermainkan perasaan orang tak?”
“Maksud kau?”
“Kau confess sebab kau nak jadi The Conspirator”
“Tak pernah, kenapa?”
“Kau minat genre anime apa?”
“Tak kisah, asalkan jangan lawak bodoh.”
“Kau banyak tengok anime, kau dapat apa?”
“Tiada.”
Aku tipu, siapa cakap aku tidak dapat apa. Aku dapat benda ni -aku habiskan banyak masa tengok anime, baca
manga. Kah kah kah. Korang boleh guna benda ni untuk attack aku suatu hari
nanti. Korang kan suka cari keburukan orang lain, lepas tu sebarkan untuk
malukan seseorang. F**k lah golongan macam tu.
….
“Narsha, sejak bila kau berminat benda macam tu (anime)?”
“Minat? Buang masa aku adalah.”
“Kah kah kah.”
Sebenarnya dia nak cakap apa ni. Payah lah nak apply “sistem tersurat
tersirat” ni. Apa hubungan anime dan Conspirator? Kau tengok anime lepas tu kau
lakonkan anime tu dalam realiti? Simple gila nak baca minda awek ni. Tapi
kenapa aku tafsir “sistem tersurat tersirat” tu berdasarkan hati aku,
berdasarkan pengalaman aku?
……….
Habis makan, aku ajak Narsha jalan-jalan keliling kampus. Boleh aku
habiskan masa lapang aku dengan dia. Masa aku berjalan-jalan , tiba-tiba mata aku
terpandang seseorang. S**t, perempuan tempoh hari, dah aku buat dia menangis.
Mata aku dan mata dia “ter-clash”. Dia hanya senyum. Dia senyum, maknanya
aku pun perlu berlakon senyum, seperti dia. Kah kah kah.
“Siapa tu?”
“Junior”
“Kau suka dia eh.”
“Kenapa” Kau jealous?”
“Jangan perasan. Lawa kan awek tu? Tengok pun boleh tahu yang dia ni wanita
Melayu terakhir.”
“Bolehlah.”
“Kau tak nak.”
“Kau ingat semua lelaki suka awek lawa eh. Cinta itu bukan ertinya suka
kecantikan.”
“Semua lelaki sama. Semua cakap macam tu. In the end, jadi mangsa awek
lawa. Kah kah kah.”
“Narsha, kau ada boyfriend eh?”
“Dah beribu kali aku cakap yang aku ni single.”
“Yes.”
“Kau ni pelik lah. Kenapa kau boleh cakap benda tu sambil buat muka blur?
Depan perempuan tadi kau buat muka malu?”
“Sebab aku selesa dengan kau.”
“Jangan sampai kau kecewa sudah.”
“Bagus lagi, boleh aku buat puisi, syair atau cerita.”
“Tak faham.”
“Kalau aku kecewa kerana perempuan, maknanya aku boleh buat puisi, boleh
buat cerita novel, cerpen.”
“Sebab tulah kau confess kat aku? Kalau aku reject kau, maknanya kau boleh
tulis cerita, cerpen, puisi?”
“Bolehlah dikatakan macam tu.”
“Kau ni bodoh lah.”
“Iyalah, macam mana nak tulis cerpen yang sedih kalau aku tak pernah rasa
sedih kerana perempuan.”
“Sedih? Hati kau kan kosong, mana boleh rasa benda tu.”
…
“Narsha aku suka kau.”
“Apasal kau buat muka blur? Dan kau cakap macam tu, macam kau ni tengah
menipu.”
Aku hanya diamkan diri.
“Amad, anime apa kau tengok sampai kau nak berlakon ala-ala psychopath? Dah
lah lakonan kau macam sampah.”
“Berlakon psychopath? Buat apa aku berlakon karakter tu?”
“Kau kan observer.”
“Alasan.”
“Kau jangan nak tipu lah. Kau berlakon guna karakter psychopath supaya
orang lain tunjukkan reaksi mereka kan, lepas tu kau akan lihat karakter apa
mereka keluarkan, betul tak?”
“Tak. 100% salah.”
“Bukan itu kerja observer eh?”
“Itu kerja The Conspirator. Observer ni bagaikan bayang-bayang. Orang lain
tidak tahu sama ada dalam kalangan mereka ada observer atau tak.”
“Apasallah lepas aku kawan dengan kau, aku dah jadi macam budak-budak?
Ingat, ini dunia realiti, bukan dunia anime.”
“Jadikan lah dunia realiti itu menjadi dunia fantasi.”
“??????”
“Kau ingat cerita fantasi berasal daripada mana?”
“Ah, bosanlah bincang benda ni. Jom jalan cepat. Jam 3.00 aku ada kelas.”
“Ok.”
Perbincangan bosan? Memang bosan pun, kah kah kah.
…..
“Mad, tahu tak macam mana nak conquer sesuatu masyarakat?”
“Tak tahu.”, dia dah start dah.
“Kalau kau nak conquer sesuatu masyarakat atau negara, kau bagi mereka idealism.
Macam ni, setiap negara akan menghantar rakyat mereka untuk menyambung
pelajaran ke luar negara. Masa itulah kau bagi pelajar-pelajar ni idealism dan
idealism itu akan tersebar di negara mereka. Tak kisah lah pelajar ni ambil
jurusan apa, kau hanya bagi idealism, dan mereka tidak akan kuasai sepenuhnya
bidang mereka kerana mereka sibuk melayan idealism tu.”
“Layan perasaan lah, tak payah layan pemikiran.”
“Tak, sebab idealism tu akan menyedarkan mereka bahawa layan perasaan itu
sia-sia.”
“Suruhlah mereka layan pemikiran berdasarkan cinta.”
“Tak, cinta tidak sekuat idealism. Berapa ramai yang bercinta, akhirnya
jatuh kerana idealism sesebuah adat, budaya dan sistem buatan manusia.”
“Jangan hantar rakyat pergi belajar luar nagara.”
“Jadi bagaimana nak belajar teknologi negara lain? Manusia Mad. Ada manusia
ni, pada mulanya pergi luar negara kerana nak belajar teknologi negara lain,
tapi akhirnya terkena idealism shock. Tapi bukanlah semua pelajar macam tu.”
“Kalau rakyat tidak dihantar belajar luar negara pun, idealism bodoh pun
akan tersedar. Internet ada.”
“Sebab tulah ramai manusia yang dapat sijil daripada google.”
“?????”
“Macam ni Mad, kau hanya bergurukan google. Nanti google bagilah kau sijil
untuk bercakap depan orang ramai, kah kah kah. Kau baca sikit, tapi cakap
banyak. Luncai mesti panggil luncai pandai.”
“Eh, jaga ayat tu.”
“Amad, kalau kau nak conquer sesuatu masyarakat, kau mesti bagi mereka
idealism. Kau mesti belajar bagaimana mereka berfikir, kau kuasai antropologi.
Nak apply tak benda tu kat universiti ni?”
“Gila, kau nak kena buang?”
“Cuba fantasikan benda tu.”
“Sekadar fantasi?”
“Ya.”
“Ok.”
“Bayangkan kalau kita sebarkan sebuah idealism kat universiti ni. Kita try
bonekakan ketua mahasiswa. Biar ketua mahasiswa menganggap yang kita ni di
bawah mereka, tetapi sebenarnya kita lah yang mengawal pemikiran mereka.”
“Jahat sangat tu. Lebih baik macam ni, kita cadangkan sebuah program, untuk
membuatkan mahasiswa berfikir. Biar program tu kita cadangkan dan geng-geng
ketua mahasiswa yang laksanakan program tu. Program tu program intelektual,
bukan program yang pelik.”
“Itu semua khayalan kau. Kau ingat mahasiswa nak join program macam tu. Kau kan dah lama jadi
mahasiswa, tak kan kau tak sedar? Cuba kau bayangkan seandainya kau buat wacana
intelektual dan pada masa yang sama kau buat program yang melibatkan artis, kau
rasa program mana yang ramai orang? Idea kau tu tidak boleh Mad.”
“Jadi macam mana?”
“Kita bagi mereka idealism. Kita mesti jadi jahat, tak pun berlakon jahat.
Kau kan pakar berlakon. Kau berlakon jadi jahat ataupun kau berlakon jadi
jahil, biarpun kau ni sebenarnya memang jahil, kah kah kah.”
“Kalau mereka tidak layan idealism tu?”
“Spinkanlah ayat.”
“Sebenarnya apa tujuan kau nak sebarkan idealism?”
“Nak conquer pemikiran mahasiswa.”
“Manusia tidak akan boleh menguasai pemikiran manusia lain.”
“Kau yakin Mad? Lihat sekeliling kau Mad. Tak pun lihat diri kau sendiri.
Kau tak rasa kita ni macam copy paste? Jalan cerita copy paste?”
“Kah kah kah, kawan aku pernah cakap ayat tu. Tapi kalau kau bagi idealism,
jalan cerita hidup seseorang tak akan berubah juga.”
“Niat aku bukannya nak ubah jalan cerita hidup mereka. Buat apa aku nak
kisah jalan hidup mereka. Aku nak try jer teori aku.”
“Try?”
“Iyalah, bagi idealism, lepas tu kita boleh perhatikan apa yang akan
terjadi kepada golongan mahasiswa.”
“Mereka tak kan mudah nak layan idealism.”
“Itu tugas kita untuk sebarkan. Berlakonlah gaya anarki, bercakap gaya
anarki.”
“Lepas tu mereka maki kau kat belakang.”
“Macam kawan kau pernah buat kat kau? Kah kah kah. Gurau Mad, gurau, jangan
marah.”
Selepas beberapa saat diam, aku sambung perbualan.
“Nak sebarkan sesebuah idealism?”
“Idealism politik boleh disebarkan di kalangan mahasiswa.”
“Itu lain.”
“Kita sebarkan fahaman secularism nak? Kita beritahu mereka macam mana nak
apply secularism dalam hidup. Lepas tu kita observelah macam mana mahasiswa
respond. Pasti ada golongan penyokong dan membangkang. Dan tidak dilupakan
golongan yang tidak ambil peduli.”
“Tak nak. Nanti tercemar nama aku.”
“Jangan risau lah. Nanti mahasiswa boleh susun ayat yang secularism ni
bahaya.”
“Narsha, sebenarnya apa tujuan kau.”
“Kan benda ni sekadar khayalan? Alang-alang berkhayal, berkhayal lah
bersungguh-sungguh.”
...
“Kalau kau sebarkan sesuatu fahaman, takut mereka terpengaruh dan tidak
boleh buang fahaman tu.”, kata aku.
“Baguslah, boleh kau buat novel. Kah kah kah.”
“Narsha, pernah tengok anime Physco pass?”
“Tak, sejak bila aku layan anime.”
“Kalau kau nak faham seseorang, kau mesti pandang dunia ni melalui mata
orang tu. Kau mesti tafsir apa yang dilihat berdasarkan minda dan hati orang
tu.”
“So?”
“Kalau aku nak ‘faham’ pemikiran seseorang, kau rasa aku akan terpengaruh
tak?”
“Tak, kalau hati kau kuat, kalau minda kau kuat.”
“Kalau aku tidak boleh keluar daripada kegelapan rekaan orang lain, macam
mana?”
“Kegelapan itu tidak akan digelar gelap seandainya kecerahan tidak wujud.
Kegelapan itu akan hilang fungsinya sekiranya cahaya tidak wujud. Dan seseorang
akan wujud untuk keluarkan kau daripada
kegelapan itu.”
“Seseorang?”
“Diri kau sendiri.”
“Kalau orang lain?”
“Kalau orang lain yang keluarkan kau daripada kegelapan itu, maknanya kau
telah hancurkan makna sebenar ‘keluar’, sebab itu bukannya dinamakan ‘keluar’
kecuali sekadar ilusi yang kau gantikan dengan ayat ‘keluar’.”
Aku hanya berdiam diri. Apa pengalaman yang dilalui wanita ni, sampaikan
keluarkan ayat macam tu. Aku tahu ini macam ayat copy paste, tapi aura yang dia
keluarkan macam real. Ah, s**t, aku ingat ini dunia anime, rupanya dunia
realiti. Kah kah kah.
“Mad, macam mana, nak ubah tak pemikiran mahasiswa ni?”
“Ubah, maksud kau rosakkan pemikiran mahasiswa?”
“Tak kan kau nak lihat mahasiswa macam sekarang ni?”
“Narsha, semua manusia ada tugas masing-masing.”
“Kau silap, bagaimana kalau aku cakap yang tugas itu The Conspirator yang
bagi?”
“Sebab itulah aku cakap semua manusia itu ada tugasnya, The Conspirator
atau observer atau mangsa The Conspirator atau Hack The Conspirator.”
“Bukankah itu bermaksud tugas kau itu adalah tugas ilusi?”
“Tugas ilusi? Bagaimana kalau aku cakap The Conspirator tidak wujud?”
“Kau yakin tidak wujud. Amad, kau ingat siapa yang handle ekonomi dunia?”
“Kau pun terpengaruh dengan teori kontroversi?”
“Amad, teori kau tu hanya teori orang yang berputus asa. Teori “tugas” tu,
teori orang useless macam kau. Useless
kepada masyarakat. Sama ada The Conspirator itu wujud atau tidak, aku tidak
kisah, sebab berapa ramai yang menangis dalam sistem kapitalis, berapa ramai
yang tertindas?”
“Aku kan sekadar observer useless?”
“Sampai bila?”
“Bayang-bayang tak akan berubah menjadi objek, selama-lamanya. Narsha,
jangan mempersoalkan sistem, bagus kau mempersoalkan orang yang di dalam sistem
tu. Kalau kau mempersoalkan sistem tu kau akan kecewa.”
“Kau ni betul-betul useless Mad. Ok lah, aku nak pergi kelas dulu. Tapi
sebelum tu, aku tak suka cakap The Conspirator, aku lebih prefer cakap Many
Conspirator, sebabnya bukan hanya seorang sahaja boleh jadi The Conspirator,
The Conspirator ada di semua hierarki, sama ada dia itu baik atau jahat. Bila
lagi Observer nak jadi salah satu Many Conspirator. Bye Mad.”
“Bye.”
Dia pergi bagaikan semangatku yang hilang kerana tragedi itu. Tragedi lama
itu. Bezanya cuma satu, dia pergi akan datang kembali tetapi semangat itu pergi
tidak akan datang kembali, selama-lamanya. Adakah suatu hari nanti dia juga
akan menjadi seperti semangat itu, hilang untuk selama-lamanya?
Ulasan
Catat Ulasan