Bab 34 Psych Schizophrenia
“Tahu tak Mad,
kenapa dunia ni makin parah?”
Ni first aku
dengar selepas seminggu aku tidak jumpa
Narsha. Dalam hati aku - tak kan ni sebab dia nak jumpa aku.
Dia sambung lagi.
“Ada orang pernah
berkata, salah satu sebab dunia menjadi chaos kerana orang bodoh bijak
berkata-kata, orang pandai pun bijak berkata-kata, in the end masyarakat
bingung mana satu pandai, mana satu bodoh, yang lebih hebat lagi, orang jahil
pun bijak berkata-kata.”
Aku hanya diamkan
diri. Ni ayat sama yang aku dengar hampir 6 bulan yang lalu.
“Tapi, Mad, ada
satu lagi sebab kenapa dunia makin hari makin shit - terlalu banyak jawapan.”
“Tak faham.”
“Macam ni, dunia moden
ni makin parah sebabnya satu masalah terlalu banyak solution, hinggakan orang
confuse solution mana yang betul.”
“Bukankah kalau
banyak pendapat lebih baik?”
“Ah, betul,
masalahnya kalau pendapat tu semuanya digunakan untuk satu masalah. Akhirnya
masalah tu makin parah. Contohnya, kau nak threesome, foursome? Hah macam tu.”
“Analogi kau
salah!”, pelik punya perempuan. Itu pula analogi dia guna.
“Salah? Cuba kau
tengok dunia, satu masalah, banyak pendapat untuk selesaikan masalah tu. In the end, dunia makin parah.
Orang jahil bagi pendapat, orang bodoh bagi pendapat, pandir bagi pendapat,
orang pandai bagi pendapat, orang bijak bagi pendapat. Kau rasa pendapat siapa
yang akan diterima? Kau tak payah bagi jawapan, kau kan observer. Orang macam
kau ni lah salah satu penyumbang kenapa
dunia makin parah.”
“Jadi kau nak
orang bodoh macam aku ni bagi pendapat? Nanti macam yang kau cakaplah,
threesome untuk satu masalah. Kah kah kah.”
“Amad, kau rasa
boleh tak semua pendapat digabungkan dan selesaikan masalah dunia ni? Misalnya
sekiranya ada seseorang pada zaman ini boleh selesaikan masalah
dengan mendengar semua pendapat orang lain.”
“Oh, macam
unification of theory?”
“Boleh buang tak
nerd kau?”
“Kah kah kah.”
“Bagi aku, tak
tahu.”
“As expected.
Jawapan daripada observer useless.”
“Aku pun ada benda
nak layan.”
“Seimbangkan lah
semua benda .”
“Seimbangkan? Kau
ingat senang? Orang nak seimbangkan/harmonikan fardu ain dan fardu kifayah pun
susah. Kau pernah jumpa orang yang boleh harmonikan dua benda tu?”
“No comment. Kita
bukannya bincang benda tu. Tu orang lain punya urusan.”
“Hah, tahu pun
orang lain punya urusan.”
“Amad, aku nak
sambung belajar.”
“Hah, kan bagus.
Bidang apa?”
“Human science.”
“Oh, kau nak
tambahkan lagi solution untuk satu masalah? Kah kah kah.”
“Ah, lupakan benda tu. Itu pendapat jahil aku.”
“Itu pendapat
jahil kau? Jadi apa pendapat pandai, bijak, bodoh?”
“Threesome
party.”
“Bodohlah, jangan
guna analogi itu boleh tak?”
“Jangan risau,
zaman teknologi sekarang ni semua faham apa itu threesome. Kau boleh cari kat
9gag. Kah kah kah.”
…
Inilah dinamakan
teknologi yang tidak berteraskan kemanusiaan. Lantaklah, bukan kerja aku itu
kerja budak ICT. Tak kan aku nak threesome dengan budak ICT? Kah kah kah. Salah
Narsha lah ni, ajar analogi bodoh tu. Apa salahnya banyak solution untuk satu
masalah. Apa salahnya kalau kau dengar apa semua pendapat orang, in the end kau
gabungkan lah. Macam unification of theory. Kah kah kah. Aku silap eh? Kah kah
kah. Pendapat jahil aku.
….
“Kau nak belajar
kat mana?”
“Satu universiti
dengan kau.”
Yes, setiap hari
aku boleh jumpa dia.
“Apasal muka kau jadi ceria? “
“Bolehlah aku
jumpa kau setiap hari. Kah kah kah.”
Dia hanya
tersenyum.
“Amad, kau tiada
awek?”
“Ada, kau.”
“Cari orang
lain.”
“Tak nak.”
“Nanti kau
kecewa.”
“Aku dah biasa .”
“Nanti kau benci
diri kau.”
“Aku dah biasa.”
“Nanti kau benci
aku.”
“Kenapa pula?”
“Tiba-tiba suatu
hari nanti aku jumpa lelaki lain.”
“Aku terima realiti lah.”
“Tipu.”
“Aku dah biasa
benda macam tu.”
“Jadi kau nak
lepaskan aku seandainya aku jumpa lelaki lain.”
“Ya, asalkan
lelaki tu lebih baik daripada aku.”
“Tipu.”
“Kan aku dah
biasa.”
“Biasa apa?
Kecewa, sedih, patah hati?”
“Semua, aku pun
rindu perasaan tu?”
“Kau ni
psychopath eh?”
“Apa tu?”
“Aku pun tak
tahu, aku cakap jer. Kah kah kah.”
“Oh, Narsha
maknanya kau suka aku?”
“Tak. Kan aku dah
cakap cari orang lain? Cari lebih baik daripada aku. “
“Baik? Maksud kau
super hyper close minded?”
“Carilah yang
open minded.”
“Tak nak, kau
ada.”
“Suka hati kau
lah. Suatu hari nanti kau akan kecewa.”
“Aku dah biasa.”
“Sebab tulah
jangan biasakan, nanti kau rindu perasaan macam tu.”
“Seronok lah layan
perasaan macam tu.”
“Kau pernah rasa
rindu tak perasaan macam tu?”
“Pernah, sekarang
pun aku tengah rindu perasaan kecewa. Perasaan give up.”
“Pelik lah kau
ni.”
“Narsha, jom
dating.”
“Tak nak dating
orang macam kau, psychopath. Kah kah kah.”
“Jangan risau,
aku boleh berlakon gaya lain.”
“Berlakon,
berlakon. Tahu tak nanti kau akan lupa karakter kau yang sebenarnya.”
“Aku dah lama
lupa pun. Kah kah kah.”
“Ah, bincang
benda lain.”
“Pasal apa.”
Tak sangka pula
aku boleh bincang pasal benda ni depan-depan dia. Tapi macam kena reject jer.
Kah kah kah. Dah biasa dah. Tragedi pemikiran dan tragedi kena reject ni bagi
aku sama, melahirkan perasaan yang sama. Kah kah kah. Tapi seronoklah layan
benda macam ni. Barulah dinamakan
perjalanan hidup, perjalanan hidup orang loser, kah kah kah. Ah, lantaklah, aku
kan observer, mesti tahu bagaimana buat jalan cerita supaya aku boleh observe.
Psychopath tak. kah kah kah. Bajet psychopath. Ada ku kisah.
“Narsha, apasal
kau tiba-tiba nak sambung belajar? Siap satu universiti lagi dengan aku. Sebab
aku eh? Kah kah kah?”
“Perasan. Aku nak
belajar lah.”
“Kau nak cari
kerja lepas belajar.”
“Tak, itu
belakang kira, aku belajar sebab aku suka. Bukan macam kau, cakap belajar fizik
sebab suka fizik, in the end CGPA
hancur, penipu.”
“Dah CGPA tak
sukakan aku. Kah kah kah.”
“Berusahalah.
Jangan tidur sahaja tahu. Dah tidur 10 jam sehari. Buang masa.”
“Kalau kau nak
dating dengan aku, aku janji aku tidur 6
jam sehari.”
“Ah, penipu.”
Muka dia merah.
Ini tambah aku blur , dia ni ada perasaan tak kat aku. Tapi, seperti biasa, low
expectation. Hidup aku ajar jangan terlalu berharap benda-benda macam ni.
Useless. Tapi, dia ni type rare, payah
nak jumpa. Jangan risau lah, bukankah cinta itu adalah melihat orang yang kau
cintai gembira walaupun tangan yang dia pegang bukanlah tangan kau. Kah kah
kah. Ayat tak boleh blah.
“Apasal muka kau
merah? “
“Panas. Jom pergi
makan.”
“Jom”
“Eh, jap. Kau
ambil degree atau diploma?”
“Degree.”
“Oh, ok.”
“kenapa?”
“Tiadalah.”
………………………
“Narsha, boleh
tak jangan cakap benda lucah depan aku?”
“Kenapa? Nak aku
jadi macam golongan pelik, golongan lelaki.”
“Golongan
lelaki?”
“Depan perempuan
macam alim, belakang mencarut sana sini. Nak aku jadi golongan macam tu. Depan
orang buat baik, belakang orang umpat sana sini.”
“Malaslah cakap
dengan kau.”
“Amad, kau banyak
tengok anime, baca manga, jangan pula kau lihat cinta realiti itu sama seperti
cinta anime atau manga.”
“Aku tahu benda
tu. Aku tak kisah pun benda macam tu. Lebih baik aku layan anime genre lain.
Tapi biasanya, bagi aku perasaan juga harus diseimbangkan, ada cinta, ada
anarki, ada keinsafan, ada jahat, ada baik, ada cemburu. “
“Kau tipu. Mana
boleh jahat dan baik itu ada dalam hati seseorang serentak.”
“Betul eh? Kalau
cinta dan cemburu?”
“Tidak tahu.
Buang masa nak layan perasaan. Nerd.”
Ulasan
Catat Ulasan