Bab 49 Psych Schizophrenia

Kah kah kah. Sebenarnya aku tipu. Sebenarnya Narsha tidak sakit pun, lelaki itu pun tidak pernah datang jumpa aku. Di dunia ini, manusia membuat cerita di dalam fantasinya supaya dia boleh lari daripada dunia realitinya. Aku pun nak try buat fantasi aku, kah kah kah.

Eh jap, Narsha wujud eh di dunia realiti aku? Aku bingung. Aku rasa dia hanya di dalam fantasi aku. Kah kah kah.

Ya, Narsha tidak wujud, dia hanya ilusi aku, seperti mana aku, aku pun hanya ilusi sahaja. Sebuah cerita yang telah hilang daripada realiti kerana cerita itu sebenarnya tidak wujud, cerita itu diwujudkan kerana aku tidak boleh bezakan mana satu realiti dan mana satu fantasi. Dan aku adalah Amad.


Air mata jatuh disaat bersendirian,

kekosongan datang kembali,

persoalan itu ditanyakan lagi,

apa sebenar semua ini?

Macam mana nak buang kekosongan ini,

adakah dengan masuk dalam perlumbaan manusia moden?

Atau aku perlu berlakon bahawa aku tidak pernah kosong,

mengisi hati dengan perkara ilusi,

ketawa, sosial, lawak bodoh, perlumbaan, populariti?

In the end, aku masih terasa kosong.

Aku penat,

aku rindu aku yang dulu,

aku yang tidak pernah persoalkan apa-apa,

tidak pernah persoalkan ‘apa sebenarnya makna hidup’,

apa sebenarnya ‘sistem manusia moden’’.

Aku rindu aku yang dulu.....


Aku tak nak semua pemikiran ini,

aku hanya nak aku yang dulu.

Aku rindu,

aku yang ketawa,

bukan ketawa pada masa ini,

yang hanya dilakonkan kerana sebuah lawak bodoh.


Bagaimana nak patahkan balik masa,

agar fikiran aku hilang,

rasa kosong di hati aku hilang?

Bagaimana?

Aku dah penat hidup…

Aku dah penat dengan semua ini…

Aku nak balik aku yang 10 tahun yang lalu,

hidupku ketika itu sangat lain,

tapi apakan daya,

pemikiran ini susah untuk dibuangkan,

pemikiran seorang anarki bodoh….

….


Habis pun cerita. Kah kah kah. Bosan tak. Maaf lah aku tidak tahu tragedi apa yang boleh hack perasaan korang.  Kan aku dah cakap, aku malas nak angkat tragedi perasaan untuk kacau hati korang. Dan aku juga tidak tahu bagaimana nak  angkat tragedi perasaan dalam tulisan ini. Jom layan pemikiran. Kah kah kah.

Bosan tak cerita tragedi perasaan aku. Sebenarnya korang baca buku ni sebab apa, nak layan tragedi pemikiran atau nak layan tragedi perasaan. Walaupun dalam buku ini penuh dengan pemikiran yang tidak matang, tapi aku nak ajar korang untuk layan pemikiran yang matang, bukan sekadar nak layan tragedi yang melayan perasaan. Mungkin korang akan cakap

‘buat apa aku nak layan pemikiran, nanti aku jadi macam kau, jahil dan jahat.’


Aku tanya korang. Korang layan perasaan, korang bertambah baik eh? Korang layan romantik, lawak bodoh, lawak pandai, gelak sana sini, korang bertambah baik eh? 




















Ulasan

Catatan Popular