Bab 43 Psych Schizophrenia
“Narsha, manusia itu pelakon kan?”
“Bukan semua.”
“Semua manusia ada muka berbeza-beza.”
“Bukankah itu dinamakan karakter?”
“Karakter untuk dilakonkan?”
“Tak tahu tapi jangan samakan personaliti dengan karakter?”
“Bukankah kedua-dua benda itu sama?”
“Tidak.”
“Dua-dua aku boleh lakonkan.”
“Tidak Mad, kau salah.”
“Terangkan.”
“Aku tak tahu macam mana nak terangkan, sebab kau perlu lalui dahulu baru
seronok aku perkatakan.”
“Alasan.”
“Amad, jangan pandang semua manusia seperti itu.”
“Aku tak faham.”
“Bukan semua manusia itu berlakon.”
“Macam mana nak tahu?"
Tiba-tiba muzik dilagukan oleh speaker yang dipasang di tepi pantai itu.
Muzik yang menyentuh hati, tapi malang sekali hati aku tafsir lagu itu sebagai
lagu hipokrit. Lagu didengarkan untuk lari daripada realiti.
“Narsha, dengar lagu dan layan fantasi, dua-dua tu sama kan?”
“Tidak.”
“Bagi aku sama. Kau dengar muzik untuk lari daripada realiti kau, begitu
juga kau masuk fantasi kau sebab nak lari daripada realiti kau.”
“Amad, bukankah kau pernah beritahu aku jangan nilai manusia berdasarkan
hati kita. Sekarang aku nak ubah ayat tu. Amad, jangan nilai manusia
berdasarkan dunia manga dan anime.”
“Hmmm.”
“Amad, kau give up hidup?”
“Hidup? Apa benda tu?”
“Cari sesuatu.”
“Aku penat.”
Suasana sunyi datang semula, seperti mana sunyi mata aku memandang. Mata
aku berubah dan mula merasa perasaan kosong. Selama ini, hati aku terasa
kosong, minda aku kosong, tetapi sekarang mata aku mula merasa kosong. Mungkin
mata aku juga penat menjadi observer.
“Amad, kau fikir apa?”
“Tiada.”
Aku nak tukar topik..
“Narsha, kenapa manusia jatuh cinta?”
“Aku tidak tahu.”
“Cinta itu ilusi.”
“Sebabnya?”
“Kebanyakan manusia jatuh cinta kerana mata. Mata yang memberi perasaan
cinta. Ada manusia yang jatuh cinta kerana kecantikan, kerana karakter dia.”
“Jadi kenapa cinta itu ilusi?”
“Kalau kecantikan itu tiada, adakah cinta itu akan datang. Bagaimana dengan
karakter? Bukankah karakter itu boleh dilakonkan? Kalau karakter itu tiada,
adakah cinta itu wujud?”
“Bukan semua manusia macam tu.”
“Alasan.”
“Amad, jangan rosakkan hati kau. Jangan rosakkan makna cinta.”
“Kau selalu marah aku seandainya aku terlalu melayan perasaan, tetapi
kenapa kau seperti pakar dalam benda macam ni?”
“Aku pun manusia.”
“Macam mana nak buang benda tu?”
“Buang apa? Perasaan?”
“Ya, Macam mana supaya aku boleh buang perkataan ‘layan perasaan’ di dalam
hidup aku?”
“Kenapa kau nak buang.”
“Aku penat dengan ilusi itu.”
“Try layan pemikiran.”
“Aku sudah try. tetapi akhirnya aku kembali melayan perasaan. Aku penat.”
“Kau rasa apa, kalau kau layan perasaan?”
“Sakit.”
“Jadi kenapa kau masih melayan perasaan?”
“Sebab aku suka.”
“Kau suka melayan sakit?”
“Aku tidak tahu.”
“Kau rasa apa kalau kau melayan pemikiran?”
“Seronok.”
“Teruskan.”
“Tapi kenapa akhirnya aku rindu layan perasaan?”
“Amad, masa kau layan perasaan, kau pernah rasa rindu tak nak layan
pemikiran?”
“Ya.”
“Bukankah situasi itu sama semasa melayan pemikiran dan perasaan?”
“Tapi, perasaan lebih kuat daripada pemikiran.”
“Jadi kau nak buang ‘perasaan’ kau?”
“Aku bukannya nak buang perasaan, aku nak buang tabiat melayan perasaan.”
“Aku tidak tahu Mad. Tapi habiskan masa melayan pemikiran.”
“Aku tidak boleh Narsha.”
“Amad, kalau kau layan perasaan macam mana? Kalau kau tiada kerja, seperti cuti
semester, kau buat apa?”
Aku diam..
“Kau berkurung di dalam bilik?”, sambung dia lagi.
“Ya.”
“Tinggalkan semua itu. Buat sesuatu yang boleh hilangkan tabiat itu.”
“Sesuatu? Apa? Narsha, semua benda yang aku buat semua rasa kosong. Dan
lebih menyakitkan lagi kalau aku terpaksa berlakon karakter gembira.”
“Sebab itu kau suka berkurung?”
“Ya.”
“Amad aku ada idea.”
“Idea apa?”
“Cari duit lepas tu pergi melancong seluruh dunia.”
“Aku rasa kosong untuk mencari duit.”
“Kenapa, kapitalis?”
“Mungkin.”
“Amad, ada benda di dunia ini kita mesti terima.”
“Ya, aku tahu itu.”
“Cari duit Mad, lepas tu kau pergi pusing dunia. Kalau kau tiada duit kau
boleh melancong sambil bekerja.”
“Aku tak tahu Narsha. Aku tak suka terlalu berharap.”
“Kenapa? Kau takut kecewa?”
“Mungkin.”
“Sebab kisah lalu eh?”
“Aku tidak tahu.”
“Amad kau tak nak jadi golongan profesional?”
“Aku tak suka bekerja. Lebih-lebih lagi kalau bersosial.”
“Latih diri kau Mad.”
“Maksud kau berlakon?”
“Jangan berfikiran seperti itu.”
“Hmm.”
Suasana menjadi sunyi semula. Kali ini muzik lain pula ‘dipermainkan’ oleh
speaker.
“Amad, kalau kau dengar lagu gembira kau rasa apa?”
“Rasa kosong.”
“Lagu sedih?”
“Rasa kosong.”
“Lagu motivasi?”
“Rasa kosong.”
“Lagu indie?’
“Rasa kosong.”
“Semua lagu kau rasa kosong?”
“Ya. Ada kalanya kalau aku dengar lagu motivasi umpama aku dengar lagu
sedih. Dan ada kalanya aku dengar lagu sedih umpama aku dengar lagu motivasi
atau lagu gembira.”
“Hati kau dah kena hack eh?”
“Mungkin.”
…………………
Aku rasa seronok berbincang dengan Narsha.
Lepas itu kami pergi bersarapan. Kisah pagi itu tamat seperti itu. Tamat? Hidup
aku dah lama tamat……Apa yang harus aku lakukan untuk mencari semangat yang
hilang itu? Aku tidak percaya cinta romantik boleh membantu. That s**t.
Tapi apa? Aku dah mula memandang dunia sebagai fantasi ku. Penyakit aku
bertambah teruk. Aku dah mula rasa susah pisahkan realiti dan fantasi, realiti
dan ilusi. Aku simpan rahsia ini daripada pengetahuan Narsha. Adakah aku perlu
stop melayan pemikiran, stop melayan perasaan? Jadi apa yang aku perlu layan?
Intuisi?
Aku penat nak fikir. Aku penat nak hidup. Aku penat nak berusaha. Aku penat
dengan hati aku, dengan minda aku.
I AM NOTHINGNESS
Ulasan
Catat Ulasan