Bab 42 Psych Schizophrenia
Rasa kosong lagi. Aku tak nak melayan perasaan. Aku tan nak melayan anime atau
manga. Tapi nak buat apa. Macam mana nak buang rasa kosong ni. Aku pernah hack
rasa ni guna anime dan manga. Tapi in the end, antivirus yang ada pada rasa
kosong itu sangat kuat.
Malas lah nak fikir.
…
Apa hubungan manusia dengan alam? Adakah alam perlukan manusia untuk
berfungsi? Apa hubungan sastera dan sains? Kenapa benda tu dipisahkan? Kenapa
fizik di dunia ada hanya satu jalan sahaja, kenapa hanya ada newton physics?
Atomism physics? Atomism physics for mutakallimun? Kenapa manusia mempunyai perasaan?
Kenapa manusia ingin berjaya?
Kenapa rasa kosong wujud? Bolehkah rasa kosong itu dihayati dan akhirnya
rasa kosong itu akan memberi jawapan yang dicari-cari.
…………
Rasa kosong lagi.
Sekarang baru 1.00 pagi. Rasanya aku nak keluar bilik, nak lepak kat luar.
Malam ni rasanya aku nak try hisap rokok. Aku pernah hisap, secara jujurnya
rasa feel.
Nasib baik ada kedai Seven Eleven depan rumah sewa ni.
Tak sangka semasa aku jalan nak ke kedai itu aku berjumpa Narsha. Dia
tengah bersendirian. Duduk dalam kedai mamak. Entahlah dia tengah buat apa.
Muka sedih. Aku rasa aku nak peluk dia, kah kah kah.
“Hai.”
“Oh Mad.”
Dia berlakon excited.
“Jangan nak berlakon. Aku tahu kau ada masalah.”
“Lupa pula, kau pun raja berlakon. Orang suka berlakon mesti tahu sama ada
orang lain berlakon atau tidak.”
“Tak semestinya.”
“Amad, aku minta maaf tempoh hari.”
“Aku pun minta maaf.”
“Kau memang macam ni eh?”
“???????”
“Aku rasa kau ni bawa aura kosong.”
“Kah kah kah.”
“Kenapa? Hati kau rasa kosong lagi?”
“Seperti biasa.”
“Layanlah perasaan kau.”
“Dah layan dah.”
“So, rasa kosong tu hilang?”
“Sampai bila-bila pun rasa ni tak kan hilang.”
“So, kau give up.”
“Give up hidup?”
“Mungkin.”
“Dah lama aku give up hidup.”
“Layanlah pemikiran.”
“In the end rasa kosong tu kembali.”
“Buat lah perkara yang boleh menghilangkan rasa kosong.”
“Maksud kau baca manga, tengok anime?”
“Bukan. Kau try kuasai pemikiran Whitehead. Kau kan minat falsafah sains.”
“Malaslah.”
…………..
Diam seketika. Aaah, malasnya nak berlakon supaya aku boleh pecahkan
kesunyian ni. Tapi aku rasa depan dia ni aku tak payah berlakon.
“Amad, aku nak ke mana?”
“Beli rokok.”
“Sejak bila kau hisap?”
“Aku dah lama hisap benda tu.”
“Tak payah lah nak beli benda tu.”
“Hmmm.”
“Hisap tu boleh melayan perasaan kosong kau eh?”
“Tak. Tiba-tiba teringin nak hisap.”
“Kau nak hancurkan idealism kau?”
“Adakalanya aku mesti terima realiti.”
“Realiti yang kau tak boleh hadapi idealism tu?”
“Mungkin.”
“Tak payah lah nak pergi beli. Temankan aku. Boleh?”
“As you wish, princess.”
“Kah kah kah.”
“Amad, jom keluar pergi pantai.”
“Tak pasal-pasal kena tangkap basah.”
“Kita bukannya buat benda tu. Jangan risau lah. Kita lepak kat kedai tepi
pantai.”
“Jom.”
“Besok kau tiada kelas kan?”
“Tiada. Kau?”
“Samalah.”
“Nak lepak sampai pagi.”
“Jom.”
“First time kau lepak sampai pagi dengan perempuan kan?”
“Ya. Tak kan selalu. Kalau selalu, tu makna lain dah.”
“Kah kah kah. Jom, aku bawa motor. Kau tak kisah kan?”
“Ya. Asalkan kau yang bawa, aku ok.”
“Tak kan kau yang bawa. Tu lah suruh ambil lesen tak nak.”
“Malaslah. Benda tu complicated.”
Motosikal bergerak laju di jalan raya yang kosong. Bau rambutnya yang wangi
menusuk hidung aku. Tapi malas lah nak layan benda macam tu.
“Amad, kalau kau nak peluk aku….. aku benarkan.”
“Ok.”
“Aku nak bawa laju ni.”
“Ok.”
Aku tak peluk pun. Itu bukan tugas aku. Tu tugas bakal suami dia, walaupun
apa yang aku buat sekarang ni salah… Aku bukannya baik sangat pun.
Tiba-tiba dia tekan brek. Dengan tidak sengaja aku terpeluk badannya.
Tiba-tiba hati aku ‘menangis’. Hati aku berkata
“Aku nak jaga awek ni. Tapi aku kan tepuk sebelah tangan.”
Aku lepaskan pelukan aku. Aku malas nak layan lagi hati aku. Hati aku dah
kalah masa baca manga tu, tak kan aku nak kalahkan hati aku lagi. Tak boleh
macam tu, nanti tidak seimbang. Aku telah permain-mainkan hati aku, sekarang
tiba masanya aku mempermainkan pemikiran aku. Tapi bagaimana?
Hati aku juga yang menguasai. Kan bagus kalau aku boleh jadi boyfriend dia.
Lepas tu kahwin. Boleh aku jaga dia. Tapi itu hanya khayalan hati aku, bukannya
khayalan minda aku. tak sangka aku boleh jatuh cinta dengan awek type ni. Apa
boleh buat, hati aku kan dah rosak, minda aku dah rosak, akhirnya aku jatuh cinta
dengan dia… Tapi dia ni rare. Awek type rare- free hair, perang, jeans dan
lain-lain lagi.
“Amad, kau tengah mengkhayal eh?”, soal dia memecahkan khayalan aku di
dunia minda.
“Itu saja yang aku boleh buat sekarang.”, jawab aku.
Malam ni sunyi sangat. Hanya ada beberapa kereta yang lalui jalan raya. Aku
tak kisah pun. Dan aku malas nak terangkan dalam tulisan ni. Korang bukannya
menghayati pun kalau aku tulis ayat-ayat pelik… macam ‘tiupan angin menembusi
hatiku, malam yang dingin aku terasa hangatnya dia, wajah yang aku bayangkan
berada di depanku, bunyi tayar berjumpa dengan gegendang telinga ku, walaupun
bising tapi aku terasa sunyi, walaupun dia ada di depanku, hatiku tetap terasa
sunyi. Sunyi dan kosong. Apakah ini semua’. Tak kan aku nak tulis macam tu kut.
Malaslah, sekarang ni hati aku rasa lain. Kalau aku nak tulis ayat macam tu,
hati aku mesti mainkan peranan.
Come on lah bro, time hati kau gembira tak kan kau nak tulis cerita sedih.
pelik sangat tu. Tapi.. bolehlah. Aku selalu buat macam tu pun. Tapi malas nak
tulis. Kalau kau rasa kosong, kau boleh hack rasa kosong kau. Masa hati kau
rasa kosong try lah tulis apa sahaja, ayat sedih, ayat gembira, motivasi,
falsafah, fizik. Kau boleh layan. Kalau kau pandai hack hati kau, kau boleh
tukarkan perasaan hati kau—daripada gembira ke sedih atau sebaliknya. Kah kah
kah. Barulah seronok mempermainkan hati sendiri, tapi ingat jangan pernah
mainkan hati orang lain. Benda yang aku layan hanya untuk fantasi aku, di
realiti aku hanya sekadar observer useless.
Hati manusia itu sangat sensitive. Maka jaga hati manusia lain. Try
walaupun kadang-kadang terlepas cakap. Try kawal mulut.
“Amad, kau masih mengkhayal?”
“Tak.”
“Kita dah nak sampai ni.”
“Ok.”
Nak peluk ke tak eh? Malaslah, fitnah ke atas idealism aku. Nanti kaki
kritik ada point nak attack aku. Lantaklah, kerja mereka.
Sampai pun. Popular juga restoran ni. Barulah seronok lepak kat sini. bunyi
laut, angin, manusia yang gelak ketawa, semua pemandangan indah. Bulan purnama
pun menunjukkan dirinya. Thanks to Sang Surya kerana bagi cahaya ke bulan,
walaupun ramai manusia yang memuji bulan tetapi tidak langsung mengingati
Surya. Minta maaf Surya. Aku tahu, kau bukannya mengharapkan manusia untuk
ucapkan terima kasih kepada mu. Asalkan manusia gembira memandang Sang Bulan,
itu juga kegembiraan bagi mu. Thanks Surya, kau mengajar aku makna shadow,
makna sebenar phantom.
Dan makna sebenar cinta.
Kah kah kah. Time ni pula aku teringat benda macam tu.
“Amad, cerita pasal falsafah fizik.”,
kata Narsha.
“Malaslah. Aku tak pandai.”
“Dah give up dah?”, soal dia.
“Tidak tahu. Kau tiada cerita?”, soal aku pula.
“Tak tahulah nak cakap pasal apa. Ceritalah pasal fizik.”, pujuk dia.
“Philosophy of Physics : Science is not about certainty. Google baca
sendiri. Fikir sendiri.”
“Kau cerita lagi seronok.”
“Lagi bagus kalau kau baca. Sebab aku malas nak cerita benda yang orang
lain tidak minat.”
“Iyalah. Nanti aku baca.”
“Kau tiada cerita?”
“Tiada.”
“Crush?”
“Rahsia. Kau dan junior kau tu.”
“Macam laut dan langit.”
“Seperti apa yang kau harapkan?”
“Ya.”
“Loser. Takut perempuan.”
“Aku bukan takut.”
“Jadi?”
“Aku tak tahu nak cakap apa kalau lepak dengan diorang.”
“Kau dengan aku ok jer.”
“Kau lain.”
“Lain macam mana?”
“Entahlah. Mungkin sebab aku suka kau.”
“Mad, stop mengkhayal.”
“Narsha, jom malam ni tengok wayang romantik. Boleh layan perasaan. Boleh
mempermainkan hati.”
“Buang masa. Suatu hari nanti aku layan lah.”
As expected, ni lah jawapan dia.
“Jom jalan-jalan tepi pantai.”
“Jom. Tapi jangan pergi tempat yang gelap. Nanti masa depan aku hancur.”
“Ok.”
Angin bertiup melalui rambutnya, bagaikan perasaan aku yang bertiup ke
arahnya. Walaupun mukanya tidak kelihatan, tetapi hati aku telah kenal
badannya, telah kenal pergerakannya. Hatiku yang kosong, bagaikan kosongnya
mindaku. Aku suka dia, tapi aku tidak tahu sama ada dia tahu atau tidak. Aku
tidak boleh bezakan fantasi dan realiti untuk benda seperti ini.
“Amad! Jalan cepat. Kenapa kau suka jalan di belakang?”
“Boleh tengok view.”
“Hah?”
“Boleh perhatikan manusia. Seronok.”
“Bukan jadi observer ni ada keburukannya eh?”
“Sebab tulah aku jarang pakai cermin mata.”
“Alasan.”
“Kah kah kah.”
Aku malas layan perasaan ini. Aku lupa realiti aku. Aku terperangkap di
dunia ini. Aku penat berusahah untuk lari daripada semua ini.
“Amad, kau suka Isydahyanti kan?”
“Tak lah.”
“Aku boleh baca muka kau.”
Tafsiran salah. Mata tidak boleh membaca muka. Mungkin boleh, tapi tidak
adil seandainya mata hanya membaca muka. Bagaimana dengan tingkah laku?
Bagaimana dengan hati?
“Amad, kenapa bulan wujud?”
“Supaya kau boleh tanya soalan tu.”
“Anthropic principle, kan?”
“Entahlah.”
Aku suka fizik, tapi semangat aku untuk belajar ilmu itu makin hilang.
“Amad, anthropic principle ada berapa kategori, dua kan?”
“Tiga.”
“Weak, strong, lepas tu apa lagi?”
“Cari sendiri di internet.”
Aku minat falsafah, tapi aku dah tiada semangat untuk belajar falsafah.
“Amad, seandainya perasaan cinta itu dilihat, apa yang kau akan lakukan?”
“Aku akan memandang kau, sampailah cinta itu collapse dan kau akan menjadi
milik aku.”
“Kah kah kah. Wave function collapse?”
“Entah.”
“Copenhagen Interpretation?”
“Kau tahu benda tu?”
“Wavefunction collapse in the Hilbert space?”
“Entahlah.”
Harmonikan falsafah dan fizik, aku juga dah mahu meninggalkan semua itu.
“Amad, seandainya kalau aku cakap yang wavefunction never collapse?”
“Multiverse, mungkin.”
Berapa ramai yang minat fizik secara jujurnya.
“Amad, jangan jadikan fantasi sebagai tempat untuk kau lari daripada
realiti, tapi jadikan fantasi itu realiti.”
“Aku pernah baca ayat itu di Facebook.”
“Aku copy and paste kat minda aku. Kah kah kah.”
“Cakap senang. Macam mana aku nak keluar daripada dunia fantasi?”
“Kau dah lama keluar dari dunia tu. Kau sahaja yang tidak mahu terima
kenyataan. Dan akhirnya kau masuk semua ke dunia itu.”
“Kau tidak kenal aku.”
“Sebab itulah kau rapat dengan aku. Bukankah kau tidak suka orang rapat
dengan kau?”
“Kau bukan ilusi kan?”
“Kau ada penyakit itu. Ilusi yang didelusikan. Kau tidak dapat bezakan
fantasi dan realiti.”
“Siapa cakap macam tu?”
“Aku ini ilusi atau realiti?”
“Realiti.”
“Kau yakin Mad.”
“Yakin.”
“Plato versus Aristotle.”
“Idealism versus empiricism?”
“Ya.”
Aku tengah mengkhayal kah ni? Tak lah. Aku normal, ya aku normal. Aku
manusia normal.
……
“Mad, jangan mengkhayal. Jom pergi beli air minuman, penat berbual dengan
kau.”
“Jom.”
Apa sebenarnya realiti. Adakah realiti itu wujud di minda atau di luar
minda. atau kedua-duanya?
“Mad, aku dah cakap stop mengkhayal. Seronok eh mengkhayal?”
“Seronok. Aku boleh masuk ke dunia aku.”
“Psychopath.”
“Bukanlah. Psychopath makna lain.”
“Suka hati aku lah nak beri makna untuk ayat tu.”
Aku bingung. Adakah ini realiti atau ilusi. Ini realiti – ingat ini
realiti-ini realiti. Minda aku dah rosak dah.
...
Cahaya surya menunjukkan dirinya. Kali ini manusia membelakangkan bulan.
Kali ini manusia tidak lagi memandang bulan. Cahaya surya menggantikan
kecantikan bulan purnama. Bulan mengembalikan cahaya surya ke tempat asalnya.
Manusia memandang ke arah cahaya itu. Indah sungguh. Kan baik seandainya
keindahan itu masuk ke mindaku, masuk ke hati untuk menolong aku membuang rasa
kosong ini.
“Amad, jangan mengkhayal.”
Mukanya menutup cahaya itu. Dia berdiri membelakangi cahaya matahari.
Bagaikan bulan menutup cahaya matahari. Adakah itu dinamakan purnama surya atau
purnama bulan. Dia kembali memandang cahaya itu.
“Lawa kan Mad?”
“Ya.”
“Kalau ada masa lagi jom pergi sini lagi.”
‘Ok.”
Jawapan aku ringkas, tapi minda aku start berkata-kata. Sakit sungguh minda
ini. Disaat dunia realiti sunyi, dunia minda aku mula bising. Aku seronok
melayannya, tetapi aku juga kepenatan kerana terlalu melayannya. Begitu juga
dunia perasaan.
“Amad, apa yang kau fikir?”
“Aku sibuk di dunia aku.”
“Ya aku tahu. Mad, aku dah lama tahu yang kau ini sibuk di dunia kau. Kau
sibuk melawan dunia kau agar kau boleh keluar. Kau sibuk melawan dunia
pemikiran kau dan dunia fantasi kau.”
“Mungkin benar. Tapi ada kalanya aku bukan melawan tapi melayan dunia itu.”
“Amad, keluar daripada dunia itu.”
“Untuk?”
“Muka kau seperti muka yang give up hidup. Mata kau layu. Mata kau sedih
walaupun mulut kau tersenyum.”
“Jangan baca muka aku berdasarkan mata kau.”
“Ada kalanya cara itu berguna.”
Aku hanya berdiam diri.
“Amad, suatu hari nanti kau akan jumpa seseorang yang membebaskan kau dari
dunia itu.”
“Aku tak nak.”
“Kenapa?”
“Itu sekadar ilusi.”
“Maksud kau?”
“Buat apa datang seandainya kedatangan itu hanya membawa kepada kesakitan.
Lebih baik aku berseorangan.”
“Jangan berfikiran seperti itu.”
“Jangan beritahu aku ayat tu, beritahu minda aku.”
“Adakah minda kau telah terpisah dengan badan kau?”
“Tidak.”
“Terpisah Mad, jawapannya terpisah. Kau pisahkannya.”
“Kau tidak tahu apa yang aku rasa.”
“Ya, dan kau juga tidak tahu apa yang aku rasa.”
Aku diam.
“Jom Narsha, duduk kat sana.”
“Jom.”
Aku duduk di situ. Narsha duduk di tepi aku. Kami berdua memandang cahaya
matahari itu. Sesuai sangat pasangan
itu, cahaya matahari yang ditemani bunyi ombak. Mata, telinga, hati
memainkan peranan. Begitu juga dengan minda.
“Amad, kalau kau melayan perasaan, mungkin melalui drama atau movie, try
menghayati jalan cerita. Ada kalanya watak itu tidak penting, tetapi jalan
cerita itu yang penting. Jalan cerita itulah yang memberi perasaan kepada
penonton untuk menilai sesebuah cerita. Watak langsung tidak memainkan peranan.
Watak itu adalah mangsa jalan cerita
yang direka. Cuba try tukar karakter. Cuba try tukar masa kehadiran
karakter.”
“Tak faham.”
“Aku bagi contoh. Kau melayan cerita cinta, dan kau berharap karakter itu
akan bersama akhirnya. Tapi malang sekali kerana di klimaks cerita itu datang
seseorang. Dan akhirnya karakter yang kau harapkan bersama terpaksa berpisah.
Cuba try tukar karakter pertama dengan karakter kedua. Adakah kau masih
menyokong seandainya karakter pertama (telah duibah dari karakter kedua) itu
yang menang dalam cerita itu? Kau tetap menyokong karakter itu, sebabnya
karakter itu tak penting, jalan cerita yang penting.”
“Oh macam manga yang aku baru habis baca.”
“Kau faham?”
“Ya aku faham, sebab aku pernah lalui benda tu.”
Korang tak faham kan? Biar aku terangkan dengan syarat korang dah baca
manga tu. Selepas aku fikirkan kembali, memang betul apa yang Narsha cakapkan.
Karakter tidak penting, yang penting adalah jalan cerita. Tapi ada penambahan
di sini, iaitu tolong buang perasaan double standard.
Dalam manga itu aku lebih menyokong wanita itu bersama watak pertama tetapi
akhirnya wanita itu memilih watak kedua. Cuba fikirkan, bagaimana seandainya
tukar watak. Lelaki pertama menjadi lelaki kedua dan seterusnya? Ya jawapan aku
sama, aku tetap memilih agar wanita dan lelaki pertama itu akhirnya bersama.
Dalam bahasa manga- aku memilih Suzume dan cikgu tu bersama selama-lamanya,
kerana cikgu tu adalah cinta pertamanya, tapi akhirnya Suzume memilih Mamura.
Tapi seandainya kita tukarkan karakter seperti apa yang diteorikan oleh Narsha
, maknanya tukarkan Mamura dengan cikgu tu,maknanya Mamura adalah cinta pertama
Suzume, bukan cikgu tu. Apa pilihan aku? Aku akan memilih Mamura, kerana
pemilihan aku berdasarkan jalan cerita, bukan berdasarkan karakter. Maknanya
pendapat aku ini bertentangan dengan pendapat asal aku.
Konklusinya tiada yang menang, perasaan aku kalah dan pemikiran aku kalah.
Tiada yang menang. Aku dipermainkan oleh fantasi rekaan manusia. Tapi aku dapat
sedar sesuatu iaitu- jalan cerita itu lebih penting daripada karakter,
seandainya perasaan double standard dibuang.
Seandainya salah satu mesti menang atau kalah, maka minda aku kalah, dan
hati aku menang. Thanks to Narsha, aku tersedar sesuatu yang penting. Aku baca
manga itu berdasarkan hati dan bukan berdasarkan minda, sebabnya minda langsung
tidak wujud ketika aku baca manga itu, hanya hati yang aku gunakan. Aku gunakan
perkataan minda sebabnya berdasarkan budaya masyarakat kita, kes rare
seandainya Suzume dan cikgu itu ada hubungan. Rupa-rupanya aku hanya melayan
perasaan bukan melayan perasaan dan pemikiran.
Pelik tak cara aku melayan perasaan. Kah kah kah.
“Kau fikir apa Mad?”
“Sekali lagi minda aku kalah dengan hati aku, pemikiran aku kalah dengan
perasaan aku.”
“Kau layan manga lagi eh?”
“Ya.”
“Genre?”
“Cinta.”
“Layan cinta itu bermakna melayan perasaan bukan melayan pemikiran.”
“Salah aku.”
“Ya, memang salah kau. Kau pun tahu apa beza melayan pemikiran dan melayan
perasaan.”
“Tak sangka, minda aku kalah lagi.”
“Jangan melayan perasaan, apalagi kau layan perasaan macam tu, gunakan
fantasi rekaan orang lain.”
“Aku penat nak layan pemikiran, sebab itu aku nak rehatkan minda aku.”
“In the end, pemikiran kau dikuasai perasaan kau.”
“Ya.”
“Apa pengajaran kau dapat?”
“Aku selama-lamanya akan menjadi observer. Kalau aku tidak menjadi
observer, aku hanya melayan situasi menggunakan perasaan bukan pemikiran.”
“Observer?”
“Observer useless. Hanya tahu observe tapi tidak tahu komen atau kritik.”
“Bukan itu yang kau nak?”
“Ya.”
“Kau ni pelik lah.”
“Kenapa?”
“Kau mesti selalu dihina masyarakat?”
“Hina? Apa benda tu? Nama karakter manga eh? Manga Taiyou No le?”
“Kah kah kah.”
…
Serabutnya hidup aku. Tapi minda ini masih melayan hati juga.
What kind of “me” do you want?....
I can’t be the “me” that everyone wants.
I’m actually a very dark and cold person.
But I always pretended to be bright and cheerful.
Everyone thought that “me” was fun, and I thought it was fun, too.
But I’m tired of being that ideal version of me.
I might’ve been able to pull it off if I were living a normal life,…………..
I’ve been trying so hard. But I can only try so many times!
Now I have to deal with this emotion transmission thing.
I was so scared of being called a liar since what I think and what I do are
so different.
I didn’t know what to do!
Everything went so wrong!
I want to do it right…
Nagase (Kokoro Connect ep 16)
Aku tak suka ending anime ni, tapi bukankah itu yang aku nak? There are
something that I can observe using my mind rather than using my feeling.
S**t lah. Aku dah terpengaruh dengan anime. Macam mana nak buang ni? Nak
layan pemikiran tapi aku tak jumpa buku yang seronok nak baca. Aku tiada duit
nak beli buku yang seronok nak dibaca. Bodohlah hati ini. Kenapa hati aku nak faham
karakter anime? Kenapa aku nak masuk ke hati karakter anime? Kenapa aku nak
faham semua karakter yang ada dalam anime, watak utama atau tidak? Bodohlah. Kenapa
aku layan fantasi rekaan manusia lain? Fantasi aku mana? Bodoh. Bodoh. Bodoh.
Korang layan perasaan macam mana? Korang layan pemikiran macam mana? Kalau
korang layan perasaan, korang layan perasaan apa? Kalau korang layan pemikiran,
korang layan pemikiran apa? Korang boleh tak pisahkan realiti dengan fantasi?
Korang tahu tak apa keburukan terlalu melayan perasaan? Korang tahu tak apa
keburukan terlalu melayan pemikiran?
Aku tak nak jawapan… sebab aku dah tahu jawapannya …mungkin
In the end……………..
I am too tired, and……….. I want to kill myself but………..
Ulasan
Catat Ulasan