Bab 48 Psych Schizophrenia

Aku teringat semasa pertama kali aku jumpa dirinya. Aku pernah cerita yang aku jumpa dia semasa aku di restoran, semasa aku memberanikan diri aku untuk meminta nombor telefonnya. Sebenarnya aku dah lama kenal dia. Aku dah lama kenal nama dia. Aku dah lama jatuh cinta dengannya, sebelum dia kenal aku lagi.

Pertama kali aku jumpa dia semasa dia buat persembahan teater. Jalan cerita teater tu menyedihkan, dan pada penghujung cerita, ada lima orang menari, masing-masing memakai topeng opera. Lagu sedih dipasangkan dan lima orang menari tarian yang aku tafsir sebagai tarian yang menyedihkan. Antara lima orang yang menari tu, aku jatuh cinta dengan seorang penari kerana tarian yang dia tarikan seperti erti sebenar sedih. Tarian yang dia tarikan menyebabkan hati aku tersentuh dan tariannya menunjukkan erti sebenar kesakitan dan kekecewaan. Tarian orang yang sedih, kecewa, sakit dan seumpamanya.

Cuba fikirkan, kesedihan itu susah untuk dilakonkan, apa lagi nak tunjukkan dalam sebuah tarian. Itu pendapat aku. Disaat aku melihat dia menari, hati aku cair dengan tariannya. Ada dua lagu yang dijadikan background untuk tarian itu, Tokyo Ghoul unravel dan orange, lagu tema Your lie in April.
Selepas tarian itu habis, mereka membuka topeng, saat itulah aku melihat muka Narsha. Masa itu dia senyum, tapi aku tahu dia seperti menyembunyikan sesuatu, sebabnya matanya tidak tersenyum disaat mulutnya senyum. Aku sengaja berlakon untuk menanyakan tentang teater  itu semata-mata nak mengetahui nama dia dan dia asal mana. Aku diberitahu bahawa lagu itu dipilih sepenuhnya oleh perempuan itu, Narsha.

Masa itulah aku telah jatuh cinta. Aku suka dia bukan kerana dia hanya sekadar lawa, aku suka dia sebab kesedihan yang sebenar yang dia tunjukkan dalam tariannya. Aku jatuh cinta dengan kesedihannya yang dia tunjukkan melalui tariannya. Sebelum aku jatuh cinta dengan kecantikannya aku telah jatuh cinta dahulu dengan karakternya, karakter yang telah lama aku cari.

Aku suka dia sebab aku nampak dia umpama aku nampak cermin. Dia dan aku seperti sama, dan sejak itulah aku berharap suatu hari nanti aku akan berjumpa dengannya.

Dan, akhirnya aku jumpa dia di restoran itu, dan kisah hidupku mula berubah.












Ulasan

Catatan Popular