Bab 41 Psych Schizophrenia (hak cipta terpelihara, sila hubungi saya di mad_sayrinn@yahoo.com)

Pendapat dan ilusi aku

Aku dah habis baca manga tu. Secara jujurnya inilah first manga yang lari daripada expectation aku. Kesimpulannya akal aku menang. Tapi hati aku terasa sakit. Ini pertama kali aku rasa aku baca manga yang ending seperti itu. Aku selalu baca manga ending sedih, tapi biasanya melibatkan kematian satu pihak. Tapi cerita ini, akal aku menang. Hati aku sakit kerana akal aku menang, walaupun memang benar perasaan aku dikalahkan oleh pemikiran aku, tetapi kenapa hati aku terasa sakit sangat. Ini manga first aku, yang salah satu yang aku harapkan boleh menyakitkan hati aku. (pendapat aku lah, pendapat korang mungkin lain…try baca)

Kenapa hati aku sakit sangat? Inilah salah satu cubaan yang aku harus hadapi ketika mengkaji romantik manga. Terasa sakit sangat. Akal aku menang. Akal aku menang, tetapi kenapa hati aku sakit? First time, aku rasa seperti ini.

Sakitnya hati aku, macam mana nak buang ni. Walaupun sekadar fantasi tapi seriously karakter yang aku suka adalah first love wanita tu. Aku pilih lelaki tu, bukan lelaki kedua. (bagus korang baca dahulu manga tu baru boleh faham apa yang aku tulis).

Macam inilah aku mengisi hati aku. Bodohkan? Bodohkan aku? Tapi, hati aku rasa seronok, seronok sebab sakit. Hati aku dah rosak. Hati aku dah rosak. Seandainya hati aku menang aku nak tulis benda lain. Tapi akhirnya minda aku menang, pemikiran aku menang. Tapi kenapa pemikiran aku menang dan hati aku terasa sakit sangat, sedangkan seandainya hati aku menang akal aku tidak sakit?

Bodohnya aku. Kenapa aku guna cara ni untuk isi hati aku, in the end, hati aku terasa sakit. Bodohnya, cerita fantasi juga yang boleh sakitkan hati aku. Aku ni memang useless, hanya tahu hidup di dunia fantasi sahaja.. I need help, my heart is hurt. Hati aku terasa sangat sakit. Kenapa aku ni bodoh sangat. Inilah dinamakan -  kalau nak tahu sesuatu kau perlu rasa dahulu. Yeah, Narsha, dulu aku cakap aku rindu rasa hati yang sakit, sekarang aku dapat rasa itu kembali. Hati aku rasa sakit kerana kebodohan aku ingin mengisi hati aku yang kosong dengan perkara seperti itu lagi. Kenapalah aku tidak belajar melalui sejarah.

Kalau aku tidak rasa kesakitan ini, maknanya aku tidak boleh menulis tulisan ini. Hidup aku penuh dengan perkara yang serabut, sebab itulah jalan cerita aku juga serabut, dan perasaan aku serabut, pemikiran aku sarabut, akhirnya hati aku sakit dan dalam masa beberapa jam hati aku kembali kosong. Dan seperti biasa hati yang kosong aku isi dengan perkara seperti itu lagi, akhirnya aku rindu jalan cerita manga yang ending sedih seperti manga itu.

Itu manga pertama aku yang betul-betul melayan tragedi perasaan aku. Hati aku kalah, akal aku menang, tetapi kenapa hati aku terasa sangat sakit? Bodoh. Kau bodoh Mad. Stop layan benda seperti itu. Nanti hati kau rosak.

Korang tak faham? Cuba try baca manga tu. Adakah korang pilih lelaki pertama atau kedua? Hati aku pilih lelaki pertama manakala minda aku pilih lelaki kedua. Minda aku menang, tapi harapan aku kalah. Aku berhara lelaki pertama yang menang walaupun secara logiknya benda itu tidak sesuai dalam masyarakat kita.

Itulah salah satu sebab aku menjadi observer. Hati aku boleh kawal minda aku. Sebab itulah aku menjadi observer useless, sebab aku takut aku akan bercakap berdasarkan perasaan bukan berdasarkan pemikiran.

Sama ada minda menang atau hati yang menang (maksud aku di sini adalah perasaan dan pemikiran, bukan maksud lain), kedua-duanya itu ada mangsanya.

Ini pemikiran aku, ini perasaan aku. Korang macam mana? Dah habis baca manga tu? Boleh bagi aku jawapan? Ini email aku : mad_sayrinn@yahoo.com.

“Amad, manga itu hanya cerita.”

“Ya betul, sebab itulah aku layan benda tu. Aku tak akan layan benda itu di dunia realiti. Aku tidak boleh 100% percaya dengan mata aku.”

“Hidup kau?”

“Tidak tahu, tapi bukankah semua manusia pernah terima kenyataan direject? Mungkin bukan semua. Aku pernah. Semua perempuan yang aku suka, semuanya reject aku. Dan aku telah menjadi biasa perasaan itu dan aku rindu perasaan itu.”

“Hati kau rosak.”

“Mungkin.”

…………..

Korang dah habis baca manga tu. Tak adil kan cerita tu? Korang setuju pendapat aku?
Terasa sakit sebabnya kita tahu lelaki pertama sukakan wanita itu, tetapi disebabkan realitinya tidak membenarkannya berbuat demikian maka dia menipu wanita itu. Wanita itu tidak tahu yang lelaki pertama itu sukakan dia, dan pada masa yang sama ada lelaki kedua.

Hati aku dah rosak, berdasarkan minda aku, benda macam tu susah diterima masyarakat. Sebab itulah minda aku pilih lelaki kedua, tapi hati aku pilih lelaki pertama. Dan akhirnya lelaki kedua menang. Tapi aku sepertinya tidak setuju, sebab itulah aku cakap hati aku dah rosak.
Bukan budaya kita eh silap ayat, rare berlaku dalam budaya kita.

Aku pilih jadi observer useless……

………

Sebelum aku baca manga tu, aku baca manga Taiyou No Le. Seperti dijangkakan ending dia seperti yang aku harapkan. Rasa gembira. lepas tu aku layan manga tu. Ending untuk manga ini berbeza dengan manga Taitou No le. Ending tidak seperti yang hati aku harapkan.
Aku hairan, kenapa perasaan gembira senang dikalahkan oleh perasaan sedih. Adakah kerana aku baca daripada manga ending gembira ke manga ending sedih? Bagaimana kalau aku baca manga daripada manga ending sedih ke manga ending gembira?

Atau sebab hati aku telah rosak?

..
Aku tahu macam mana nak hilangkan perasaan sakit ni. Baca manga lain lagi.

Inilah kehidupan aku. Aku hidup seperti ini start ketika berumur 18 tahun. Aku suka main-mainkan perasaan aku. Sedih, gembira, semangat, sakit, anarki, kecewa. Aku rasa seronok, walaupun sementara, kerana semua perasaan itu akhirnya membawa rasa kosong ke dalam hati aku. Lebih teruk lagi di saat hati aku kosong, aku main-mainkan hati aku lagi, agar rasa kosong itu boleh hilang walaupun sementara. Inilah hidup aku, dan secara jujurnya aku dah penat hidup seperti ini, tapi aku tidak tahu cara apa lagi untuk buang rasa kosong di hati aku.

Hati aku dah rosak kan..?

Aku rasa seronok mempermainkan hati aku menggunakan anime dan manga. Akhirnya pemikiran aku datang, tetapi perasaan aku lebih kuat pengaruhnya daripada pemikiran aku. Akhirnya aku kalah lagi. Badan aku kalah lagi. Aku dah penat hidup seperti ini. Aku serious. Aku dah penat hidup di dalam fantasi ciptaan orang lain, tetapi perasaan aku selalu menang dan akhrnya aku kembali melayan semua itu. Aku penat, rasa penat sekali. Aku malas nak hidup. Aku dah rasa perasan ini beberapa tahun. Jawapan untuk masalah aku ini adalah layan manga dan anime, tetapi seperti biasa benda itulah yang perangkapkan aku di lautan fantasi ciptaan orang lain. Macam mana nak keluar daripada fantasi ini? Aku dah penat melihat fantasi aku. Aku nak layan realiti aku, tetapi kenapa hati aku menganggap realiti aku tidak seronok? Kenapa hati aku menganggap fantasi lebih seronok daripada realiti aku, sedangkan fantasi itu ciptaan orang lain? Help me. Aku penat dengan semua ini. Aku malas nak teruskan hidup. Aku tiada semangat nak hidup di dunia realiti aku. Please help me.
Please help me. Aku dah penat dengan semua ini. Aku dah penat berenang di lautan fantasi ciptaan orang lain. Aku betul-betul dah penat. Please help me. Tunjukkan aku cara untuk keluarkan aku daripada fantasi ini. Aku dah penat melayan semua ini. Aku nak keluar daripada fantasi aku, tetapi realiti aku sepertinya tidak seronok. Kenapa fantasi ciptaan orang lain lebih seronok daripada realiti aku? Macam mana kau nak keluar daripada fantasi ini? Macam mana aku boleh mengubah realiti aku? Please help me. Show me the way. Ataupun aku hanya hidup seperti mayat hidup.

...

Minda aku terus mengulang pemikiran dan perasaan kosong itu.

Aku dah penat dengan semua ini. Aku penat mempermainkan perasaan aku dengan jalan cerita cinta anime dan manga. Tapi perasaan penat itulah yang menyuruh aku melayan semula benda itu. Sebab benda itu sahaja yang boleh buang sementara rasa kosong di dalam hati aku. Apa yang perlu aku buat? Bunuh dirir?

Macam mana nak bunuh diri aku di fantasi buatan manusia itu? Aku boleh membunuh diri di dunia fantasi itu, tetapi akhirnya aku datang semula berenang di lautan itu. Apa yang perlu aku buat? Adakah aku perlu teruskan benda ni? Sebabnya dah lama sangat aku tidak jumpa jawapan yang kekal dan sesuai yang boleh membuang perasaan kosong di hati ini. Ataupun perasaan kosong itu tidak akan hilang daripada hati aku?

Please, help me. Aku dah tiada semangat hidup.

Perasaan gembira yang aku dapat kerana membaca manga akhirnya membawa aku ke arah kekosongan hati semula.

Perasaan sedih yang aku dapat kerana membaca manga akhirnya membawa aku ke arah kekosongan hati semula.

Huh, hati aku dah rosak, dan minda aku juga dah rosak. Untuk apa lagi tujuan hidup aku. Aku sepertinya give up untuk teruskan hidup, tetapi manga dan animelah yang memberi aku semangat aku hidup di dunia realiti aku.

Tetapi semangat itu hanyalah sementara dan ilusi semata-mata. Akhirnya aku masih tiada tujuan hidup. Hidup aku seperti aku habiskan sia-sia. Semua perkara yang aku lakukan, semua aku rasa kosong. Tidak kisahlah kalau perkara itu aku buat seorang atau aku buat secara sosial. Semuanya aku anggap kosong. Hati aku dah  kosong sepenuhnya.

Please help me. Aku penat melayan anime dan manga. Aku fed up dengan kehidupan seperti ini. Aku bingung, adakah salah seandainya aku berenang terlalu lama di dunia fantasi aku, kerana dunia fantasi akulah yang menaikkan semangat aku untuk menghadapi realiti yang aku anggap kosong?
Jahil sungguh hati aku. Bodoh sungguh hati aku. Atau adakah aku perlu berlakon gembira menghadapi realiti aku?

“Amad, minda kau dah rosak. Tiada sesiapa yang boleh menolong kau kecuali kau menolong diri kau.”

“Macam mana?”

“Aku tidak tahu.”

……….

Stop, stop, stop. Aku tak nak fikir benda ni. Please hilang, please hilang. Aku tak nak pemikiran ini. Aku penat melayan pemikiran ini. Please hilang. Aku nak hilang ingatan. Aku nak hilangkan semua pemikiran ini. Aku penat melayan semua ini. Kenapa pemikiran ini boleh muncul? Kenapa perasaan kosong ini boleh muncul? Kenapa sebelum aku berumur 18 tahun, aku tidak pernah rasa perasaan ini? Kenapa? Kenapa aku rasa semua ini sekarang? Masa hadapan aku dah hancur. Aku tiada semangat untuk hidup……..

Please hilang dan tinggalkan aku bersendirian, wahai pemikiran, wahai perasaan. Aku penat melayan korang dua. Please hilang dari fantasi aku… Please fantasi, jangan menarik aku ke dalam lautanmu, aku penat berenang, walaupun kau pernah berkata bahawa lautan realiti tiada gunanya. Aku penat melayan semua ini. Aku penat melayan akal aku, pemikiran aku, hati aku, perasaan aku. Aku betul-betul penat.

Aku rasa aku nak layan anime lagi………….

Bodoh punya Amad. Tak pandai belajar daripada sejarah.


Inilah keburukan sekiranya aku hendak kaji erti romantik melalui manga dan anime. Syarat untuk belajar romantik adalah aku mesti tahu apa itu romantik, aku mesti rasa. Dan cara untuk faham itu adalah melalui manga dan anime. Aku perlu masuk ke dalam dunia manga dan anime. malang sekali aku tidak boleh keluar semula.

Kenapalah aku nak kaji makna romantik melalui manga dan anime? Salah aku pilih jalan ini. In the end, aku tidak lagi memandang realiti aku, masa aku banyak dihabiskan di dalam dunia fantasi aku sama ada fantasi rekaan aku atau fantasi rekaan orang lain. Akal aku suruh berhenti tetapi hati/perasaan aku menyuruh aku teruskan semua itu. Aku penat. Sangat penat dengan semua ini. Aku nak lari ke suatu tempat di mana tempat itu tiada internet, CGPA, kapitalis, fanatik, manga, anime, laptop, buku, ekonomi perindustrian, ilusi, fantasi. Semua itu tiada. Ada tak tempat seperti itu? Aku penat hidup persekitaran seperti ini. Aku nak rasa selain pemikiran dan perasaan. Boleh tak?
Aku penat………………………………..dan apa makna semua ini? Apa makna pemikiran ini? Apa makna perasaan ini? Do not try to help me, because nobody can ever help me. Tiada guna berharap, kerana harapan itu berdasarkan hati bukan berdasarkan minda, berdasarkan perasaan bukan berdasarkan pemikiran. Tetapi kenapa aku selalu merendah-rendahkan “perasaan”, dan memandang tinggi “pemikiran”?

Susah pula nak lupakan manga ni. Kacau realiti aku. Kacau fantasi aku. Aku hancur lebur di dalam fantasi itu. Dan terus tenggelam ke lautan dalam yang sentiasa memanggil aku. Ocean that do not have return point. I do not have much time, I must escape, or I will die forever like this, in this fantasy. So, what next?

……..

Korang pernah tak melayan pemikiran sampaikan berlakunya tragedi pemikiran. Sekiranya aku melayan perasaan aku akan gunakan manga dan anime. Kalau nak layan pemikiran, korang semua mesti tahu kan nak guna apa. Layan pemikiran sehinggakan kau jatuh cinta dengan pemikiran itu hinggakan pemikiran itu membawa kau kepada tragedi yang digelar tragedi pemikiran.
Di saat kau merasa tragedi itu minda kau sakit, dan pada masa itulah hati kau akan menjadi sakit. Kesakitan itu berasal daripada minda, sebut itulah aku sebutkan sebagai tragedi pemikiran. Sekiranya kesakitan berasal daripada hati maka aku sebut sebagai tragedi perasaan. Tragedi itu tak semestinya akan berkesudahan sedih, ada kalanya tragei itu akan berkesudahan gembira, kerana tragedi itu hanyalah plot cerita.

Korang pernah rasa? Bagi aku, perasaan sakit untuk kedua-dua adalah sama. Hati terasa sakit, kecewa, pedih, penat, lelah, give up, fed up. Semua itu kau akan rasa disaat kau jatuh cinta dengan pemikiran dan perasaan tetapi malang sekali sekiranya kau merasai tragedi yang berkesudahan sedih, terletak kepada kau nak stop atau berjuang.

Sebab itulah Narsha pernah beritahu aku

“Layan pemikiran lebih baik daripada layan perasaan. Layan perasaan kau hanya buang masa, tapi layan pemikiran kau akan dapat sesuatu.”

Tapi bagi aku dia salah. Layan perasaan ada kalanya akan membawa kematangan. Melatih hati untuk merasa pelbagai perasaan. Melatih hati untuk terima kenyataan.

………..

Manga ini hampir sama dengan anime Kokoro Connect. Cumanya aku lebih suka tragedi terakhir dalam anime Kokoro Connect, sebabnya membuatkan aku terfikir sesuatu.

“Cinta itu bukan dilihat di luaran tetapi di dalam. Tetapi masalahnya, adakah semua manusia ada kemampuan melihat hati seseorang? Adakah manusia boleh lihat hati seseorang, sedangkan manusia itu pandai berlakon? Bagaimana nak tahu dia itu berlakon atau tidak? Bolehkah manusia dipercayai? Fantasi dan realiti adalah berlainan, tapi fantasi tidak akan wujud sekiranya realiti tidak wujud.”

Kokoro Connect. Aku dapat sesuatu. Aku kan raja berlakon di dunia realiti. Aku pun dah lupa karakter aku yang sebenar. Shit. Kalau korang dah tengok anime tu, korang akan tahu macam mana rosaknya hati aku. Sebab itulah aku tidak percaya cinta. Korang tengok episode 14? Kan, kah kah kah? Bagi aku cinta tidak wujud, cinta hanya wujud di permukaan. Dan aku tidak percaya manusia. Aku silap eh?

Kah kah kah. Korang tak faham kan? Sebenarnya hidup ini penuh dengan pendapat, berbeza pendapat. Cuma terletak kepada kita sama ada nak mendengar pendapat orang lain atau tidak. Tapi mendengar sahaja tidak cukup.


Hayati? Dalam hidup aku, aku tidak percaya ayat ni. Bolehkah manusia menghayati manusia lain?

















Ulasan

Catatan Popular