Bab 32 Psych Schizophrenia

“Amad, tak payahlah nak cari apa hubungan teologi-falsafah dan fizik. Tak perlu cari sama ada boleh mengharmonikan kedua-dua benda tu.”, aku teringat kembali apa yang pernah dikatakan oleh Din.

“Kenapa pula?” 

“Mad, orang akan ketawakan kau kerana mereka menganggap benda itu tidak matang.”

“Ada ku kisah, macamlah hidup mereka semuanya matang.”

“Amad, pilih yang senang,”

“?????????.”

“Lebih bagus seandainya kau menganggap bahawa sains dan teologi-falsafah itu berbeza. Ada beberapa ilmuwan yang beranggapan seperti itu.”

“Kenapa beza.”

“Sebab cara itu adalah cara yang mudah sekali.”

“Tapi bagaimana dengan teori sains yang bertentangan dengan teologi-falsafah?”

“Apa contoh teori tu?”

“Bukankah kau pernah baca buku The Brief History of Time? Pasal no boundary proposal, mengenai peranan Tuhan?”

“Itu sekadar pendapat Hawking.”

“Ya, betul itu pendapat dia, tetapi bagaimana pendapat dia itu ahli sains gunakan sebagai methodology pengkajian alam? Adakah kita perlu diamkan diri?”

“Sebab itulah aku cadangkan teologi-falsafah dan sains itu pisah. Kita boleh menganggap bahawa methodology itu tiada makna metafizik, ia hanyalah untuk dunia fizikal.”

“Tetapi bagaimana seandainya mereka gunakan sains untuk attack metafizik? Melalui sains mereka katakan bahawa sesuatu metafizik itu adalah salah, dan tidak sesuai dengan teori sains. Adakah kita hanya berdiam diri?”

“Sebab itulah Mad, kita anggap teori sains hanyalah untuk dunia fizikal semata-mata. Seandainya mereka hendak menyerang metafizik, itu kejahilan mereka.”

“Maknanya kau ambil pendekatan berdiam diri.”

“Bukan, berdiam diri, tetapi bukankah teori sains itu sekadar untuk dunia fizikal?”

“Dari tadi kau asyik cakap dunia fizikal. Bagaimana kalau aku cakap yang teori sains itu asalnya adalah teori metafizik?”

“Teringat buku Hawking. Dia ada tulis benda ni ‘ like any other scientific theory, it may initially be put forward for aesthetic or metaphysical reason, but the real test is whether it makes predictions that agree with observation.’.”

“Begitu juga dengan teori relativity Einstein. Bukankah dalam teori itu mengatakan bahawa tiada benda yang boleh bergerak mengalahkan kelajuan cahaya? Bukankah itu adalah metafizik? Jadi, kenapa perlu menganggap teori sains itu tiada makna metafizik?”

“Amad, kau yakinkah bahawa teori kelajuan cahaya itu adalah metafizik? Kau tahu apa itu metafizik?
“Aku ada baca di buku Dr Shaharir mengenai teori kelajuan cahaya itu, dan dalam buku itu tertulis bahawa tiada benda yang boleh bergerak mengalahkan kelajuan cahaya adalah teori metafizik.”

“Tajuk buku?”

“Kritikan Teori Kejadian Alam Semesta.”

“Lepas tu kau percaya buku tu?”

...
“Amad, ada sesuatu yang aku tahu tapi kau tidak tahu. Sebab itulah aku tinggalkan benda tu.”
“Maksud kau, tinggalkan keinginan kau untuk ketahui apa akan terjadi seandainya teologi-falsafah diharmonikan dengan sains?”

“Ya.”

“Din, memang betul ada sesuatu yang kau tahu tapi aku tidak tahu…… Tapi bukankah ada sesuatu yang aku tahu tapi kau tidak tahu?”

“Ya, tetapi terletak sama ada apa yang kau tahu itu sekadar ilusi atau fakta.”

“Bagaimana dengan kau, adakah apa yang kau tahu itu fakta atau ilusi? Ataupun itu pendapat manusia yang hanya pak turut kepada ilmu Barat?”

Dia hanya berdiam diri. Aku tidak tahu apa yang menyebabkan dia berubah menjadi seperti dia yang sekarang. Dia seperti hilang semangat untuk hidup. Mungkin inilah yang digelar tragedi pemikiran.

“Din, bukankah teori sains Barat digunakan untuk menyerang agama Kristian, sampaikan wujudnya fahaman scientism?”

“Ya, tapi  pada pendapat aku, benda itu tak akan terkena dan mempengaruhi masyarakat Islam, terutamanya ahli saintis Islam.”

“Kau yakin kah benda itu tidak akan mempengaruhi masyarakat Islam? Dari mana asalnya fahaman Secular, adakah masyarakat Islam tidak dipengaruhi oleh fahaman tu?”

“Fahaman sekular lain daripada fahaman sains.”

“Kalau aku cakap fahaman sains barat itu adalah berteraskan fahaman sekular?”

“Itu hanya teori kau semata-mata.”

“Din, tahu tak apa beza sains tradisional suatu saat dulu dengan sains Barat sekarang ini?”

Dia hanya berdiam diri. Aku tahu, dia ni tahu dan faham apa beza antara sains tradisional suatu saat dahulu dengan sains Barat sekarang ini.

“Amad, kau rasa ada tak manusia yang akan mengubah methodology sains Barat ni. Ubah makna epistemology untuk sains Barat.”

“Bukankah itu cita-cita kau?”

“Itu dulu Mad.”

“Sekarang? Tak kan kau dah give up? Atau kau dihina atau realiti kau menyakitkan?”

“Amad, ada benda yang aku tahu tapi kau tidak tahu. Ada benda yang aku rasa tapi kau tidak rasa, ada benda yang aku lalui tapi kau tidak lalui.”

“Bagaimana kalau sebaliknya?”

“Hmmm.”

Berapa ramai manusia yang berputus asa dengan idealismnya, hinggakan merasa apa maknanya tragedi pemikiran? Berapa ramai manusia yang berputus asa dengan percintaan, hinggakan merasa apa maknanya tragedi perasaan? Aku nak tanya korang, korang pernah tak rasa tragedi pemikiran? Pernah tak rasa tragedi perasaan? Mana lebih sakit? Mana lebih “seronok” untuk dirasai? Tragedi mana yang korang “rindu”? Tragedi mana yang telah ubah korang menjadi diri korang yang sekarang? Ataupun korang hanya pernah rasa tragedi perasaan, tragedi romantik percintaan?

“Dia, kau berputus asa dengan Islamization of Human knowledge?”

“Entahlah Mad. Aku tidak layak.”

“Tidak layak? Jadi siapa yang layak?”

“Mereka yang kuasai dengan benar ilmu fardu ain.”

“Siapa mereka itu? Mana? Ilmu apa yang mereka telah Islamkan? Politik?”

“Amad, ada juga golongan yang tidak setuju dengan perkataan Islamization of Human knowledge? Aku rasa ramai Mad golongan ni?”

“Sebab mereka tidak tahu apa itu hakikat ilmu Barat, adakah ilmu itu bebas nilai atau tidak. Mungkin mereka juga tidak tahu apa itu makna sebenar Islamization of Knowledge, tak pun mereka tidak suka perkataan Islam itu.”

“Itu teori kau semata-mata Mad. Ada aku tahu tapi kau tidak tahu Mad.”

“Dari tadi kau cakap ayat tu. Adakah apa yang kau tahu itu menyebabkan kau give up dengan idealism kau?”

“Aku tidak tahu.”

“Mana Din yang dahulu, Din yang ajar aku mengenai fizik, falsafah dan teologi. Din yang ajar aku teori bagaimana nak hubungkan fardu ain dan fardu kifayah. Din yang ajar aku supaya tidak wujudnya “physical dualism” untuk ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Mana dia?”

“Apa yang aku pernah ajar kau hanyalah teori semata-mata.”

...

Korang tahu tak apa itu “physical dualism”. Sebenarnya ayat ni Din yang reka, maksudnya zaman sekarang ni ramai yang pandai fardu ain dan pada masa yang sama kuasai fardu kifayah, tetapi mereka tidak tahu bagaimana nak hubungkannya. Din berteori mengatakan bahawa mereka ini sebenarnya tidaklah menguasai dengan sebenar fardu kifayah, sebab bukankah ada perkataan faham, kritik, dan inovasi. Adakah korang tahu sejarah pemikiran Islam, tentang falsafah, kalam/teologi, gnostik, sufi dan sebagainya. Mungkin korang tidak tahu, try carilah sejarah pemikiran Islam.
Sebab itulah Din berteori cara untuk hubungkan kedua-dua ilmu tu. Aku tanya korang, “alat” apa yang boleh menghubungkan fardu ain dan fardu kifayah, yang akhirnya boleh melahirkan sains Islam, yang methodology dan epistemology adalah berdasarkan wahyu?.

Adakah korang akan jawab,

“Jangan mengkhayal lah Mad. Cuma cermin diri baru nak keluarkan pendapat.”

Jangan risau aku dah biasa dah terima jawapan tu. Din pun selalu terima jawapan seperti itu. Tapi aku tertanya-tanya, memang aku tidak layak, tapi mana mereka yang layak, mereka sibuk buat benda apa? Atau adakah mereka menganggap bahawa ilmu itu adalah bebas nilai? Atau mereka tidak setuju dengan pendapat mengenai Islamization of human knowledge? Atau mereka sibuk dengan hal yang lebih hebat lagi? Mungkin.

...

“Din kau dah berubah.”

“Semua manusia akan berubah Mad.”

“Tragedi pemikiran?”

“Itu hanya teori kau Mad. Mana ada tragedi pemikiran atau tragedi perasaan. Itu hanya teori kau. Hanya fantasi kau. Tapi aku nak tanya bagaimana kau boleh berfikir teori tu? Teori tu bebas nilai tak? Adakah teori itu dipengaruhi oleh pemikiran kau, pandangan alam kau?”

Aku hanya berdiam diri. Apa pendapat korang mengenai soalan Din? Korang tahu tak apa itu bebas nilai, apa itu tidak bebas nilai? Aku nak tanya korang, korang di golongan mana? Eh jap, golongan apa eh, kah kah kah? Apa yang korang buat sekarang? Adakah idealism korang menyeronokkan atau ikut kerana terpaksa? Atau korang hanya layan perasaan korang sahaja? Eh jap, bak kata pepatah Din,

“mana ada tragedi perasaan dan tragedi pemikiran. Itu hanya teori kau yang datang melalui pengajaran yang ada dalam jalan cerita hidup kau.”

Betullah eh apa yang Din cakap tu? Kah kah kah? Korang ada otak fikirlah sendiri?

Human science dan physical science? Mana yang tidak bebas nilai? Mana yang bebas nilai? Atau dua-dua bidang tu tidak bebas nilai? Korang di mana?

“Amad, lebih baik kau lebih ke arah sains sebagai bidang research, bukan sains sebagai idea.”

“Kalau aku nak sains sebagai idea, idea yang boleh membentuk worldview, ataupun sains yang boleh memberi pengetahuan yang sebenarnya?”

“Science as an idea, sains yang mengubah worldview seseorang, macan teori evolusi yang mengubah worldview masyarakat dunia, macam hubungan teori quantum mekanik dan kesedaran/consciousness? Copenhagen Interpretation?”

“Ya.”

“Amad, pisahkanlah falsafah daripada fizik. Jangan falsafahkan fizik.”

“Tak sangka aku dengar ayat tu daripada kau. Bukankah kau pernah beritahu aku, jom falsafahkan fizik, sampaikan kau minat falsafah sains dan fizik?”

“Itu kisah lama. Masa tu, aku tidak tahu apa yang aku tahu sekarang.”

“Apa yang kau tahu tapi aku tidak tahu? Apa yang kau tahu sekarang tapi kau tidak tahu dahulu?”

“Kau akan jumpa juga benda tu.”

“Adakah kau tidak ‘melawan’ benda tu? Pendapat tu?”

“Untuk? Untuk apa aku melawan? In the end aku kalah juga, lebih baik aku tidak melawan seandainya aku dah tahu apa akhirnya. Dan lebih baik aku ambil keputusan jangan falsafahkan fizik. Lihat berapa ramai yang berjaya kerana tidak berfikir apa yang kau fikir? Adakah kau akan berjaya dengan benda yang kau fikirkan itu?”

“Ya, aku mungkin tidak berjaya, tapi ada aku kisah, aku lebih suka melayan pemikiran aku, daripada melayan kejayaan .”

“Kau akan menyesal.”

“Ya, mungkin, tapi aku akan  lalui jalan yang rare orang lalui. Bukannya jalan yang besar sangat, jalan yang telah orang lalui.”

“Kau akan menyesal Mad.”

“Sama ada aku berjaya atau tidak, terletak kepada masyarakat untuk definisikan apa itu makna berjaya. Kalau berjaya itu kerana bergaji banyak, maknanya aku kalah, seandainya berjaya itu adalah berjaya dalam sistem kapitalis, maknanya aku tidak berjaya. Tapi lantaklah semua itu. Masyarakat ada otak, mereka boleh berfikir sendiri. Sama ada hasil pemikiran itu kerana berdasarkan kebijaksanaan atau kepandaian atau kebodohan atau kejahilan. Aku tidak kisah.”

“Kau akan menyesal. Mereka akan banding-bandingkan idealism kau dengan orang yang tidak beridealism seperi kau.”

“Bukankah itu lumrah manusia. Suka banding-bandingkan sesuatu.”

“Adakah itu juga teori kau yang lahir hasil pengalaman kau?”

“Tidak tahu.”

“Amad, ingat, ada teori yang tidak bertentangan dengan teologi-falsafah dan ada teori yang bertentangan dengan teologi-falsafah. Sebab itulah lebih baik jangan falsafahkan fizik, sebabnya kalau teori itu salah maka alam ini akan tunjukkan bahawa teori itu salah. Maknanya, jangan falsafahkan fizik Pisahkan fizik dengan teologi-falsafah kerana alam akan memberitahu sama ada teori itu salah atau tidak. Lebih baik kau pilih yang senang iaitu fizik dan teologi-falsafah tiada hubungan, maknanya kau tidak perlu berfalsafah untuk tunjukkan bahawa teori itu salah atau betul.”
“Bagaimana kalau teori itu tidak boleh diuji melalui alam pada waktu sekarang? Bagaimana kalau teori itu betul-betul bertentangan dengan teologi-falsafah? Bagaimana kalau teori itu bertentangan dengan intuisi? Kisah teori Newton yang ‘bergaya’ action at a distance? Adakah nak jawab bahawa teori itu hanya untuk dunia fizikal semata-mata, dan tiada makna metafizik?”

“Amad, ada benda yang aku tahu tapi kau tidak tahu.”

“Adakah kau setuju dengan fahaman naturalism?”

“Bukankah itu adalah pemikiran saintifik?”

“Pemikiran saintifik?”

“Ya, biarlah pemikiran saintifik itu dipisahkan dengan pemikiran teologi-falsafah?”

“Bukankah dahulu sains dan falsafah tidak berpisah?”

“Itu dahulu, sekarang kedua-dua ilmu itu berpisah.”

“Jadi kau ikut methodology tu? Scientific thinking?”

“Ya, teologi-falsafah bukan sains, bukan dalam scientific thinking.”

“Bukankah kau nak ubah makna sains, kau nak ubah methodology sains Barat?”

“Adakah aku layak? Kalau aku layak pun, apa methodology sains yang sebenarnya? Bukankah kau pernah mengemail aku benda ni ‘sains yang sebenar adalah sains yang mencari pengetahuan tentang inti sari sesuatu benda dalam hubungannya dengan keesaan Ilahi masing-masing/ true science is that science which seeks the knowledge of the essence of things in relation to their Divine origin’? Kau rasa apa pendapat Ibn Rusd, Aristotle, al-Ghazali, Plato? Kau tidak tahu kan? Apa beza antara Aristotle dan Plato? Idealism? Empiricism?”

“Aku memang tidak tahu, tapi aku akan tahu suatu hari nanti. Itu pun kalau ada pendapat yang berlainan dengan pendapat Ibnu Sina.”

“Kalau suatu hari nanti kau tahu, adakah pendapat itu boleh mengubah kau, boleh mengajar kau sesuatu? Amad, sudah-sudahlah tu. Benda macam ni tak akan ada kesudahan. Dan aku pilih jalan ini Mad. Aku tahu kau ni jenis pendiam, dan jarang bercakap pasal benda ni dengan orang lain, tapi ingat Mad setiap manusia itu ada pendapat masing-masing mengenai perkara ini.”

Betul juga kan, aku jarang bincang benda ni dengan kawan-kawan aku yang lain, hanya beberapa orang sahaja yang minat dan nak tahu hal-hal begini, Kenapa eh? Beberapa orang sahaja yang pernah aku beritahu dan bincangkan hal-hal begini, tak pun bincang pasal fizik tanpa keluarkan teologi-falsafah. Kenapa eh? Dan kebanyakannya perbincangan yang buang masa dan ketawa yang terbahak-bahak dengan lawak bodoh. Kenapa eh? Sebab benda tu tak seronok, layan lawak lagi seronok, kah kah kah. Gurau, jangan salah tafsir.

Ya aku pilih untuk berdiam.

“Amad, aku ada nasihat untuk kau, bagus kau sembunyikan idealism kau, tapi seandainya semua dah tahu idealism kau, bagus kau jangan masuk dalam perbincangan dan perdebatan tentang hubungan sains dan teologi-falsafah. Buang masa, perdebatan dan perbincangan yang tiada hujung dan tidak ada hasil dalam bentuk fizikal. Tapi aku tahu, kau ni kan observer, observer useless kah kah kah. Aku tahu kau akan diam seandainya manusia bercakap, bak kata Operation System Kali Linux, the quitter you are, the more you can hear.”

……

Seandainya teori fizik itu terpisah dengan teologi-falsafah kenapa ada ahli  agama di luar sana (luar negara) yang masih menyetujui bahawa bumi ini tidak bergerak tetapi mataharilah bergerak. Korang tahu tak kisah tu. Tak payah lah tahu, nanti korang tafsir benda tu berdasarkan hati korang.

Seandainya teori fizik itu terpisah dengan teologi-falsafah kenapa ada ahli sains di luar sana (luar negara) yang menggunakan sains sebagai nilainya, sebagai agamanya, pernah dengar scientism. Kenapa ada yang attack agama Kristian menggunakan sains. Adakah suatu hari nanti masyarakat kita akan terkena frequency-nya hinggakan hati ter-resonance hinggakan sains Barat dijadikan fanantik hatinya? Dan akhirnya sains itu berpindah hierarki ilmu? Korang faham kan apa itu hierarki ilmu?
“Amad kau ni tak sedar diri!”, ayat ini masih menyanyi di dalam mindaku.

“Amad kau ni bodoh ilmu fardu ain, oleh itu jangan bincang tentang falsafah”, terus menyanyi di dalam minda ku.

“Amad, kau ni bodoh dalam akademik!”, dan menyanyi lagi untuk menemani idealism ku,  idealism yang mereka cakap sebagai idealism ilusi.

Adakah aku perlu memberontak seperti aku yang dahulu, yang hanya tahu memaki sebuah sistem buatan manusia. Tidak, aku kan observer. Observer useless, kah kah kah.


























Ulasan

Catatan Popular