Bab 38 Psych Schizophrenia


Cinta, sebuah cerita cinta ditayangkan, mempengaruhi si penonton, tidak kah kau persoalkan

“Kenapa cerita itu masuk ke dalam minda kau, sedangkan cerita itu sekadar rekaan manusia?”

Kisah yang diceritakan hinggakan diminati ramai, adakah kau tidak terfikir

“Kenapa cerita itu diminati? Adakah kerana tragedi romantik? Adakah kerana memberi semangat?”

Kisah yang dikatakan memberi semangat, adakah semangat itu palsu, kerana cerita itu hanya fantasi?

“Tidak Mad, kau salah, ada benda yang kau belum nampak lagi.”

“Apa benda tu?”

“Memang cerita itu rekaan, tetapi ingat fantasi itu adalah salah satu daripada alam ini. Walaupun realiti nampak berbeza dengan fantasi, tapi ingat fantasi boleh mempengaruhi realiti dan begitu juga sebaliknya. Terletak kepada manusia sama ada realitinya atau fantasinya yang akan conquer hatinya.”
“Kau silap. Fantasi itu hanya merosakkan realiti. Berapa ramai yang lari ke fantasinya, lari ke virtualnya kerana realitinya yang menyakitkan?”

“Virtual?”

“Ya, virtual. Kau faham apa maksudku.”

……

“Tapi kenapa aku suka tengok cerita yang ending sedih? Kenapa aku suka tengok anime, baca manga yang ending sedih?”

“Sebab hati kau rosak.”

“Bukan.”

“Jadi?”

“Sedih itu lebih diingat daripada gembira.”

“Kau salah. Gembira itu lebih diingat daripada sedih.”

“Jadi kenapa aku suka tengok anime dan baca manga yang ending sedih?”

“Genre apa?”

“Tidak kisah, asalkan ending sedih.”

“Sebab hati kau rosak.”

“Bukanlah.”

“Sebab kau nerd. Kah kah kah.”

“Bukanlah.”

“Sebab kau loser.”

“Bukan.”

“Sebab cerita itu seperti cerita kau. Minda dan hati kau rosak hinggakan kau rindu perasaan sedih, 
hinggakan kerinduan kau itu kau virtualkan dengan melayan anime dan manga yang ending sedih.”

“Adakah salah merindu perasaan sedih, terutamanya melibatkan percintaan?”

“Ya salah. Sebabnya setiap percintaan itu kau harapkan ending sedih.”

“Bukankah kesedihan itu boleh membantu aku maju?”

“Maknanya kau guna tragedi kau itu untuk kau menjadi maju?”

“Ya”

“Itu salah Mad. Cari benda lain. Itu salah. Hati kau dah rosak. Hati kau kosong.”

“Tidak. Setiap manusia perlu merasakan perasaan sedih, terutamanya sedih kerana percintaan, kerana kesedihan boleh membuatkan manusia menjadi matang. Adakah kegembiraan boleh menjadikan manusia matang? Bagaimana dengan perasaan dengki, cemburu, sombong, semangat? Adakah perasaan semua itu boleh mematangkan manusia?”

“Ada satu perasaan yang boleh mematangkan manusia, selain perasaan sedih terutamanya tragedi percintaan.”

“Apa?”

“Lebih baik kau cari sendiri. Kerana ada kalanya pencarian yang dilakukan sendiri lebih bermakna.”
“Aku tahu kau tipu. Kau tidak tahu kan?”

“Ada di dunia ini yang perlu kita sembunyikan, tidak boleh sebarkan kepada masyarakat, kerana takut fitnah berleluasa. Carilah sendiri Mad.”

…………..

“Amad, sepanjang kau habiskan masa kau melayan anime dan baca manga, ada kesan buruk tak?”

“Ada, aku susah nak lari daripada fantasi aku. Aku susah nak lari daripada dunia anime atau manga. Aku akan terperangkap dalam dunia tu sampailah anime atau manga itu tamat.”

“Lain?”

“Aku terdengar suara. Aku melihat dalam realitiku sesuatu seperti fantasi. Fantasiku bergerak di realitiku. Benda tu akan hilang seandainya anime atau manga itu hilang/tamat.”

“Kau harus tinggalkan benda tu. Takut kau akan terperangkap selama-lamanya dalam dunia fantasi kau. Walaupun kau dilihat hidup di realiti, tetapi sebenarnya kau tengah berenang di lautan fantasi kau. Itu pun kalau fantasi itu rekaanmu sendiri, bagaimana kalau fantasi itu rekaan manusia lain?”

“Macam mana nak lari? Macam mana nak hilangkan fantasi itu.”

“Aku tidak tahu. Apa yang aku tahu adalah kau harus tinggalkan dunia fantasi kau.”

“Aku tidak boleh. Dunia fantasi aku lebih seronok.”

“Walaupun kau keseorangan? Kau tak rasa sunyi?”

“Sunyi? Apa tu?

“Kau memang dah masuk tersangat dalam di dunia fantasi kau. Kau harus berenang.”

“Tapi dunia fantasiku sangat bahagia. Banyak cerita yang aku boleh tahu, yang aku boleh layan.”

“Masalahnya, cerita itu mempengaruhi realiti kau.”

“Bagaimana kalau aku jadikan fantasi aku realiti?”

“Caranya?”

“Aku tidak tahu.”

“Amad, adakah kau akan selama-lamanya berenang di lautan fantasi itu? Atau adakah suatu hari nanti kau akan membuangnya dan hidup di dalam lautan realitimu?”

“Aku rasa aku nak berenang di lautan fantasi aku selama-lamanya. Buat apa aku nak berenang di lautan realiti aku, sedangkan realiti aku sepertinya dipengaruhi oleh orang lain. Aku hanya penat di lautan realiti melayan cerita yang disistemkan manusia lain. Bukankah itu sama seperti di dalam fantasi aku. Rekaan manusia?”

“Kau silap Mad. Apa yang kau dapat di dalam fantasi mu? Kau hanya dilihat seperti orang yang tidak berguna, kuat berkhayal, pemenung, penyendiri.”

“Aku tidak kisah semua itu. Apa aku dapat seandainya aku kisah perkara seperti itu?”

“Amad, keluarlah daripada fantasi itu. Ingat, jangan pandang realiti kau berdasarkan fantasi kau. Jangan pandang realiti kau berdasarkan apa yang kau nampak dan apa yang kau baca di fantasi kau.”

“Aku tahu limit fantasi. Fantasi berbeza daripada realiti. Fantasi direka berdasarkan cerminan realiti, tetapi malang sekali apabila cermin itu rosak. Malang kerana fantasi itu bukan lagi direka berdasarkan cerminan realiti, tetapi berdasarkan larian untuk menggantikan cermin yang pecah itu.”

Bang. Peluru menembusi badanku, darah keluar dengan banyaknya. Malang sekali tiada sesiapa pun yang memandang, sama ada di dunia realiti atau fantasi, tetapi kenapa aku masih di dalam dunia fantasi sedangkan nyawa ku tengah terancam di realiti? Mungkin aku dah tak boleh lari daripada fantasi ini, selama-lamanya.

Apabila aku berbicara dengan aku yang ada di sana....

……………………………………

Adakah ini realiti atau fantasi? Pelik sungguh. Tiba-tiba  hati ini terasa seperti sedang menangis. Air mata jauh, tapi jatuh sekadar ilusi yang tidak direalitikan.  Bukan menangis kerana Narsha, tapi kerana hati aku terasa kosong. Kosong yang teramat sangat. Tak kan nak layan benda ilusi itu lagi, benda virtual itu lagi, benda fantasi itu.

Hati ini rasa kosong, kosong sangat. Bagaikan dunia fantasi dan realitiku hilang.

Kenapa aku diilusikan kisah itu lagi…….. Karakter apa lagi yang perlu aku lakonkan?
Aku tahu macam mana nak buang benda ni, memberontak, aku nak buat lagu anarki, lagu memberontak, aku nak tulis cerita anarki, aku nak buat group anarki, aku nak pakai pakaian anarki, aku nak belajar main gitar gaya anarki, bercakap gaya anarki, berfikir gaya anarki, perangai gaya anarki, tapi

“Amad, ingat falsafah itu memberi hikmah, bermula dari akal sampai ke hati. Falsafah itu buat kau berfikir secara hikmah, dan hikmah itu akan membawa kau dengan yang Hakiki. Hikmah berasal daripada akal boleh kenalkan kau kepada hikmah yang berasal daripada hati. Hari ini aku ajar kau falsafah, agar hati kau boleh dipenuhi dengan fikiran yang berhikmah, dan jangan gunakan falsafah sebagai ideologi anarki kau. Mungkin kau bakal tunjukkan anarki kau, tapi ingat Mad, falsafah yang aku ajar kau ini bukan untuk tujuan itu. Hati kau kosong, jangan diisi dengan memberontak, jangan diisi dengan anarki, walaupun mulut kau dah tunjukkan simptom anarki, tetapi falsafah ini aku ajarkan kau untuk bawa minda kau berjumpa dengan hati kosong kau, agar falsafah ini sedarkan hati kau dan hati kau kembali ke arah yang sesuai. Minda kau anarki, tetapi ingat anarki itu boleh dikurangkan melalui falsafah. Ingat Mad. Jangan jadikan falsafah itu alat sebagai tunjukkan anarki kau, walaupun hati kau terasa teramat kosong.”

Falsafah, kenapa  aku belajar falsafah? Salah satu ilmu yang membawa kegembiraan. Ilmu tanpa syarat peperiksaan, tanpa nilaian moden, tanpa pendidikan formal moden. Ilmu yang diminati lain daripada ilmu yang tidak diminati. Tapi, aku seperti dah lupa, apa yang “dia” cakap. Aku dah hampir lupa “dia”, lupa siapa “dia”.

“Kosong tetap kosong, isi kembali pasti kosong.”

“Kau yakin Mad? Ada manusia tidak pernah merasa erti sebenar kosong. Dia boleh gembira. Tetapi ada manusia yang merasa makna sebenar perkataan kosong, adakah dia tidak boleh gembira?”

“Dia gembira, tetapi akhirnya kegembiraan itu hanyalah sekadar ilusi yang bersumberkan kekosongan.”

“Jangan tafsir gembira itu berdasarkan kekosongan. Rasa kosong perlu diisi, dan perlu difikirkan, siapa tahu perasaan kosong itu boleh membawa kau ke tempat yang tidak pernah kau singgah.”
“Kau bohong.”

“Ada perkara di dunia ini manusia perlu sembunyikan kerana takut masyarakat salah faham, ada perkara di dunia ini manusia boleh sebarkan, tetapi dia tidak akan sebar sepenuhnya, kerana ingat kepandaian boleh diajar, tetapi kebijaksanaan itu susah untuk diajarkan tanpa melalui pengalaman.”
“Jadi kenapa kau ajar aku falsafah?”

“Sebab aku tahu, hanya falsafah yang boleh membawa kau ke tempat itu, agar hati kau boleh diisi.”
“Bukankah falsafah yang perlu diisi ke hati?”

“Kalau kau isi falsafah di hati kau, ramai akan salah faham. Lebih baik falsafah itu mengisi minda kau, agar falsafah itu boleh memberi kau makna sebenar hikmah. Tapi ingat, falsafah itu ramai yang tidak tahu apa makna sebenarnya. Mereka menganggap falsafah itu berbahaya, sedangkan bukan semua falsafah seperti itu. Apakah makna sebenar falsafah? Adakah falsafah hanya berdasarkan satu nilai sahaja? Nilai Yunani? Apa sebenarnya dimaksudkan falsafah?”

“Apa maksud kau?”

“Belajar falsafah. Mungkin falsafah itu boleh dijadikan alat untuk gabungkan hati kau dengan fizik, agar 4 tahun kau tidak sia-sia. Falsafah sains mungkin sesuai dengan kau. Tapi, aku takut kau terkena falsafah lain. Terletak kepada kau hendak belajar falsafah lain atau tidak. Tapi ingat, ramai yang tidak tahu apa itu falsafah yang sebenarnya, tidak kiralah dia siapa, jahil atau bodoh, pandai atau bijak. Dan carilah guru yang benar dalam bidang falsafah.”

Tak sangka aku masih ingat kisah itu. Dia dah pergi. Dia dah pergi untuk selama-lamanya, pergi kerana pengkhianat yang ‘mereka’ lakukan kepadanya.























Ulasan

Catatan Popular