Bab 44 Psych Schizophrenia
“Amad, dari mana?”
“Beli rokok.”
“Stop lah hisap benda tu. Bukannya boleh hilangkan kekosongan kau pun.”
“Hmmm.”
“Amad, jom temankan aku makan.”
“Jom.”
Please jangan kuasai realiti aku. Please bagi aku masa sedikit lagi. Lepas
ini kau boleh kuasai realiti aku. Wahai fantasi, beri aku masa, lepas ini aku
tidak kisah seandainya kau ambil realiti aku, tapi please, aku perlukan sedikit
masa lagi.
Minda aku sakit, seperti ada sesuatu yang menekan otak aku hinggakan mata
aku kabur, dan aku terdengar suara yang pelik.
“Amad, jangan mengkhayal.”
Tiba-tiba seorang wanita muncul di depanku. Dia membawa minuman untuk aku
dan matanya memandang tepat ke arah aku.
“Narsha, terima kasih.”
“Sama-sama.”
“Aku tidak cakap pasal minuman tu.”
“Kau masih mengkhayal?”
“Tak. Tapi Narsha thanks.”
“Whatever.”
“Besok kau free?”
“Tak.”
“Ok.”
“Kenapa?”
“Tak lah.”
“Nak date lagi?”
“Jangan mengkhayal.”
………
Semua manusia pernah melalui sesuatu yang mengubah hidupnya. Turning point
yang menyakitkan hinggakan manusia menjadi matang dan memandang dunia dengan
perasaan berbeza daripada sebelumnya. Adakah korang pernah rasa?
Turning point sama ada dirasai melalui ilusi atau realiti, tetapi realiti
lebih mempengaruhi perubahan seseorang. Tapi turning point itu membawa manusia
ke mana? Adakah ‘graph’ akan menurun atau ‘graph’ akan menaik secara mendadak?
Apabila manusia hidup pada zaman moden, sepertinya aku salah zaman. Aku
salah zaman. Aku teringin lari daripada semua ini tetapi apakan daya, kerana
moden inilah yang dikatakan bertamadun. Lihatlah sekeliling, moden ini mereka
katakan bertamadun?
Apa sebenarnya tujuan hidup? Kalau tujuan hidup sekadar meneruskan semua
ini, lebih baik aku mati. Apa semua ini? Kenapa aku harus ikut semua ini?
Kenapa masyarakat yang mempengaruhi individu, bukannya individu yang
mempengaruhi masyarakat.
Kenapa aku harus teruskan kehidupan yang dianggap moden ini? Aku rasa
kosong. Perlumbaann yang mengosongkan hati aku, tapi aku nak lari ke mana.
“Woi Amad, kalau lepak dengan manusia kau harus layan manusia bukan layan kawan
kau yang berada di fantasi kau.”
“Narsha, aku malas nak hidup dalam kehidupan moden seperti ini.”
“Aku ada cadangan. Malam ni aku tunjukkan kau tempat nak bunuh diri.”
“Gila.”
“Amad, jangan biarkan masyarakat beritahu kau apa itu pandai. Jangan
biarkan masyarakat beritahu kau macam mana nak hidup. Ini hidup kau, jangan
biarkan masyarakat pelik mempengaruhi kehidupan kau.”
“Aku tahu itu.”
“Apply lah.”
“Cakap memang senang.”
“Usaha.”
“Aku malas.”
“Then, kau akan selama-lamanya macam ni.”
“Baguslah, boleh aku layan fantasi aku selamanya.”
“Amad, kau selalu bercakap yang kau ni berlakon.”
“Ya.”
“Tapi kau mesti ingat, jangan samakan berlakon dan usaha. Ada kalanya
berlakon itu seperti kelihatan tengah berusaha, tetapi Amad, be yourself.
Jangan cari diri kau, tapi reka diri kau.”
“Itu hanya ayat ilusi. Ramai guna ayat ilusi itu, tapi akhirnya kecundang.
Narsha, ayat-ayat hikmah yang dikeluarkan pada zaman ini, aku anggap semua itu
ilusi. Ilusi yang menaikkan semangat manusia untuk teruskan kehidupan moden.”
“Buka semua macam itu Mad.”
“Hmmm.”
“Amad, kau ada masalah eh?”
“Tiada.”
“Beritahu aku. Mana tahu aku boleh bantu.”
‘Tiada manusia yang boleh membantu aku.”
“Sebab kau tak pernah try.”
“Aku tak pernah try? Kau tidak tahu aku.”
“Sebab kau perahsia.”
“Manusia itu ada kehidupan masing-masing dan aku malas nak susahkan
mereka.”
“Kehidupan kau macam mana?”
“Kosong.”
“Amad, jom pergi karaoke malam ni?”
“Aku tak layan benda tu.”
“Jadi kau nak buat apa?”
“Hisap rokok.”
“Suka hati kau lah.”
Aku tahu, bercakap tak kan menyelesaikan masalah aku. Banyak mana pun aku
berbincang dengan Narsha, masalah aku ini tidak akan hilang. Kenapa ada manusia
katakan bahawa masalah akan berkurangan seandainya masalah itu diceritakan
kepada orang lain? Berdasarkan pengalaman aku, masalah itu langsung tidak
berkurang. Bagi aku itu hanya ilusi untuk sedapkan hati. Alasan untuk sedapkan
hati.
Lebih baik masalah aku, aku simpan sendiri, biar aku seorang sahaja yang
tahu. Aku dah biasa seperti itu. Simpan atau tidak masalah itu, semua itu tiada
beza langsung. Oleh itu, lebih baik aku berlakon gembira, kan senang.
……….
White Album 2 pun seronok. Cinta adalah melihat orang yang kita cintai
gembira walaupun orang yang menggembirakannya itu bukanlah kita. Cinta adalah
melihat orang yang kita cintai gembira walaupun orang di sebelahnya adalah
orang lain. Cinta bukan paksaan, ada kalanya kita harus undurkan diri walaupun
kita dah hampir menang, sebabnya cinta bukalah sebuah pertandingan. Itu apa
yang hidup aku ajar, itu yang aku dapat ketika mengkaji romantik manga dan
anime, walaupun itu dalam fantasi.
Kenapalah aku kaji benda macam ni? Kenapa aku kaji romantik, falsafah,
karakter manusia, cinta, kecewa, erti hidup, physics, mistik…… dan hanya
sedikit sahaja yang aku usahakan untuk kebaikan keputusan universiti aku? Apa
yang aku kaji itu aku sedari aku tidak boleh gunakan dalam realiti, tapi
fantasi lebih seronok di kaji daripada realiti.
Dalam anime Captain Earth
I think there has to be some reason why his grades have failed so much
He answer it. He say
“I’ve been playing in my room a lot.”
But in his heart:
“Sure, I was playing video games and stuff. But, I spent more time reading
books, or on the internet, studying things that interested me. But that is not
what they call “studying”. It’s just playing around. I realize that. Sometimes,
I think there are something wrong with me, with the way I am. But, most likely,
I’m actually just trying to escape because I don’t feel like studying the stuff
they assign at school."
Tapi, banyak-banyak anime yang aku layan, hanya satu sahaja karakter dalam
anime yang aku suka. Karakter ni ajar sesuatu. Apa maksud berusaha untuk
sesuatu, apa maksud melakukan sesuatu untuk kepuasan hati, dan jangan putus
harapan walaupun kita dah tahu apa keputusannya – berusaha walaupun hati dalam keadaan sakit,
sedih, give up, fed up, moral down, dan walaupun tahu bahawa penyakit yang
dihidapi boleh membawa maut, tetapi itulah hidup. Aku teringat seseorang,
mukanya nampak berseri walaupun dia ada penyakit, di saat aku lihat manusia
seperti itu, hati aku rasa lain, aku yang sihat nampak sedih, sedangkan mereka
yang sakit, muka kelihatan berseri.
Karakter anime itu adalah Miyazono Kouri. Kah kah kah.
……………………………….
Ulasan
Catat Ulasan