Bab 40 Psych Schizophrenia
Sekali lagi perasaan kosong mengisi hati aku. Aku tahu bagaimana hendak
membuang rasa kosong itu, dan aku tahu juga “benda” itu adalah ilusi. Ilusi
yang dibuat dan dilakukan dengan harapan rasa kosong boleh dibuang, tapi
akhirnya semua itu hanyalah ilusi sementara.
…….
Benda ilusi yang dibubuh ke dalam hati dengan harapan perasaan kosong itu boleh diubati. Tetapi aku
tahu “ubat” ini palsu, tetapi aku tidak tahu nak buat apa selain benda ni.
Layan “ubat” ilusi ini :
Tahu tak perasaan apa yang paling seronok nak layan. Aku akan beritahu
korang.
Perasaan yang seronok nak dilayan adalah apabila kau suka seseorang dan
pada masa yang sama kau tidak bertepuk sebelah tangan. Kau tahu dia suka kau,
tapi dia tidak tahu yang kau suka dia. Setiap hari kau jumpa dia, dan dia akan
tegur kau. Aku lebih prefer cerita macam ni
Kau lelaki dan dia perempuan. Kau selalu lihat dia gembira di saat dia
melihat kau, dia tersenyum melihat diri kau. Dan ada kalanya dia kelihatan
berputus asa dengan cintanya kerana keliru sama ada kau suka dia atau tidak.
Dia pernah beritahu kau yang dia sukakan kau, tetapi kau hanya senyum sahaja.
Dia keliru dan terus keliru, setiap hari kau berjumpa dengannya dan dia dengan
karakternya. Sekiranya dia kelihatan berputus asa, kau beri dia semangat.
Contohnya adalah kau menunjukkan sepertinya kau sukakan dia, walaupun
realitinya kau suka dia tetapi kau tidak pernah luahkan perasaan kau kepadanya.
Kau luahkan perasaan kau hanya sekadar melalui perbuatanmu. Kau mengambil berat
akan dia disaat dia kelihatan sedih.
Kenapa kau tidak luahkan perasaan kau?
Pada suatu hari kerana persekitaran, kerana pengalaman, kerana realiti, kau
menyuruhnya melupakan perasaannya terhadap diri kau. Dia bertanya kepada kau
“Do you love me.”
Dan kau menjawab
“No, I am sorry.”
Dia menangis dan kau tinggalkan dia bersendirian. Keesokan harinya kau
tidak berjumpa dengannya. Kau mendapat berita bahawa dia pulang ke kampung
halamannya. Empat hari kemudian kau berjumpa dengan dia semula. Tetapi kali ini
dia dengan muka ceria mengucap selamat pagi kepadamu. Dan dia terus berlalu.
Kau hanya tersenyum, kerana mungkin itu yang terbaik untuk dirinya. Kau terima semua
itu dengan ketawa, dan kau berharap dia berjumpa dengan seseorang yang sesuai
dengannya, walaupun hati kau sakit. Bagi kau, mungkin itulah yang terbaik untuk
dirinya. Kau menjadi observer dan kau gembira melihat dirinya.
Sifatnya yang lembut, seperti wanita pujaan ramai, pakaiannya tidak
berlebih-lebihan, sikapnya yang lemah, jalannya yang menyentuh hatimu, akhirnya
makin jauh dari kau.
Kerana persekitaran, kerana realiti. Mungkin jalan itu yang terbaik. Kau
senyum di saat dia pergi. Dia senyum memandangmu, dengan muka matang, tanpa
kesedihan. Mungkin itu yang terbaik.
Kau senyum disaat ada seseorang menghampirinya. Kau tahu orang itu hendak
mendekati perempuan itu, tetapi kau sudah jauh dari dia, dan dia pun sudah jauh
dari kau. Kau hanya berdiam diri melihat perempuan itu didekati lelaki lain,
dan lelaki itu pun lebih sempurna daripada kau. Kau tersenyum dan kau berfikir…
bukankah ini yang terbaik.
Kau tersenyum. Di dunia ini tiada sesiapa yang tahu perasaan kau, walaupun
kawan kau sendiri. Kau simpan perasaan itu, sakit yang teramat sangat. Sakit
yang mematangkan kau, sakit yang hilangkan perasaan cemburu kau, kerana kau
tahu itulah kisah kau yang perlu kau hadapi. Kau tersenyum melihat dirinya, kau
tersenyum dengan keputusan kau, kerana kau tahu diri kau tidak sesuai dengan
dirinya.
Kau merinduinya, kau teringin memegang tangannya, kau teringin menjaganya,
tetapi realiti kau tidak membenarkan semua itu. Kau menerima realiti itu dan
dia juga menerimanya. Dia menerima bahawa kau melayan dia selama ini bukan
kerana cinta tetapi kerana kesiankan dia.
Dulu dia pernah meluahkan perasaannya kepada kau, tetapi kau menolaknya. Di
saat itu dia tersenyum walaupun kau tahu dia tengah menangis di dalam hatinya. Dia masih menegurmu, dan
kau juga masih menegurnya walaupun kau telah menolak cintanya. Tapi, suatu hari
kau tersedar bahawa kau mencintainya. Kau lihat realiti kau dan kau juga sedar
realiti kau tidak membenarkan hubungan itu.
Kau meluangkan masa dengannya , dan perempuan itu terkeliru sama ada dia
tepuk sebelah tangan atau tidak.
Suatu hari kau menipu dia yang kau tidak menyukainya kerana realiti kau
berbeza dengan realiti hidupnya. Perkara yang paling menyedihkan kau adalah dia
sendiri tidak tahu bahawa selama ini kau mencintainya. Kau sentiasa mencintainya
tetapi realiti kau tidak membenarkan semua itu. Akhirnya kau mengalah………..
Di masa perempuan itu mencintaimu, kau tahu bahawa ada lelaki lain yang
mencintainya. Selepas kau menipu bahawa kau tidak mencintainya, wanita itu
mencuba melupakanmu dan disaat itu dia berubah dan jarang bertemu kau, dan dia
menjadi rapat dengan orang yang mencintainya itu. Dan kau mendapat tahu bahawa
mereka menjadi rapat. Apakah yang kau akan buat, terima realitimu atau mencuba
sebaiknya. Tapi ingat percubaan itu berbahaya, sangat berbahaya kerana takut
masyarakat tersalah faham.
………….
Sebenarnya cerita ni cerita manga Hirunaka No Ryuusei. Aku nak mengkaji apa
itu cinta, dan kenapa ramai manusia yang menjadi buta di depan cinta, hinggakan
cinta itu bertukar menjadi virus. Sekarang aku baca Chapter 59. Aku nak kaji
sesuatu, dan aku menulis sebelum aku tahu kesudahan cerita itu. Hairannya
kenapa aku berharap kesudahan cerita itu sedih. Mungkin sebab aku nak tahu
sesuatu yang aku tidak tahu.
Sekiranya aku menggunakan akal untuk melayan cerita itu, aku dapati bahawa
ia berbeza sekiranya cerita itu dilayan menggunakan hati aku. Seandainya
dilayan menggunakan hati, aku nak dia bersama dengan cinta pertamanya, tetapi
sekiranya cerita itu dilayan menggunakan
akal, sebaiknya dia bersama dengan “cinta” keduanya, walaupun aku tidak tahu
adakah wanita itu sudah lupakan cinta pertama sepenuhnya.
Cuba korang layan manga tu, try layan berdasarkan akal dan hati, adakah
jawapan yang diberi oleh akal korang sama dengan jawapan yang diberi oleh hati
korang. Sebenarnya, pengajaran yang aku dapat membaca manga ini adalah, manusia
tidak suka ‘melayan cinta’ sesebuah manga, mereka hanya
suka ‘melayan jalan cerita cinta’
manga. Bukankah itu bermakna cinta itu ilusi. Cinta di manga memberi ilusi
kepada si pembaca untuk lari daripada dunia realitinya. Cuba fikirkan kenapa
manusia suka melayan cerita cinta?
Kita selalu menganggap manusia yang melayan cinta melalui pembacaan, drama
dan seumpamanya adalah mereka sedang melayan cinta, bagi aku mereka bukan
melayan cinta, tapi mereka sedang melayan jalan cerita cinta, sebab itulah aku
menganggap bahawa cinta itu tidak wujud dengan tidak bersebab. Zaman moden ini,
cinta wujud kerana bersebab. Begitu juga dengan cerita cinta yang ada dilukis,
ditulis, ataupun didramakan. Adakah korang akan melayan jalan cerita cinta yang
tidak seronok? Adakah korang akan melayan cerita cinta drama di mana pelakonnya
tidak lawa, tidak hensem? Adakah korang akan melayan manga yang berkarakterkan
lukisan yang teruk? Adakah manga akan dibaca seandainya lukisan karakternya
tidak matang?
Mungkin korang akan baca dan mungkin tidak, terletak kepada tujuan
pembacaan korang. Tapi bagi aku, cinta zaman moden ini sekadar ilusi, cinta
bersebab yang tidak wujud. Sebab itulah aku menganggap cinta realiti adalah
sama dengan cinta fantasi manga. Dua-dua cinta palsu yang telah ditutup dengan
perkataan cinta. Aku tidak pernah bercinta dan tidak pernah jatuh cinta yang
sebenarnya. Tapi aku tahu cinta itu ilusi di era moden ini. Di saat kau jatuh
cinta dengan seseorang, gunalah otak untuk fikirkannya, bukan guna hati, kerana
di saat kau jatuh cinta, hati kau seronok melayannya, tetapi seandainya kau
melayan cinta kau berdasarkan otak adakah kau aka rasa seronok?
Bagi aku cinta fantasi manga atau cinta realiti adalah sama. Kedua-duanya
adalah ilusi, yang tidak ilusi hanyalah jalan cerita cinta . Makna “jalan
cerita cinta tidak sama” dengan makna “cinta”. Cinta itu tidak wujud seperti
mana phantom, bayang-bayang kepada sesuatu bayang, tidak wujud. ( Di sini tiada
makna metafizik)
Phantom tidak wujud, Mungkin aku salah, tetapi itulah teori yang aku dapat
di saat aku melayan manga itu. Zaman moden tidak sama dengan zaman dahulu. Aku
tertanya-tanya, sejak bila manusia melayan romantik sebelum kahwin? Adakah
zaman dahulu, makna jalan cerita cinta adalah sama dengan makna cinta? Atau aku
salah tafsir manga tu?
Aku belum habis lagi membaca manga itu. Adakah kisah cinta itu akan
berakhir berdasarkan apa yang dikehendaki oleh hati aku atau berakhir
berdasarkan apa yang dikehendaki oleh
minda aku? Siapa yang menang dalam cerita manga Hirunaka No Ryuusei? Adakah hati
aku atau minda aku? Di saat ini secara jujurnya, kenapa aku nak hati aku
menang, dan minda aku kalah, sedangkan apa yang dilakukan oleh wanita itu dan
cinta pertamanya bertentangan dengan norma minda aku? Minda aku tidak boleh
menerima tindakan mereka, tetapi hatiku menerima cerita itu, kenapa? Siapa yang
menang hati aku atau minda aku? Adakah kesudahan cerita itu memberi aku sesuatu
yang aku tidak tahu?
Tapi aku dah dapat konklusinya sebelum aku habis membacanya.
“Cinta itu tidak wujud pada zaman moden ini, sebabnya manusia telah lari
dari realitinya dan masuk ke fantasi, hinggakan mereka tidak tahu bahawa
fantasi itu sekadar ilusi yang seronok dilayan menggunakan perasaan, bukan
dilayan menggunakan pemikiran. Cinta zaman ini hanyalah ilusi semata-mata dan
aku tahu bagaimana hendak membuang cinta realiti, Love Illusion Modern World”
Layan cerita cinta sesebuah buku, manga, anime, drama berdasarkan pemikiran
bukan berdasarkan perasaan, nanti kau hanyut. Tapi kenapa aku menganggap
sekiranya cerita itu dilayan berdasarkan pemikiran, menggunakan akal, jawapan
yang akan diberikan akal akan menyakitkan hati? Dan jawapan itu mungkin
kekurangan sesuatu? Bingungnya jadi pengkaji romantis tidak formal, kah kah
kah.
Mengkaji………..mengkaji juga, tetapi adakah si pengkaji sendiri akan hanyut
dalam proses pengkajiannya itu, hinggakan dia melihat sesuatu berdasarkan
pengkajiannya sedangkan pengkajiannya itu tidak semua boleh diadaptasikan di
dalam dunia realiti?
Sebuah cerita yang lari daripada realiti, tetapi adakah hati akan menang
dalam lautan fantasi itu, atau akal akan menang dalam lautan itu. Siapakah yang
menang dalam dunia realiti aku, perasaan atau pemikiran, minda atau hati? Aku
tahu siapa yang menang dalam dunia fantasi aku, tapi aku tidak tahu siapa yang
menang dalam dunia realiti aku.
Kalau korang nak tahu sesuatu, korang perlu rasa dahulu benda tu. Cuba
berenang di dunia itu dahulu baru memberi pendapat. Kalau tidak tahu berenang,
perlu tahu bagaimana hendak berada di lautan fantasi. Tenggelamnya kau bermakna
kau terperangkap di lautan fantasi, dan lemas di dunia realiti.
Korang nak tahu siapa akan menang seandainya hati dan akal korang bersaing.
Siapa yang menang seandainya pemikiran dan perasaan korang bersaing? Salah satu
caranya ialah baca manga romantik. Biasanya manga seperti ini akan berlakunya
tragedi, standard manga, drama, anime. Di saat tragedi berlaku try jawab
tragedi itu berdasarkan hati/perasaan. Lepas itu try jawab tragedi itu
berdasarkan akal/pemikiran pula. Macam mana nak tahu seandainya akal atau hati
yang menang? Tengok ending cerita tu. Kalau nak try baca manga tu. Baru korang
boleh rasa dan belajar bagaimana layan cerita cinta berdasarkan perasaan dan
pemikiran.
Kalau pemikiran menang, maka hati kau mungkin sakit, kalau hati kau menang,
pemikiran kau tidak akan sakit, sebabnya hati kau telah kuasai akal kau. Tapi
bolehkah akal menguasai hati? Kalau akal menang adakah hati kau sakit? Kalau
hati kau menang adakah akal kau sakit? Adakah kau akan nilai cerita itu
berdasarkan akal atau hati? Jangan try baca sampai habis, baca slow, dan layan
tragedi di dalam cerita itu menggunakan akal dan minda, layan setiap tragedi.
Lepas dah dapat bezakan jawapan untuk akal dan minda, baru start baca sampai
habis. Siapa akan menang?
Ini sekadar teori. Secara jujurnya, masih ada satu lagi yang berlainan
dengan pemikiran dan perasaan. Tapi, aku tidak layak nak tulis, sebab aku tidak
tahu dan tidak dapat menghayati dengan sempurna “benda” itu. Apa “benda” tu?
Korang cari sendiri.
……………….
Di dunia ini ada banyak cara berfikir. Korang boleh buat sendiri cara
berfikir dan apply dalam hidup korang. Salah satunya adalah cara ini -“berfikir
secara terbalik”. Jangan berfikir secara majoriti, try berfikiran terbalik. Tak
semestinya berfikiran terbalik kau akan sesat, kerana berfikir pun ada
batasnya, dan mesti tahu di mana batas pemikiran.
Berfikiran secara terbalik, kau boleh apply cara ni semasa sesebuah
pendapat dikeluarkan. Di saat majoriti berfikiran sama, maknanya tugas kau akan
berfikiran seperti minoriti, dan terletak kepada kau hendak sampaikan pemikiran
kau atau tidak, nak sebarkan atau tidak. Try berfikiran terbalik, dan apply
dalam hidup korang. Di saat semua berfikiran sama, try berfikiran lain daripada
lain, berfikir cara minoriti. Dan ingat, seandainya kau sebarkan pendapat itu,
kau mungkin akan di hina. Bagus jadi observer, kerana berfikir secara minoriti
tidak semestinya membawa kebaikan, tetapi kalau kau tahu apa yang kau fikirkan,
kenapa tidak kau perhatikan result dan lakukan di dalam minda kau, agar kau
boleh lihat hasilnya sekadar di dalam fantasi kau. Aku gurau kah kah kah.
Kalau korang nak mengkaji romantik manga atau anime, pastikan korang
tumpukan hampir 100% kepada perkara itu. Pastikan habis dalam masa kurang dua
hari, baru korang nampak apa effect melayan perasaan dan tahu macam mana nak
hack perasaan romantik. (Kalau Narsha tahu aku layan perasaan, mesti dia
marah...kah kah kah... Aku rindu pula dia, tapi susah nak jumpa dia...kah kah
kah loser)
Ulasan
Catat Ulasan