Bab 33 Psych Schizophrenia

Masa awal-awal aku kenal Din, dia ni jenis pendiam. Tapi lepas aku rapat dengan dia, barulah aku tahu dia ni jenis yang kuat main. Biasalah, manusia ni akan tunjukkan perangai dia yang sebenarnya dengan kawan-kawan dia, kalau dengan stranger, dia hanya berdiam diri. Aku pun macam itu, kah kah kah.

Aku teringat lagi masa awal-awal dia beritahu aku mengenai idealism dia.

“Din, macam mana nak Islamkan formula?”

“Amad, formula itu dalam matematik, dan matematik itu melambangkan apa? Matematik melambangkan teori kan? Teori itu yang harus kita Islamkan, ataupun ayat yang sesuai adalah agar teori itu tidak sarat nilai dengan benda-benda yang bertentangan dengan teologi. Misalnya adalah teori initial state of universe, apa berlaku sebelum big bang? Adakah masa itu ada penghujung atau tidak? Tapi sebelum tu kita harus islamkan dulu falsafah sains. Try baca philosophyy of science in Islam tulisann Syed Naquib al-Attas.”

“Oh, maksudnya bukanlah nak Islamkan formula matematik?”

“Itu sekadar pendapat aku, mungkin salah. Sebab, bagi aku matematik itu digunakan untuk melambangkan sesuatu teori, matematik itu hanyalah simbol yang abstrak. Cuba kau try layan the boy or girl paradox. Cari jawapan sampai dapat. Cari sendiri, jangan cari internet. Kau akan tahu apa hubungan ayat dengan matematik, samalah dengan hubungan teori dan matematik. Cuba try sampai dapat, aku boleh cari jawapan, tak kan kau tak boleh.”

“Jadi apa kena worldview dengan teori?”

“Dari worldview tulah ada kalanya sesebuah teori akan muncul atau akan dikeluarkan. Dari falsafah akan menjadi sains, kerana sains itu boleh diuji di dunia fizikal.”

“Contohnya?”

“Aku pernah baca kat internet. Yang ni kau cari sendiri, takut aku salah fakta. Kisah Nicola Tesla, dia  dikatakan terpengaruh dengan falsafaaaaah … aku lupa apa nama falsafah tu. Dalam falsafah tu ada mengatakan bahawa energy dan mass ada hubungan. Tesla pun mencari formula matematik untuk menerangkan hubungan itu, tetapi dia tidak dapat. Cuba teka siapa yang dapat?”

“Einstein.”

“Ya, Einstein. Tapi itu pun ada kontroversi, malas aku nak cerita. Biarpun mungkin suatu hari nanti mengatakan bahawa teori itu salah atau tidak lengkap, tetapi itulah yang dinamakan teori, teori itu tidak semestinya betul, dan tidak semestinya salah. Sebenarnya banyak lagi contoh sesuatu teori itu bermula daripada falsafah atau metafizik lepas itu dijadikan ilmu sains yang boleh dimatematikkan.”

“Apa lagi?”

“Malam ni aku akan email kau.”

…..
Dia sambung lagi

“Ada juga mengatakan bahawa Schrödinger itu pun mencari penyelesaian masalah fizik menggunakan teori atau falsafah atau metafizik yang berasal daripada Timur. Aku tidak kaji mana, aku hanya baca di buku falsafah sains berdasarkan perspektif Islam, artikel tulisan Osman Bakar.”
“Macam mana pula dengan sains yang ingin dipisahkan dengan teologi-falsafah?”

“Oh, maksud kau jangan falsafahkan fizik?”

“???????.”

“Aku rasa itu ayat yang sesuai untuk memudahkan orang lain faham. Ada pendapat mengatakan bahawa falsafah ini hanya melambatkan proses kajian sains. Kau boleh tengok perdebatan ahli sains Barat dengan ahli falsafah Barat. Cumanya di Malaysia ni ke arah perdebatan antara ahli agama dan ahli sains. Ni pendapat aku eh, mungkin salah. Di Barat ada juga ahli agama Kristian berdebat dengan ahli sains/fizik. Ada juga seorang ahli fizik mengatakan bahawa walaupun dia beragama Kristian dan pergi sembahyang tetapi semua itu tidak boleh membantunya dalam pengkajian fiziknya. Dia tidak tahu bagaimana gunakan agamanya dalam membantu proses pengkajian fizik.”

“Oh, macam kisah orang yang kuasai fardu ain dan fardu kifayah tetapi tidak tahu bagaimana nak mengharmonikannya?”

“Ya, kau boleh baca buku Adab dan Peradaban. Dalam buku tu ada beberapa artikel, try baca tulisan Adi Setia.”

“Tapi, Din- bukankah kebanyakan ahli sains ke arah menggunakan fahaman Naturalism. Tak kisah lah dia ateis atau tidak. Sebab bukankah itu makna sebenar pemikiran teori saintifik? Mereka tidak mahu masukkan unsur-unsur metafizik dalam pengkajian mereka. Atau ayat yang aku selalu dengar sains sains, Islam Islam.”

“Apa yang kau faham tentang fahaman Naturalism?”

“Ayat yang paling simple, pisahkan sains dengan agama. Aku tidak tahu sangat apa makna complete untuk fahaman tu. Tapi apa yang aku faham berdasarkan fahaman minda aku. Mungkin ada yang cakap bahawa fahaman Naturalism adalah fahaman yang bertuhankan alam Zahir. Tapi aku nak ubah sikit agar ia sesuai dengan fahaman aku.”

“Suka hati kau saja kan nak ubah makna Naturalism.”

“Kah kah kah.”

….

Korang cari sendiri apa itu fahaman Naturalism. Aku mungkin telah mengubah makna Naturalism untuk sesuaikan dengan fahaman aku mengenai agama dan fahaman sains aku. Sebab itulah aku tulis bahawa fahaman Naturalism adalah fahaman sains dan agama adalah berpisah. Aku salah eh, aku bagi salah makna eh. Kah kah kah. Come on lah, ini novel bukan jurnal. Kah kah kah.

“Amad, ada beberapa pendapat bahawa sains dan agama itu berpisah, tapi ingat ada juga pendapat  mengatakan bahawa sains dan agama itu tidak berpisah. Kau pilih mana? Kau perlu ingat, semua pilihan itu ada penyokongnya dan ada pengikutnya, macam politik. Kau mungkin akan dimaki atau dihina, tak pun kau akan direndah-rendahkan.”

“Bagi kau mana yang senang?”

“Agama dan sains itu berbeza, sebabnya aku tak payah belajar agama, aku belajar sains sahaja. Kah kah kah. Tak payalah aku belajar pasal Islamic worldview, tak payah lah aku tahu pendapat Arad dan jauhar, fahaman atomism. Tak payalah aku kuasai apa itu faham alam, faham epistemology. Senang kan? Kah kah kah.”

(Ada maksud tersurat dan tersirat eh. Eh jap, apa itu tersurat? Apa itu tersirat? Kah kah kah. Aku dah lupa. SPM dah lama habis. Time universiti belum belajar pula.)

“Amad, kau pilih mana?”

“Tidak tahu.”

“Amad, ingat, ada orang gunakan sains sebagai alat untuk menyerang institut agama.”

“Itu di Barat sahaja, fahaman scientism kan?”

“Di Barat sahaja? Kau rasa benda tu tak mempengaruhi masyarakat Islam? Kau tak tengok apa makna sains Islam? Kau tak nak tengok pengganti Ibnu Sina, Al-biruni, al-Tusi?"

“Bukankah islamization of  human knowledge itu telah lama diutarakan?”

“Ya, dah lama dah. Sekarang masih dalam proses berdakwah lagi untuk sedarkan masyarakat, usaha untuk lahirkan ilmu berdasarkan pandangan alam Islam masih kurang lagi.”

“Din, sebenarnya apa itu pandangan alam Islam?”

“Aku tak tahu macam mana nak terangkan. Tanyalah orang yang lebih layak, tapi lepas kau tahu dan menghayati makna sebenar pandangan alam Islam kau akan tengok apa perbezaan sebelum dan selepas kau tahu benda tu. Aku bagi contoh, mungkin ini contoh yang tidak sesuai. Macam  ni, apa perasaan kau kalau kau tengok maksiat sedang berlaku di depan mata kau, adakah kau rasa something di hati kau ataupun kau tak rasa apa-apa? Kalau kau berpandangan Islam, apa kau rasa kalau kau lihat maksiat? Kalau kau berpandangan golongan yang suka berbuat maksiat, apa perasaan kau ketika kau melihat maksiat sedang dilakukan? Nampak tak perbezaan dia? Aku payah nak terangkan dalam perkataan sains. Cuba try baca buku Dr. Shaharir. Kau akan faham.”

“Kau berminat tak nak islamkan ilmu?”, soal aku.

“Aku layak tak, Mad?”

“Layak, apa tu?”

“Kau buat lawak eh?”

“Kau try lah layakkan diri kau, kah kah kah.”

“Amad, sebenarnya susah untuk nampak apa hubungan antara fizik dan teologi-falsafah. Kalau kau tidak suka falsafah, kau tak kan tahu apa hubungan falsafah dan fizik. Ya, ada ahli fizik yang berjaya tanpa kuasai falsafah, tapi dia ke arah mana? Adakah sains berdasarkan idea, berdasarkan pengkajian ataupun berdasarkan teknologi? Mad, dulu aku ambil course quantum mechanics, sekali dengan course philosophy of science. Ada yang suka belajar quantum mechanics tetapi tidak suka course philosophy of science. Mereka belajar Quantum Mechanics tetapi tidak tahu apa itu Copenhagen Interpretation. Apa worldview yang dibawa oleh Copenhagen Interpretation, apa falsafah yang dibawa oleh Copenhagen Interpretation. Mereka tidak tahu kenapa Einstein menolak Copenhagen Interpretation. Begitu juga masa aku ambil course Islamic Worldview. Pada awalnya aku sendiri tidak tahu kenapa aku ambil course itu, tidak kena mengena pun dengan fizik, tapi akhirnya baru aku sedar apa sebenar hubungan kedua-dua benda tu. Kalau tiada hubungan pun, betapa pentingnya Islamic Worldview dalam kehidupan.”

“Biasalah Din, manusia itu ada kelemahan dan kelebihannya masing-masing. Kita tidak boleh hanya nampak kelemahannya sahaja.”

“Ya, kau betul. Aku silap kerana nilai mereka seperti itu. Aku minta maaf.”

…………

Aku sambung perbincangan

“Sains sebagai idea?”

“Sains yang beritahu kau apa sebenarnya the nature of reality.”

“Kalau aku tak minat benda tu?”

“Pilihan kau.”

“Din, ada tak orang yang suka merendah-rendahkan sesuatu golongan?”

“Bukankah zaman ni semua manusia seperti itu. Mungkin bukan semua tetapi secara kasar, boleh dikatakan semua, sedar atau tidak sedar, setuju atau tidak setuju.”

...

“Science sebagai idea….”, cakap aku perlahan.

“Amad, sains ini dikatakan tergolong kepada tiga, sains sebagai idea, sains digunakan dalam bidang research, dan sains dalam bidang teknologi. Seandainya ada orang katakan bahawa sains itu berpisah dengan teologi-falsafah, cuba perhatikan dia ahli sains dalam golongan mana. Kalau sains sebagai idea, kau boleh perhatikan teori permulaan dunia/alam, kalau research, kau guna teori sebagai alat untuk terangkan research kau, dan kalau sains sebagai teknologi, kau guna sains untuk advance kan teknologi.”

“Tapi bukankah kalau science as an idea salah, bukankah teori itu tidak boleh diterangkan dalam bidang teknologi?”

“Kau pasti? Sebab itulah kita mesti tahu apa hubungan sebenar teori dan matematik, apa makna fizikal kepada matematik itu. Ataupun dalam ayat lain, cuba try falsafahkan teori sains tu. Tak semestinya sains sebagai idea salah, maka matematik untuk teori itu salah dan tidak boleh digunakan dalam bidang research dan teknologi. Kadang-kadang teori matematik itu betul, tetapi makna fizikal kepada matematik itu mungkin salah, dan mungkin betul. Misalnya, apa pendapat Whitehead mengenai relativity. Whitehead ada membuat “makna” yang berlainan mengenai relativity, tetapi in the end Whitehead dapat bentuk geometry yang sama seperti mana teori relativity Einstein. Try baca buku Kritikan Teori Kenisbian dan teori quantum. Cari rujukan mengenai Whitehead. …..Tapi kita tidak boleh cakap Copenhagen Interpretation adalah 100% salah, dan tidak boleh cakap ia nya 100% yakin, sebab pendapat itu akan bertentangan dengan falsafah sains Popper. Kau cari sendiri apa falsafah sains Popper. Nanti aku akan hantar email mengenai ‘asas penilaian untuk kesainsan Intelligent Science yang aku dapat dari buku Dr Shaharir. Kalau fakta mengenai Whitehead itu salah, cuba try cari sendiri. Kalau aku beritahu nanti tak seronok, ada kalanya di dunia ini kita perlu cari sendiri, baru datang kepuasan, itu pun kalau hati ada niat nak cari jawapannya, bukannya jawab sekadar ego, ego tak nak kalah.”

………

Itulah Din setahun yang lalu. Tapi sekarang dia dah berubah. Mungkin dia pilih jalan tu.
Aku buka laptop aku. Aku klik nama Din di email aku, dan aku baca email yang dia hantar hampir setahun yang lalu.


To : Amad

Amad, pernah dengar tak ayat ni ‘al-Quran adalah sumber ilmu’. Cuba kau fikirkan adakah pada zaman ini kita boleh katakan bahawa al-Quran itu sumber ilmu? Adakah al-Quran digunakan sebagai sumber ilmu untuk ilmu sains, atau al-Quran hanya digunakan dalam bidang fardu ain sahaja?

Sebenarnya aku tidak layak tulis benda ni, tetapi masalahnya siapa yang layak? Aku pun teringin nak tengok teori yang dibuat berdasarkan pandangan alam Islam, bukannya teori yang dibuat untuk hilangkan peranan Allah dalam dunia fizikal ini.

Amad, aku tahu aku tidak layak, tapi aku harap suatu hari nanti akan muncul orang yang tahu bagaimana gunakan al-Quran sebagai sumber ilmu. Ramai manusia sekarang ni tidak tahu macam mana nak gunakan al-Quran sebagai sumber ilmu, aku sendiri pun tidak tahu, tapi aku nak belajar. Malang sekali aku tidak tahu di mana nak cari seseorang yang ahli dalam bidang sains dan pada masa yang sama dia ahli dalam al-Quran.

Amad, zaman sekarang ni ada golongan yang menganut fahaman “Buat apa al-Quran, tak rujuk pun dapat ilmu yang sama”. Ayat ni aku ambil dari buku Kritikan teori Kenisbian dan teori quantum. Dalam buku tu, ayat ini yang ditulis Dr Shaharir

“..ahli sains (Muslim sendiri pun) akan terpanggil untuk tidak kisah kepada al-Quran tetapi hanya menggunakan fikiran sahaja. Buat apa al-Quran, tak rujuk pun dapat ilmu yang sama. Kata-kata sebegini pun, jika mempersenda-senda sekalipun, sudah maksiat atau boleh menjadi kufur atau kafir”

Dalam buku tu pun ada ditulis

“ ‘Miracle’ atau ‘keajaiban’ sains dalam al-Quran boleh berlaku menerusi pemodelan konsep dan prinsip sesuatu perkara yang boleh menandingi konsep atau prinsip dan seterusnya model perkara itu pada masa ini. Contoh yang ingin disebut di sini ialah tentang konsep pelaburan Islam yang lain maknanya daripada pelaburan lazim sekarang dan sekali gus memberi model pelaburan dan pengurusan yang berbeza dan lebih baik daripada yang diamalkan sekarang ini.”

Amad, berapa ramai orang Islam yang tahu bagaimana gunakan al-Quran sebagai sumber ilmu sains? Aku tahu aku tidak layak tulis semua ini, aku bodoh, jahil, tapi berdasarkan sejarah, bukankah orang yang tidak layak biasanya yang memulakan perbincangan. Aku harap suatu hari nanti aku dapat lihat bagaimana ilmu sains dilahirkan oleh umat Islam sendiri, bukan sekadar hanya dapat gunakan ilmu, tapi tidak boleh hasilkan ilmu sendiri berdasarkan acuan agama dan budaya kita.

Amad, aku ada terbaca di internet ayat di bawah ini. Walaupun pendapat Tesla tidak sesuai dengan Islam dan tidak sesuai dengan bukti kajian alam  tapi cuba lihat bagaimana Tesla berfikir dan apa yang mempengaruhi pemikirannya/apa pandangan alamnya. Ni pendapat Nicola Tesla
“On a body as large as the sun, it would be impossible to project a disturbance of this kind (eg radio broadcast) to any considerable distance except along the surface. It might be inferred that I am alluding to the teaching of relativity, but nothing would be further from my mind. I hold that space cannot be curved, for the simple reason that it can have no properties. It might as well be said that God has properties. He has not, but only attributes and these are of our own making. Of properties we can only speak when dealing with matter filling the space. To say that in the presence of large bodies space becomes curved, is equivalent to stating that something can act upon nothing. I for one, refuse to subscribe to such a view.”

Cuba fikir pendapat Tesla. Apa pandangan alamnya? Bagaimana pandangan alamnya mempengaruhi pemikirannya?

Sekian.



Aku teringat apa yang dia pernah katakan sebelum dia beritahu aku bahawa dia tinggalkan idealism dia.

“Amad, dunia realiti ni lain daripada fantasi kau. Ilusi kau lain daripada realiti. Walaupun kau selalu gunakan fantasi kau untuk selesaikan masalah, tetapi ada masalah yang perlu diselesaikan hanya melalui pemikiran realiti, bukannya pemikiran fantasi ataupun pemikiran ilusi. Ada idealism yang sesuai di dalam fantasi tetapi tidak sesuai di dalam realiti. Begitu juga sebaliknya Mad, ada juga idealism yang sesuai di dalam realiti tetapi tidak sesuai di dalam fantasi. Sebab itulah kau akan lihat perdebatan antara si pemikir dan si pembuat. Sama ada pendapat aku salah atau tidak, tetapi itulah yang akan digunakan oleh semua golongan. Perbandingan fantasi dan realiti. Perdebatan perbandingan setiap pemikiran dan perbuatan. Perbandingan perbuatan antara si pemikir dan si pembuat perbuatan. Siapa yang berdiri di realiti sama ada si pemikir atau si pembuat. Masing-masing ada hujahnya.”
















Ulasan

Catatan Popular