Bab 50 Psych Schizophrenia

Phantom:

Amad tak wujud, begitu juga dengan Narsha. Aku tidak tahu sama ada Amad dan Narsha itu ada di realiti atau cerita ini hanya kisah yang difantasikan. Aku tidak tahu sama ada ini kisah benar, sebab aku tidak pernah berjumpa dengan Amad.

Tapi, seandainya apa yang ada dalam fikiran itu adalah realiti, mungkin kisah ini benar. Malangnya realiti itu bukan sekadar wujud di fikiran, tetapi termasuk juga realiti fizikal dunia.  Anggap saja kisah ini ilusi, kerana itu yang terbaik. (kalau korang melayan pemikiran, korang pasti tahu kejahilan dalam perenggan ini)

You know my name, not my story.

Aku boleh ceritakan kisah Amad, tapi bagi aku kisah itu hanya ilusi, sebabnya hanya Amad sahaja yang faham dan dia sahaja yang pernah lalui kisahnya itu. Amad pernah WhatsApp aku ayat ini

“You know my story…………….., doesn’t mean you understand me………….. But, thanks because ……only you ………… that………. want to hear my story……….. My illusion. Thanks a lot, dear friend.”

Dan ayat ni:

“Di dunia ini tiada siapa yang nak kisah cerita orang lain. Itu yang aku belajar berdasarkan pengalaman aku. Tapi, aku tetap nak ceritakan kisah aku. Biarlah kau anggap ini ilusi, kerana pendapat kau itu tidak memberi aku apa-apa pun, kerana tiada seorang pun yang faham cerita aku, seperti tiada seorang pun yang faham cerita kau.”

….


Ideal, delusions and realiti…. teringat anime Love, Chunibyo & Other Delusions!.. Kalau Amad ada ilusi macam tu mesti dia tidak akan terasa kosong lagi, tapi malang sekali ilusi dia lain. Amad bukan ada Eight-grader syndrome tapi dia............

Dia pernah reply email aku masa aku beritahu dia mengenai anime  Love, Chunibyo & Other Delusions :

“Aku dah lama gunakan anime dan manga untuk lari daripada realiti aku, sebelum aku tengok anime Love, Chunibyo & Other Delusions- aku dah gunakan fantasi aku untuk lari daripada realiti, fantasi berasal daripada anime dan manga. Loser kan aku, tapi aku rasa seronok walaupun sementara. Mungkin ini realiti aku yang aku harus terima.”

Aku hanya reply ayat ini

“Amad, kau dah kaji romantik manga-anime, cuba tukar pula, try kaji komedi pula. Asal-usul komedi, makna komedi mengikut budaya.”

Dia balas

“In the end, rasa kosong kembali lagi.”

Aku balas:

Berdasarkan anime Love, Chunibyo & Other Delusions :

"People always say they feel awkward about having eight-grader syndrome. They say that they don’t want to talk about it, that they want to forget about it for good. But does that really get rid of our crazy old selves and our wild fantasies back when we thought we were special, when we thought something greater watched over us? People sometimes tell lies, imagine a completely different fantasy world, dream about the distant future, or invent a lover’s relationship that only exists inside their heads. This process repeats from the day we are born until the day we die. Forever and ever. It is depressing. It is shameful. But it is dear  to us. It is an illness known as self-consciousness. It is something we must all face known as “ourselves”. Indeed, we carry our eight-grader syndrome throughout all of our lives."

Dia hanya balas ayat ini:

Jangan samakan anime dengan dunia realiti.

Untuk memudahkan perbualan, aku message dia guna Facebook Messenger

“Amad.”

“Ya.”

“Kau dah tengok anime tu?”

“Dah.”

“Hampir sama dengan hidup kau kan? Beza hanyalah realiti kau, kan?”

“Realiti aku?”

“Ya, realiti kau. Bukankah kau selalu rasa kosong. Akhirnya untuk buang rasa kosong tu kau layan anime dan manga untuk kau berfantasi.”

“Mungkin.”

“Dan kau gunakan falsafah dan fizik untuk buang fantasi kau, tetapi fantasi kau lebih kuat daripada pemikiran kau, kan?”

“Mungkin.”

“Kau give falsafah? Kau give up fizik?”

“Tidak tahu.”

“Amad, tahu tak apa akan terjadi seandainya theory relativity diharmonikan dengan Uncertainty Principle?”

“Jangan tanya aku. Aku tak layak nak bercakap dan aku tidak tahu jawapannya. Tanya ahli fizik.”

“Amad, apa akan terjadi kalau aku apply ontological holism, holism of property atau nomological holism dalam fizik?”

“Jangan tanya aku. Tanya ahli falsafah.”

“Amad, apa akan terjadi kalau aku mematematikkan atomism ahli kalam?”

“Jangan tanya aku. Aku tidak layak.”

“Amad, kau give up?”

“Tidak, aku bukannya give up. Aku terima realiti aku.”

“Apa realiti kau?”

“Aku tidak tahu. Tapi hati aku cakap yang aku tidak layak untuk semua tu.”

“Amad, kawan aku pernah berkata - seandainya teori sains/teori fizik itu tiada makna metafizik, maknanya  ahli sains itu tidak akan bertemu dengan Sang Pencipta dalam pengkajiannya. Dalam perkataan lain, keimanannya tidak akan bertambah kerana sains itu tiada makna metafizik. Kita orang Islam, maka bolehkah kita katakan bahawa kita kenal Allah melalui Islam, tapi bagaimana pula dengan mereka yang berimankan dengan sains  Moden seperti mana dengan sarjana Barat? Sebab itulah ada ilmuwan katakan bahawa sains Barat itu kekurangan unsur teologi, lihat saja berapa ramai ahli sains Barat yang memilih menjadi Ateis. Kalau tidak memilih ateis pun, mereka sanggup pula cakap bahawa agama tidak dapat membantu apa-apa pun dalam pengkajian sains. Ahli sains Islam pun ada juga berfikiran seperti itu.”

“No comment.”

“Amad kau rasa kita boleh kenal Pencipta tak melalui pengkajian sains? Boleh tak kita kenal Allah melalui pengkajian fenomena alam? Seandainya sains itu terpisah dengan agama, maknanya kita tidak akan bertemu dengan Pencipta. Sains moden tidak akan dapat membuktikan kewujudan Pencipta kerana tujuan pengkajian sains moden bukan untuk menambah keimanan ataupun mencari kebenaran, hanya sekadar menambah keegoan, hinggakan ahli sains Barat sanggup gunakan teori sains untuk serang agama.”

“No comment.”

“Amad, seandainya sains dan agama itu berpisah, boleh tak kita gunakan ayat ni ‘aku belajar sains  kerana Allah’ atau ayat ni ‘aku belajar sains kerana hendak mengenal Allah.’? Cuba kau fikir, bagaimana niat belajar sains itu kerana Allah sedangkan sains itu mereka anggap berpisah dengan agama yang akhirnya belajar sains langsung tidak menambah keimanan? Aku tanya kau Mad, kau belajar sains, keimanan kau bertambah tak? Kau rasa apa pendapat ilmuwan sains Islam masa zaman dahulu?”

“Aku tidak tahu.”

“Amad, berapa ramai yang gunakan alasan ‘aku belajar kerana Allah’ sedangkan pandangan alam mereka adalah berprinsipkan bahawa sains itu tiada makna metafizik atau sains itu berpisah daripada agama?”

“Tambah lah unsur-unsur Islam dalam sains moden, atau kau pandai-pandailah spin ayat. Macam ‘aku belajar sains Barat kerana  hendak melahirkan Sains yang  boleh menambah keimanan’. Manusia kan pandai spin ayat.”

“Tambah unsur Islam dalam sains moden? Maksud kau macam ni - kau buat program, lepas tu dalam nama program tu kau letak perkataan yang berunsurkan Islam, baru nampak Islamnya… sedangkan program itu langsung tiada unsur Islam pun. Letak nama Islam sebab untuk sedapkan hati, macam tu?”

“Mungkin.”

“Aku tidak setuju Mad. Kenapa kau macam dah berubah?”

“Tidak tahu.”

“Amad, kau betul-betul dah give up.”

“Kan aku dah cakap, aku bukan give up, aku terima realiti aku. Phantom, sebenarnya aku tidak layak untuk membincangkan semua itu, pandangan Islam lah, fizik Islam lah. Aku tidak layak.”
“Jadi siapa yang layak?”

“Aku tidak tahu.”

“Pilihan kau apa, Mad?”

“Malas lah nak bincang benda tu. Bye, aku mengantuk.”

“Bye.”



Kisah lalu yang malas aku nak ingat.

Semua cerita ini diceritakan oleh dia pada empat tahun yang lalu. Aku harap aku boleh jumpa Amad, mungkin dia telah berubah.

Mungkin dia telah berubah.

“Phantom, aku tak wujud di dimensi ini. Hanya kau seorang sahaja di dimensi ini yang tahu kewujudan aku.”

Sebenarnya aku tak faham pun Amad ni. Aku hanya kenal dia melalui internet, dalam ayat lain dia hanya kawan internet aku.

Salam

Hai phantom, lama tidak ‘berbual’. Adakah kau sihat?  Mungkin ini tulisan aku yang kedua terakhir.
Di masa hati aku kekosongan, di saat aku penat melayan perasaan, di saat aku penat melayan pemikiran,  tiba-tiba hati aku penuh dengan perasaan rindu. Aku sepertinya merindukan sesuatu. Lepas aku kaji apa perasaan ini, aku sedari bahawa aku  rindu……

….

Aku rasa kosong dan untuk menghilangkan kekosongan itu, aku melayan perasaan dan melayan pemikiran. Secara jujurnya, melayan perasaan sangat menyakitkan apabila perasaan itu tidak berakhir seperti apa yang kita hendakkan.

Melayan perasaan itu lebih menyakitkan daripada melayan pemikiran, sebabya disaat aku terkena tragedi pemikiran, hati aku akan  menyuruh aku melayan perasaan dan lupakan pemikiran itu. Tetapi di saat aku terkena tragedi perasaan, hati aku hanya berdiam diri kesakitan. Hati aku tidak menyuruh aku untuk melayan pemikiran, begitu juga dengan minda aku. Minda aku hanya diam merasa kesakitan hati. Aku ni bodoh.


Aku tahu macam mana nak hilangkan kekosongan ini. Kalau berfikir logic, mereka yang beragama Islam tahu apa jawapannya.

Aku tahu jawapannya, tapi aku tidak tahu apa yang perlu dibuat. Pengaruh persekitaran kuat sungguh. Pengaruh perasaan kuat sungguh. Pengaruh pemikiran kuat sungguh. Bagaimana nak layan pemikiran dan perasaan di masa yang sama pemikiran dan perasaan itu tidak mendatangkan kekosongan?


Phantom , masih ingat Narsha? Baru aku tahu selama ini dia suka aku, cuma aku yang tidak berani confess. Ingatkan aku pernah luahkan perasaan aku, rupanya itu hanya ilusi aku. Phantom, macam mana nak buang ilusi ini? Aku penat. Aku dah lelah dengan semua ini. Macam mana nak buang penyakit ini. Aku penat untuk bezakan fantasi dan realiti.  Aku penat memikirkan semua ini. Apa yang perlu aku buat?

Sekian.


…..























Ulasan

Catatan Popular