Bab 35 Psych Schizophrenia

Semester baru. 

Tak sangka aku dah tahun ketiga. Seperti biasa, pada semester pertama setiap tahun, junior dan senior akan berjumpa, tugas seorang senior untuk beritahu perkara yang perlu diberitahu kepada junior. Aku sebenarnya tidak minat benda-benda macam ni. Sedangkan perjumpaan tahun lalu, aku pun tak pergi kah kah kah.

Aku kan phantom, tak perlu manusia tahu siapa aku. Anonymous. Barulah itu yang dimaksudkan hidup. Di mana-mana aku pergi tiada orang kenal aku, maknanya aku tak perlu berlakon lagi. Aku lebih prefer hanya sedikit manusia yang kenal aku. Hanya sedikit yang kenal siapa aku, hanya sedikit yang rapat dengan aku. Manusia ni sangat bahaya, ada kalanya dia dianggap kawan, akhirnya dialah musuh dalam selimut, sebab itulah aku tak akan rapat dengan sesiapa pun. Orang yang rapat tu lah yang akan tahu kelemahan kita, dan mungkin akan menyebarkannya. Sebab itulah aku prefer bersendirian.

Salah satu caranya ialah buat “illusion wall”. Tiada siapa yang boleh lalui wall tersebut. Kalau ada lalu pun, mungkin sekadar kegunaan aku untuk latih “eye observer” aku kah kah kah. “Eye observer” yang useless.

Pada semester ini, aku tak harap apa-apa pun. Aku hanya nak jumpa Narsha, kah kah kah. Tapi CGPA aku hancur semester lepas, macam mana aku nak bayar hutang PTPTN aku? Macam mana aku nak kahwin dengan Narsha? Kah kah kah, khayalan bodoh di awal semester.

Kawan aku ajak untuk pergi jumpa junior, dikatakan bahawa sebagai tugas seorang senior. Secara jujurnya, aku pergi atau tidak, wave function tidak collapse pun. Aku kan shadow. Aku dah biasa hidup macam shadow.  Aku tak tahu dan tak minat benda-benda macam tu. Walaupun aku boleh mencapap depan mereka, f**k up lah semua tu, itu kerja orang lain, kerja aku duduk diam kat bilik layan anime, kah kah kah.

Aku sebenarnya lebih suka seandainya dalam sesuatu keadaan tu ada seseorang yang boleh ambil perhatian orang ramai, maknanya orang tak akan pandang aku. Aku tak suka menjadi center of attention dalam sesuatu keadaan. Dangerous situation. Umpama kau tengah berada di final battle di dalam sesuatu game. Kah kah kah.

Benda macam tu, aku tak tahu karakter mana nak guna. Korang rasa karakter apa yang sesuai kalau hadir pertemuan senior dan junior, tak pun hadir meeting? Tak kan karakter Monkey D Luffy? Tak pun karakter troublemaker? Atau karakter Detective Conan? Tapi karakter tu terlalu menyerlah. Aku tak nak orang ramai kenal aku, dangerous, nanti profile aku masuk dalam database FBI. Kah kah kah.
Nak pergi ke tak, takut pula kawan aku terasa hati, tak pasal-pasal aku dicop sombong. Tapi, kalau aku pergi pun  law of physics tak boleh apply kat aku. Sebabnya, berdasarkan theory of relativity, law of physics adalah sama untuk semua pencerap. Masalahnya aku ni shadow, orang lain cahaya, maknanya theory of relativity tu tak boleh digunakan untuk pencerap seperti karakter aku, shadow alias phantom. Kah kah kah.

Kalau mereka kenal aku pun, wave function tak collapse pun. Kalau mereka tak kenal aku pun, decoherence pun tak akan berlaku. Boringnya benda-benda macam ni. Tapi aku rasa aku perlu pergi, mungkin sebagai patung. Aku rasa karakter pendiam sesuai untuk benda-benda macam ni. Biarlah mereka cakap aku bodoh, aku dah biasa, sebab aku memang bodoh benda-benda macam tu, kah kah kah.

...

Mungkin ada baiknya aku pergi, boleh aku apply “Eye Observer” aku, kah kah kah. Apasallah aku anggap hidup ni seperti dunia anime, boleh scan sekeliling. Nerd sangat minda aku ni.
Aku rasa aku nak pergi. Orang macam aku ni lah selalu di attack orang. Orang lain mesti komen yang aku di sombong, tidak tahu bergaul, useless, tidak bersosial, tidak ada function dalam masyarakat, lepas tu mereka susun ayat lagi untuk describe aku. Aku pun hairan, sebenarnya anime apa mereka layan sampai pandai macam tu? Kah kah kah.

Tapi ada kalanya aku perlu bersosial juga, setiap manusia itu ada tanggungjawab sosial, masalahnya kalau aku pergi benda macam tu, boleh tak aku laksanakan tanggungjawab sosial aku? Conform tidak boleh lah, nak bercakap pun berfikir lama nak guna karakter siapa. Tu lah layan sangat anime, sampai karakter pun perlu fikir, mana satu nak apply. Pelik, pelik.

My real karakter? Entahlah, aku dah lama lupa lepas peristiwa tu, tragedi Oktober nyanyian Awie, kah kah kah. Aku pun dah lupa macam mana nak berlakon gaya ‘be yourself’. Korang tahu macam mana? Ajar aku.


…..
Esoknya, aku pergi pun. Boleh latih mata aku. Apasallah guna mata ni senang sikit, kenapa susah guna akal, hati atau anggota. Tapi jangan risau, aku tahu apa limit ilmu yang boleh didapati melalui mata, sebab itulah aku jarang komen hidup orang lain. Adil tak komen hidup orang lain, respective to your own life? Bagi aku, malaslah nak layan benda macam tu, kalau dengar pun pura-pura seperti tidak dengar, senang hidup.

Aku bingung, karakter mana yang aku boleh lakonkan. Tak kan karakter bodoh, tapi karakter tu senang nak lakonkan, sebabnya aku ni memang dah bodoh, kah kah kah.

…..

Bagaikan air sungai yang dihalang oleh batu besar, tetapi malangnya buat batu itu, kerana air sungai tak bisa dihentikan dengan kudrat batu itu. Begitu juga dengan aku, hati ini malas untuk menghadiri majlis seperti itu, tidak ada dalam kamus hidupku. Tetapi apakan daya, ada kalanya keinginan hati tidak dapat dituruti, kerana persekitaran terlalu kuat menyerlahkan cahayanya.

Aku hanya diam di dalam majlis itu. Ini pertama kali aku duduk di dalam majlis seperti ini. Aku perlu senyum selalu, ya, aku perlu senyum, seperti yang tertulis di dalam buku itu. Kalau tidak aku akan dianggap sombong. Itulah manusia, berlakon kerana persekitaran. Mungkin aku ini salah, tetapi apakah yang diharapkan oleh orang lain sekiranya melihat seorang introvert seperti aku? Adakah mereka berharap yang aku perlu jadi diri aku yang sebenar, atau perlu berlakon agar  boleh suaikan diri.

Tapi, itu kepakaran aku. Berapa ramai telah kecundang dengan lakonan aku. Aku sendiri pun sudah lama kecundang, sehinggakan aku telah lupa who am I.

Dalam pertemuan itu, senior memulakan bicara, nama disebut, asal-usul diterangkan. Diiringi oleh si junior. Si junior ini adalah manusia yang pertama kali memasuki universiti, teringat aku Narsha. Dia sekarang berada di universiti ini, mengambil bidang sains kemanusiaan. Bezanya Narsha dengan junior di depan aku hanyalah sekadar bidang yang mereka ambil. Junior di depan aku ni mengambil bidang yang sama dengan aku, bidang fizik. Aku tidak tahu apa tujuan mereka mengambil bidang ini.
Si senior mulakan pengenalan fizik, seperti biasa diterangkan apa pekerjaan yang boleh dituruti selepas habisnya empat tahun. Aku hanya diam sahaja, berlakon menjadi pendiam, walaupun dalam realiti aku memang seorang pendiam, tetapi aku melihat aku berdasarkan fantasi aku. Di dalam fantasi aku, aku seorang yang bising, bising bukan di dalam sikapku, tetapi di dalam mindaku. Aku di fantasi adalah seorang yang bising di dalam mindaku, penuh dengan kehidupan ala-ala anime yang pernah aku tonton. Khayalanku sahaja.

...

Aku tidak boleh seperti ini, terutamanya ketika di dalam majlis ini. Aku perlu kembali ke realiti. Pergi kau jauh wahai fantasi, akan aku masuk semula ke dalam fantasi itu apabila majlis ini tamat. Pergi jauh, aku perlu fokus di dalam majlis ini agar aku boleh observe sekeliling berdasarkan realiti aku, bukannya berdasarkan fantasi aku, atau dunia virtual aku.

Aku pejam mata beberapa kali. Nasib baik, aku boleh mengalahkan fantasi aku. Biasanya aku akan kalah dan terus berenang di lautan fantasi, fantasi rekaan aku sendiri.

Aku perlu fikirkan sesuatu agar aku boleh kembali menyuruh mataku supaya hilangkan sebentar fantasi ini.


Ketika perbualan dan perbincangan antara senior dan junior, aku terfikir, bila lagikah masyarakat aku ini bakal menggantikan nama Einstein, Neil Bohr, Nicola Tesla, Richard Feynman. Mana nama yang apabila didengar namanya disebut, aku akan tahu orang ini satu bangsa dengan aku? Orang yang boleh mengangkat fizik dalam acuannya yang tersendiri, berteraskan lumrah hakiki hidup manusia. Berapa lama lagikah aku perlu menunggu?

Berakhir sudahkah sejarah fizik sebagai idea. Sekarang ini, yang tinggal hanyalah dalam bidang penyelidikan dan teknologi. Penyelidikan menggunakan teori sains atau penyelidikan untuk membuktikan teori sains itu. Mungkin tidak ada lagi teori yang boleh mengubah worldview dunia, yang mengajar erti realiti dunia ini. Atau teori itu sebenarnya tidak boleh mengajar apa-apa pun tentang dunia ini?

……

Malang sekali hidup, aku telah disuruh oleh kawan aku untuk berkata-kata, untuk memberi ucapan. Aku tidak tahu apa yang perlu diluahkan, karakter yang aku lakonkan sebentar tadi tidak sesuai dengan apa yang hendak aku ucapkan. Tapi apakan daya, aku tidak boleh menolak. Semua mata memandang aku, keadaan yang aku benci sekali. Aku tidak suka menjadi center of attention sebabnya boleh mencabar kewibawaan aku sebagai shadow, sebagai phantom.

Aku mulakan susunan ayat. Aku hanya cakap benda asas kepada junior-junior yang berada di depan ku. Siapalah aku untuk cakap benda yang dalam-dalam. Siapa aku untuk bicara Copenhagen Interpretation, Bohm Interpretation, falsafah sains Islam, falsafah sains Barat. Biarlah mereka yang pandai akan berbicara benda itu.

Bermulalah cerita si fantasia menceritakan sebuah cerita yang tenggelam bersamanya di dalam realiti dunianya.

“Sains dikatakan terbahagi kepada tiga. Sains sebagai idea, sains dalam pengkajian/research dan sains dalam teknologi ataupun application. Sains sebagai idea adalah pencarian teori baru untuk teori sains yang sedia ada atau penambahbaikan teori sains yang sedia ada. Misalnya teori Big Bang. Teori Big Bang ada kelemahannya, maka terbinanya teori baru. Seterusnya adalah sains sebagai pengkajian. Sains dalam kategori ini adalah - teori sains yang digunakan dalam membuat sesuatu kajian ataupun research. Dalam pengkajian itu, mungkin boleh terbinanya sains sebagai idea, terletak lah kepada si pengkaji itu. Manakala, sains sebagai teknologi adalah menggunakan sains untuk mereka teknologi ataupun inovasi teknologi itu.  Pembahagian sains ini mungkin tidak lengkap, tetapi secara kasarnya sains dibahagikan seperti itu. Pembahagian ini ada kelebihannya, misalnya sekiranya seseorang mengkritik sesuatu teori sains itu, lihat dulu kritikannya ke arah mana, adakah ke arah sains sebagai idea atau lain. Tapi biasanya kritikan itu akan ditujukan kepada kategori sains sebagai idea. Kritikan itu biasanya dikeluarkan oleh ahli falsafah, ahli agama atau daripada ahli fizik sendiri. Untuk menjawab kritikan itu, bagi saya, jawablah dalam kategori sains sebagai idea. Tahukah kenapa ahli falsafah mengkritik teori sains itu terutamanya sains sebagai idea? Ini kerana sains sebagai idea itu boleh memberitahu kita apa sebenarnya “nature of our world”. Teori sains itu boleh reka worldview seseorang. Contoh senang sekali adalah teori evolusi Darwin. Teori ini telah digunakan untuk reka worldview kebanyakan masyarakat Barat. Ada juga pendapat mengatakan bahawa teori sains tidak boleh memberitahu manusia apa “nature of our world”, tapi biasalah ada yang menyokong dan ada yang membangkang. Kamu semua pilih yang mana? Pilihlah yang mana-mana sebabnya kita perlukan keseimbangan di dalam ketiga-tiga kategori itu. Mungkin ada yang kuasai hanya satu sahaja, mungkin juga ada yang boleh kuasai semuanya. Minat diperlukan dan perlu diingat kemungkinan kamu semua akan dihina oleh kategori lain. Itulah manusia, kamu semua pun tahu. Ini hanyalah pendapat saya. Bina pendapat kamu sendiri. Bina falsafah sains kamu sendiri jangan hanya tahu mentaqlid buta sahaja. Ingat sesuatu teori itu perlu faham, kritik, dan inovasi. Sekian dan terima kasih”

Mereka bertepuk tangan, tapi adakah tepukan itu menandakan yang mereka faham apa yang aku cakapkan atau hanya sekadar tepukan lumrah yang selalu diberikan ketika seseorang habis memberi ucapan?

….

Itu sahaja yang aku cakap. Tapi seperti yang aku agak, melalui air muka mereka, aku tahu tidak ramai yang ambil fizik kerana minat kepada fizik. Aku pun dulu seperti itu, aku berharap mereka akan meminati fizik suatu hari nanti.

Selepas aku habis berkata-kata, kawan aku yang bertugas sebagai pengerusi majlis (ni majlis tidak formal), memberi cadangan bahawa junior perlu menghantar seseorang untuk bercakap mengenai fizik. Tidak kisah lah cerita pasal apa.

Aku lihat sekeliling, tiada yang mahu. Tiba-tiba seorang wanita mengangkat tangan. Melalui mukanya boleh nampak kejernihan jiwanya. Tudungnya, bajunya, dia nampak seperti gadis pilihan ramai, wanita pilihan lelaki. Wanita itu sepertinya wanita impian semua lelaki, sifat kewanitaannya dikeluarkan melalui gaya jalanannya, melalui pandangan matanya.

Kawan aku yang duduk di tepiku terdiam memandang wanita itu, kawan aku yang berada di sebelah kiri aku pula, mula berkata-kata

“Mad, wanita Melayu terakhir, Nak tak?”

Aku hanya berdiam diri. Aku dah ada Narsha, hati aku dah ada Narsha. Tapi bukankah cinta itu ilusi.
Akal aku mula bermain violinnya, nyaring sangat. Akal aku mula berkata-kata

“Mad, lawa tak wanita tu. Lihat air mukanya, lihat gaya jalanannya.”

Aku hanya membalas suara mindaku

“Aku kan ada Narsha. Jangan kacau aku.”

Aku tahu itu bukan suara mindaku, itu suara hatiku.

“Mad, Narsha tidak suka kau.”

“Layakkah aku suka wanita itu? Wanita depan aku ni terlalu baik untuk aku. Biarlah dia cari lelaki yang baik dari aku.”

“Bukankah itu ayat yang sama yang kau pernah keluarkan di depan Narsha?”

Ah, kepala aku sakit. Tidak, aku tak kan terjerat di dalam ilusi cinta, cinta ilusi yang dikeluarkan kerana sekadar kecantikan, aku suka Narsha bukan kerana kecantikan, aku suka dia kerana…………

“Mad, jangan mengkhayal”, kawan aku memanggilku.

“Siapa cakap aku tengah mengkhayal?”

“Amad, kau lah antara kawan aku yang kaki mengkhayal, ada dunia sendiri. Kah kah kah.”

Aku hanya diamkan diri.

……


Aku menunggu wanita itu berkata-kata mengenai fizik.




















Ulasan

Catatan Popular