Bab 47 Psych Schizophrenia

3 bulan kemudian

Semua dah berubah.  Aku mula tinggalkan semua itu. Aku give up untuk buang perasaan kosong ini. Aku give up manga, anime, falsafah, semuanya. Aku malas nak layan benda seandainya tujuan aku melayan benda itu hanya sekadar untuk buang rasa kosong di dalam hati aku, akhirnya perasaan kosong itu kembali. Bagus aku melayan rasa kosong sahaja, lagi seronok, baru ada perasaan nak bunuh diri. Kah kah kah. Bodoh punya hati.

Petang itu, datang seseorang. Dia ingin berbincang dengan aku.  Dia ni adalah bakal suami Narsha.
“Amad, ada benda yang aku nak cakap.”

“Boleh.”

“Amad, sebenarnya aku ni hanyalah kawan Narsha.”

“Maksud kau?”

“Narsha sebenarnya sukakan kau.”

“Kenapa dia tipu?”

“Sebab dia tak nak sakitkan hati kau. Dia tak nak kecewakan kau.”

“Aku tak faham.”

“Sekarang ni dia berada di hospital. Kanser otak level akhir. Dia hanya ada empat bulan untuk hidup.”

Aku tidak tahu apa lagi yang harus aku lakukan. Aku bingung  dengan semua ini. Kenapa dia tidak ceritakan perkara yang sebenar?

“Aku nak tanya sesuatu.”

“Boleh.”

“Adakah selama ini dia suka aku?”

“Ya, dia selalu cerita mengenai kau. Dia cakap dia tahu kau suka dia, tapi dia menunggu kau untuk confess dulu.”

“Bila dia tahu penyakit dia?”

“Dah lama, sebelum dia kenal kau.”

“Jadi selama ini dia hidup sengsara?”

“Ya, tapi dia pernah cakap yang dia gembira jumpa kau.”

“Jadi kenapa dia tipu?”

“Dia takut kau kecewa.”

“Aku dah biasa kecewa.”

“Sebab itulah dia tak nak beritahu kau, sebab kau dah biasa kecewa. Dia tak nak kau kecewa kerana sebuah cinta yang terbalas tetapi masa tidak membenarkannya.”

“Maknanya dia anggap lebih baik aku kecewa kerana cinta yang tidak terbalas?”

“Ya, sebab itu kurang sakit.”

“Sakit. Hati aku sentiasa sakit, sama ada sebab itu atau perkara lain.”

“Dia pernah cakap yang kau ini pelik. Dia takut harapan kau hancur.”

Aku berdiam.

“Amad, jangan banyak berfikir, Narsha pernah cakap yang kau ni suka tinggal di dunia fantasi. Mad, tiba masanya untuk keluar.”

“Di mana Narsha sekarang?”

“Hospital Kuala Lumpur.”

“Apa probability dia untuk sembuh?”

“Lebih baik kau sendiri jumpa dia.”

...

“Kenapa dia tak nak beritahu aku?”

“Dia cakap kau dah banyak kecewa, kecewa dalam dunia fantasi kau. Dia takut kau tidak tahan kekecewaan di dunia realiti. Sebab itulah dia gunakan aku, agar kau tinggalkan dunia fantasi kau dan berusaha agar kau boleh kalahkan aku.”

“Kalahkan kau? Aku tidak minat perlumbaan. Cinta bukan sebuah perlumbaan.”

“Ya aku tahu kau akan cakap macam tu. Sebab itulah aku jumpa kau.”

Aku takut. Aku takut rasa kecewa di dunia realiti walaupun aku dah biasa kecewa di dunia fantasi aku, tidak kisah lah dunia fantasi rekaan aku atau rekaan oran lain.

“Amad, stop berfikir.”

“Jom. Aku hantar kau.”

“Jom.”

Sampai di hospital, aku terus berlari ke arah bilik Narsha. Semasa aku buka pintu, aku terlihat wajahnya yang tersenyum.

Tiba-tiba air matanya jatuh di saat dia melihat aku.

“Amad, macam mana kau ada di sini?”

“Aku nak jumpa kau.”

“Narsha, aku suka kau.”

Dia menangis dengan tersedu-sedu. Dia seperti berusaha untuk katakan sesuatu.

“Aku pun sama. Cumanya semua itu telah terlambat.”

“Tak, belum.”

“Amad, cari perempuan yang lebih baik daripada aku.”

“Aku tak nak.”

“Amad, cari perempuan yang lebih baik daripada aku.”

“Aku tak nak. Aku bukannya nak cari perempuan yang baik, aku hanya nak cari perempuan yang nak jadi baik. Perempuan baik bukan untuk aku.”

“Amad, aku minta maaf, sebab aku rahsiakan benda ni.”

“Kenapa kau rahsiakan?”

“Sebab aku tak nak kau kecewa. Aku tahu Mad, kau dah lama rasa kecewa dengan hidup kau, kau dah lama rasa give up dengan hidup kau, sebab itulah aku takut, seandainya kau tahu keadaan sebenar aku, kau akan lebih kecewa.”

“Bukankah aku pernah katakan bahawa aku dah biasa kecewa?”

“Kecewa fantasi tidak sama dengan kecewa di realiti.”

“Narsha, semasa kau tinggalkan aku, aku berusaha untuk anggap kau hanya ilusi. Tapi aku tidak boleh, sebabnya cinta itu bukan ilusi, walaupun aku pernah cakap yang cinta itu ilusi.”

“Amad, aku takut. Aku takut kalau kau bersama aku, kau akan sedih melihat aku pergi.”

“Aku dah biasa sedih.”

“Dan, aku juga takut kau cakap ayat tu. Ayat tu ayat orang yang telah lama give up hidup. Aku tak nak kau bertambah give up sebab aku.”

Aku diam.

“Amad, aku nak hidup. Aku nak bercinta dengan kau.”

Dia menangis teresak-esak.

“Amad, aku suka kau. Aku nak kenal kau . Aku nak rapat dengan kau. Tapi....”

Aku diam. Aku lihat air matanya jatuh lagi.


“Aku takut tinggalkan kau bersendirian. Aku takut kau lupakan aku.....”












Ulasan

Catatan Popular