Bab 55 Psych Schizophrenia (Tamat)

Ini kisah aku yang dulu. Sekarang aku dah berubah di saat cerita ini tamat. Aku dah tinggalkan perkara yang perlu ditinggalkan. Aku belajar untuk tidak memandang rendah impian dan cita-cita orang lain. Aku belajar untuk menghormati usaha mereka, menghormati impian mereka, dan aku suka melihat mereka yang bersungguh-sungguh untuk mencapai impiannya kerana aku cemburu dengan mereka yang kuat berusaha.

Aku harap suatu hari nanti aku akan jumpa sesuatu untuk aku usahakan untuk mencapainya. Aku nak impian agar aku boleh berusaha untuk mencapainya, walaupun sekarang ini hati aku MASIH kosong. Aku nak berusaha seperti mana dalam anime, walaupun anime sekadar fantasi yang akan menjadi bahan gelak orang lain –Your Lie In April, Sakurasou no Pet na Kanojo.

Aku cemburu dengan mereka yang ada impian dan berusaha untuk mencapainya walaupun orang lain memandang rendah impiannya itu. Aku cemburu kerana aku tiada apa-apa impian untuk aku capai. Aku cemburu kerana mereka berusaha keras untuk mencapai impian mereka, aku juga nak jadi seperti itu, tapi aku tidak tahu bagaimana. Hati aku dah lama sengsara, hati aku dah lama kosong, aku nak sesuatu untuk diusahakan. Aku nak belajar apa itu erti berusaha bersungguh-sungguh, struggle, aku nak itu. Aku cemburu melihat mereka berusaha. Walaupun mereka bersendirian, walaupun mereka dihina, walaupun mereka tahu mereka tidak pandai, tapi mereka tetap berusaha. Di saat aku melihat mereka, hati aku nak nangis sebab aku cemburu kerana aku tiada semangat seperti mereka. Aku nak semangat itu. Aku nak semangat itu.

Aku nak berubah. Aku tidak akan terpengaruh dengan mana-mana anarki lagi. Aku belajar untuk menjauhkan diri daripada mendekati pemikiran anarki, yang hanya menyebabkan hati aku teringin menjadi pemberontak.  Aku dah tahu apa yang perlu aku buat. Aku nak restart pemikiran aku, aku nak restart pemahaman aku mengenai sains-fizik, falsafah dan teologi-falsafah. Aku nak buang pemikiran awal aku dalam cerita di atas, aku nak mula dari awal sebab ada sesuatu yang aku terlepas. Selepas cerita ini tamat aku ceritakan, aku makin kenal diri aku. Aku dah tahu kelemahan aku dalam hakikat sebenar sains, makna sebenar tujuan sains. Selepas cerita ini tamat aku tuliskan, minda aku lebih tersusun. Janganlah terpengaruh dengan cerita di atas kerana tujuan cerita ini ditulis adalah untuk menyusun maklumat yang ada di minda aku, sebab itulah aku lebih prefer seandainya manusia tidak mudah dipengaruhi dengan mana-mana pemikiran, walaupun pemikiran itu menggunakan nama agama. Jadikan cerita di atas sekadar fantasi si penulis. Mungkin itu yang terbaik.

Kepada kawan-kawan yang mengajar aku erti anarki, terima kasih, kerana aku tahu apa itu perasaan memberontak. Kepada kawan-kawan yang mengajar aku falsafah sains dan fizik, aku juga ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih, dan minta maaf seandainya aku tidak meneruskan lagi semua itu. Dan terima kasih kepada mereka yang memperkenalkan aku dengan pemikiran Syed Naquib al-Attas. Terima kasih kerana mengajar aku apa itu erti adab, kerana adablah aku belajar menghormati golongan ilmuwan, walaupun banyak kesalahan yang telah aku lakukan – kesalahan dalam bidang penulisan, perkataan. Adab kepada individu, masyarakat, ilmu, alam, bahasa. Ajar aku lagi.


Mereka katakan keburukan anime adalah membuang masa, mata menjadi rosak, anime yang tidak senonoh tidak sesuai untuk umum, budaya yang tidak bagus untuk masyarakat. Bagi aku keburukan anime adalah kau tidak boleh lari daripada fantasi anime itu. Keburukannya adalah kau susah untuk keluar daripada fantasi untuk menghadapi realiti kau. Tapi bagi aku itu satu kelebihan, kerana fantasi anime ajar aku sesuatu, kerana aku belajar daripada pengalaman karakter dalam anime. Fantasi yang menakutkan aku kerana susah untuk kembali ke realiti – aku perlukan masa untuk kembali ke realiti, tetapi di saat aku kembali ke realiti, aku memandang realiti berdasarkan pandangan lain.

Keburukan kedua anime bagi aku bukan merosakkan mata tetapi mengajar hati erti kosong. Hal ini kerana apabila satu anime habis maka seseorang akan merasa kosong dan dia akan mencari anime lain untuk mengisi hatinya. Begitulah ‘cycle’ yang akan berulang selama-lamanya. Hatinya yang kosong di isi dengan ilusi yang tiada penghujungnya, kegembiraan yang hanya ilusi, kegembiraan palsu. Bukan anime sahaja, begitu juga dengan game, novel, drama, movie – semua itu hanya kegembiraan palsu yang tiada penghujungnya. Akhirnya hati kembali rasa kosong. Sebab itulah manusia itu peru ada jalan hidupnya sendiri.

Pernah tengok anime Glasslip. Point of view seseorang itu lain daripada lain. Adakalanya kita bercakap mengenai realiti tetapi orang lain menganggap itu ideality. Ada manusia yang bercakap dalam nada tersurat tapi orang lain faham dalam erti tersirat, begitu juga dengan sebaliknya. Sebab itulah, diri kita hanya difahami oleh kita sahaja. Kita tidak boleh 100% memahami kehidupan orang lain, kerana kita akan nilai kehidupan orang lain itu berdasarkan pengalaman kita.


...


Dalam anime Psycho Pass Season 1:

Everyone is alone. Everyone is empty. People no longer have any need of others. You can always find a substitute for any talent. Any relationship can be replaced. That’s the world I grew tired of.

Dalam anime Hanasaku Iroha:

“Some people can’t have their own dream, but they can follow someone else’s dream and make it their own.”

Dan

“But you know, not everyone is like her. There are those who can decide on their path right away, and there are also those who can only see their path after they’ve climbed high enough. You can take a detour or accidentally take the wrong path. Those girls are allowed to do that.”


Aku teringin nak


FIND MY OWN PLACE………..


Tapi dalam anime My Teen Romantic Comedy SNAFU 2:

“If I could have what I wanted, then I’d probably never want or wish for anything. Because the things I received and the things given to me would be fakes that would just disappear someday. So I think I’ll keep wanting.”

Aku terlalu banyak melayan dunia dua dimensi rekaan manusia lain hinggakan aku melihat dunia ini lain daripada aku yang dulu. Kebanyakan dunia dua dimensi membawa tragedi  yang berakhir dengan kegembiraan tetapi hati aku lebih suka seandainya ending untuk sesebuah anime adalah taip yang menyedihkan kerana bukankah kesedihan itu boleh mengajar sesuatu kepada manusia. Tetapi sampai bila nak melayan kesedihan. Manusia seperti aku tidak layak untuk merasai kegembiraan kerana hati yang rosak ini. Layakkah aku berharap kegembiraan seandainya aku membenci dunia realiti aku? Layakkah aku mengharapkan kegembiraan sekiranya masa aku lebih banyak di dunia fantasi?

Sepanjang hidup aku, aku belajar bahawa cinta romantik tidak wujud. Mungkin cinta itu wujud, tetapi manusia seperti aku tidak layak untuk menganggap cinta itu wujud, biarlah manusia lain yang menganggap bahawa cinta itu wujud. Cinta sangat berbahaya. Dan hidup aku telah mengajar aku untuk menganggap bahawa cinta itu adalah ilusi. Cinta ilusi yang boleh merosakkan minda manusia sehinggakan kerana cinta manusia sanggup berbuat apa sahaja.(Cinta romantik manusia moden)

Aku ada dunia aku sendiri. Dunia di mana aku rasa kosong tetapi rasa kosong itulah yang mengajar aku erti ilusi dan realiti, tetapi malang sekali kerana rasa kekosongan itu sangat kuat hinggakan aku telah mula melupakan dan membenci realiti aku. Dan aku memilih fantasi aku lebih daripada realiti aku hinggakan minda aku dah mula tidak boleh bezakan realiti dan ilusi. Bagi aku realiti adalah menyedihkan dan ilusi adalah menggembirakan. Minda aku dah rosak. Hati aku dah rosak. Ingatkan selama ini usaha aku berjaya untuk membuang pemikiran ini hinggalah di saat ini baru aku sedar  bahawa realiti moden ini memberi aku kekosongan yang menyakitkan. Aku tidak suka realiti moden ini. Aku tidak sesuai hidup di realiti moden ini.

Semua ini salah aku. Salah aku kerana belajar berfikir. Salah aku kerana belajar menyoalkan masyarakat moden. Aku rindu aku yang dulu, aku yang tidak menyoalkan apa-apa dan hanya mengikut tabiat masyarakat moden. Di saat aku menyoalkan semuanya, akhirnya hati aku telah mula kosong. Di saat aku menyoalkan kapitalisme, sistem pendidikan, sosial, politik, hati aku telah mula mengenal erti kosong. Aku penat dengan semua ini.

Bagaimana aku nak buang pemikiran ini. Dulu aku tidak mengerti makna kosong, tetapi di saat tragedi itu datang aku telah mula menyoalkan semua benda yang akhirnya soalan itu mengajar aku erti kosong. Seandainya aku tahu semua ini akan berlaku, aku tidak akan menyoalkan apa-apa perkara mengenai masyarakat moden. Aku tidak akan menyoalkan sistem masyarakat moden, tapi semua itu dah berlalu. Aku yang sekarang ini adalah manusia yang tiada guna dan tidak layak hidup di realiti moden ini. Sebab itulah aku mula mereka dunia ilusi aku. Dunia yang boleh aku bergembira.

Aku penat hidup di dunia yang aku tidak layak hidup. Aku penat nak masuk ke ilusi aku. Walaupun ilusi aku gembira tetapi di saat aku keluar dari ilusi ke realiti, hati aku sakit, hati aku penat, kerana hati aku sedar bahawa kegembiraan di dunia ilusi hanya sekadar kegembiraan palsu walaupun mulut aku tersenyum. Aku penat dengan semua ini. Aku penat di dunia realiti, aku penat hidup di dunia fantasi dan aku penat hidup di dunia virtual. Aku tidak tahu apa yang aku perlu lakukan untuk buang semua pemikiran ini, dan akhirnya apa yang aku mampu adalah berenang di lautan fantasi aku.


I GIVE UP TO LIVE IN THIS MODERN REALITY


kerana aku tidak layak untuk hidup di saat pemikiran aku rosak dan hati aku rosak. Bagaimana aku nak melayan falsafah-teologi seandainya hati aku rosak, seandainya minda aku rosak? Bagaimana aku nak melayan fizik seandainya hati dan minda aku rosak? Layakkah aku berbicara mengenai hubungan falsafah-teologi dan fizik seandainya minda dan hati aku rosak?
Lebih baik aku tinggalkan semua itu. Lebih baik aku melayan fantasi aku dan tenggelam di dunia dua dimensi rekaan manusia lain. Dan aku juga harus ingat bahawa dunia anime dan manga sangat berbeza daripada dunia realiti.

...

Manusia ingin menjadi watak utama dalam hidupnya, tetapi fantasi aku mengajar aku bahawa aku tidak layak untuk menjadi watak utama dalam hidup aku sendiri di realiti. Di fantasi juga aku bukan watak utama, aku sekadar pemerhati yang berjalan-jalan di ilusi itu. Hidup aku mengajar aku bahawa aku ini tidak boleh menjadi watak utama dalam hidup aku, kerana seandainya aku menjadi watak utama maka aku akan hancur di realiti moden. Bagaimana seorang manusia yang membenci realiti boleh menjadi watak utama di realitinya sendiri?

Sebab itulah aku memilih

“Aku give up semua. No physics, no philosophy, no romantic, no book, no ‘anarki’,  no fantasy, no reality, no delusion, no destiny, no competition, no virtual…… only my heart is left ......that always empty.”

Biarpun aku nak cari ‘my own place’ tetapi aku sedar bahawa tempat itu tidak wujud di realiti. Kerana semua itu ada di dalam hati aku. Dalam anime Hanasuka Iroha:

“When I first came to the Kissuiso, I thought it was like something out of a fairy tale. And just as I’d expected, a lot of crazy things happened. So many things occurred in a day. But that’s because everyone was festing it up, wasn’t it? If a lot of people get together and fest it up, it’s only natural that many things happen. What creates events are everyone’s individual feelings. So, it doesn’t have to be here. Events can be created anywhere.”

Aku tidak boleh mereka event untuk melahirkan “my own place”, sebab itulah aku give up  untuk mencari tempat itu kerana tempat itu adalah ilusi untuk manusia seperti aku yang lebih memilih ilusi daripada realiti era ini.

Aku juga pernah terbaca ayat ini :

“I stopped telling myself that I’m lost. I’m not. I’m on a road with no destination, I’m just driving with hope that I’ll find a place that I like and I’ll stay there. I’m not lost, I’m on my way.”

Tetapi aku juga pernah baca ayat ini:

“People say something is missing from their lives.

They are right.

They are missing themselves.

Their true emotions and expressions.

Their full energetic focus and connection with life.

Their entire attention on the magic of the moment.

Their joyous sense of aliveness and love and gratitude.

Thus what is missing, the only thing not present, is:

PRESENCE

Brendom Burchard (author of Life’s Golden Ticket)


Aku dah lama merasa kosong. Aku dah lama tidak suka akan realiti era ini. Dan aku juga tidak sedar bahawa manusia seperti aku tidak layak untuk bercakap. Dan yang lebih penting……


I GIVE UP TO FIND THAT PLACEs

Minta maaf kerana aku hidup. I am nothing in this reality.



“Di dunia ni jangan sesekali belajar berfikir, kerana kesakitan akan hadir apabila mata melihat realiti dunia yang sebenarnya. Jangan sesekali mempersoalkan susunan masyarakat moden kerana hati akan menjadi kosong dan jangan sesekali mempersoalkan sistem masyarakat moden kerana hati akan terluka. Jangan belajar berfikir – ikut sahaja masyarakat kerana takut hati akan terseksa di saat minda mempersoalkan dunia moden realiti. Itu hidup aku ajar. Itu kekosongan hati aku ajar.”




        -------------------------------------------TAMAT------------------------------------------------





Apabila ada manusia katakan bahawa dia membenci duit, dia salah kerana bukan duit itu yang harus dibenci, yang harus dibenci adalah sistem yang mengawal ‘pergerakan’ duit itu.









SI PENCARI FANTASIA

First, accept your reality calmly, silently, alone, and anonymously, otherwise that reality will destroy your dream, fantasy and of course it also will destroy your reality….



                                       Hinarqy Hyouka














Ulasan

Catatan Popular