Bab 46 Psych Schizophrenia
Tak sangka pula malam ni aku boleh lepak dengan Narsha. Dia hanya ajak
lepak di restoran. Masa kami makan, aku ‘terhidu’ sesuatu. Kenapa dia diam dari
tadi? Tak kan dia ada masalah. Aku nak tanya pun aku takut. Bagus aku tunggu
dia terangkan masalah dia daripada aku paksa.
“Amad, aku rasa kisah dah nak habis.”
“Maksud kau?”
“Kisah kau.”
“???”
“Amad, aku minta maaf.”
Air matanya jatuh.
“Amad, ini mungkin kali terakhir kita akan berjumpa.”
“Kenapa?”
“Aku nak tunang dah.”
‘Dengan siapa?”
“Kawan aku.”
“Oh, ok. Jadi kenapa kau nangis?”
“Kau tidak rasa apa-apa.”
“Aku dah biasa dah benda macam tu.”
“Amad, aku minta maaf.”
Lepas tu dia nak balik. Aku biarkan sahaja. Aku pelik pula apasal hati aku
tidak sedih. Hati aku memang dah rosak. Perempuan yang aku suka nak bertunang,
tapi hati aku tak sakit pun, rasa macam kau dapat four flat. F**K tipu, sial.
Macam ini lah hidup. Ada peristiwa yang tidak masuk akal. Ada peristiwa
yang berlaku tanpa diundang, sampaikan sebuah cerita ending bosan. Macam cerita
aku ini.
Habislah cerita aku. Bosan pula ending cerita aku. Ah, lantaklah, hidup
aku, bosan atau tidak , ada aku kisah. Tak sangka ini pula penamatnya. Tapi
kenapa Narsha nangis? Dia suka aku? Kenapa hati aku rasa gembira? Air mata aku
tiba-tiba jatuh. S**t, kenapa aku macam nak menangis. Mad, hati kau gembira,
jadi kenapa kau nak menangis? Bodoh lah aku ni. Hati aku memang dah rosak.
Bukankah benda ni bagus. Boleh aku layan kekecewaan. Aku kan dah lama rindu
benda macam ni. Boleh buat cerpen.
Hati aku dah rosak. Malam tu aku SMS Narsha. Aku nak jumpa dia esok untuk
kali terakhir.
Tamatnya sebuah cerita. Bosan.
....
Keesokan harinya.
“Amad, thank you. Mungkin ini kali terakhir kita
akan bertemu. Terima kasih kerana selalu temani aku.”
“Ya.”
“Amad, jangan
terlalu mengkaji romantik, nanti kau suka menjadi seorang yang kalah. Bukankah
kau suka belajar melalui tragedi kesakitan percintaan? Buang minat itu. Nanti
hati kau hancur.”
“Hati aku dah
lama hancur.”
“Amad, aku tahu
kau suka aku, tetapi kenapa kau tidak pernah luahkan? Aku harap kau akan
luahkan sebelum aku berjumpa dengan seseorang. Kenapa kau sembunyikan perasaan
kau? Kenapa kau tidak luahkan?”
“Bukankah aku
pernah luahkan?”
“Tidak pernah
Mad.”
“Tak pernah?
Bukankah aku selalu cakap yang aku suka kau?”
“Kau masih tidak
boleh bezakan fantasi dan realiti Mad.”
“Jadi selama
ini…”
“Ya, kau hanya
luahkan di dalam fantasi kau.”
Pada masa tu
sepertinya hari nak hujan. Awan hitam ditiup angin bagaikan hati aku yang hitam
kerana ilusi aku. Inilah pertama kali aku melihat Narsha memakai tudung. Tudung
labuh wajahnya cerah, senyumannya tidak lagi seperti senyumannya yang dahulu.
“Narsha, lelaki
tu dah mengubah kau.”
“Ya.”
Aku memandang
mukanya. Dirinya bukan lagu milikku, walaupun selama ini dia tidak pernah
menjadi milikku.
“Amad, aku tahu
kau suka aku, tapi aku minta maaf sebabnya aku hanya anggap kau sebagai kawan.”
“Ya, aku tahu
itu. Apa guna aku mengkaji romantik seandainya aku tidak tahu benda seperti
itu.”
“Tapi Mad, jangan
terlalu percaya dengan kajian kau itu.”
Rupanya selama
ini aku tidak pernah luahkan perasaan aku terhadapnya. Bodoh. Shit. Aku rasa
hati aku nak teriak tapi aku kan dah biasa rasa perasaan seperti ini. Aku dah
biasa. Dan aku rasa seronok melayan kesakitan akibat cinta. Rasa seronok sangat
kerana ada idea datang ke minda. Pain is fun.
Sebuah kereta
datang. Turun seorang lelaki.
“Narsha, jom”
Lelaki bakal
suami Narsha. Lelaki yang telah mengubah Narsha menjadi baik. Hensem, kaya,
pandai, bijak.Satu peratus berbeza dengan aku.
“Bye Mad.”
“Bye.”
“Mad, aku ada
idea untuk idealism kau, sekarang ni bagus kau tinggalkan dulu pengharmonian
teologi-falsafah dan sains,. Jangan fikir dulu pengharmonian untuk benda tu,
kau masih tidak layak. Amad, ada realiti yang kira harus terima. Ingat nasihat
akhir aku ni ....”
“Ya, aku tahu
itu.”
“Baguslah kalau
kau tahu. Bye.”
“Bye.”
Di saat dia
meninggalkan aku, hati aku terasa bagaikan hilang rasanya. Aku tersenyum
sebabnya aku gembira rasa kesakitan ini.
DI saat dia masuk
ke dalam kereta itu, hati aku terasa umpama melihat markah peperiksaan aku,
markah peperiksaan yang antara tertinggi di dalam kelas. Bodoh, punya hati.
Hati aku dah rosak.
Tapi, bukankah
cinta itu melihat dia gembira walaupun ……..
Aku selalu cakap
cinta itu ilusi, tetapi kenapa hati aku terasa sakit? Aku selalu cakap yang aku
akan lepaskan Narsha seandainya dia bertemu dengan lelaki yang lebih baik dari
aku. Tetapi kenapa hati aku nak dia bersama aku selama-lamanya? Kenapa hati aku
seperti susah nak lepaskan dia?
Setelah melihat
kereta itu hilang dari pandanganku, hati aku menangis tetapi air mataku susah
untuk keluar. Inilah yang dinamakan ‘aku
relakan dia pergi kerana lelaki itu lebih baik dariku’. Aku dah biasa melayan
perasaan ini. Bukankah perasaan ini sama seperti yang aku rasa ketika melayan
anime atau manga? Loser sial. F**k up. Sial. Sial. Sial.
Mataku langsung
tidak menumpahkan airnya. Mungkin aku dah terbiasa rasa perasaan ini. Bodoh.
Hati aku sakit,
tetapi kenapa pada masa yang sama aku rasa gembira? Hati aku dah rosak. Hati
aku dah rosak. Kah kah kah. Sial. F**k up.
Cycle itu
berulang bermain di dalam minda aku.
Ulasan
Catat Ulasan