Bab 45 Psych Schizophrenia

“Hai Mad.”

“Hai.”

Tak sangka Isydahyanti tegur aku.

“Seorang.”

“Ya. Awak?”

“Seorang. Amad, jom pergi makan. Boleh bincang pasal fizik.”

“Jom.”

Sampai di restoran aku order makanan begitu juga dengan dia.

“Amad, bidang fizik apa yang kau minat?”

“Entahlah, aku tak minat mungkin.”

“Tipulah.”

“Awak?”

“Particle physics.”

“Pasti awak tahu kisah Abdus Salam terima hadiah Novel.”

“Tahu sikit-sikit. Symmetry breaking pun ada kena mengena dengan dia kan?”

“Aku tidak tahu.”

“Amad, saya cadangkan awak baca buku The Particle in The end of Universe. Banyak fakta awak boleh tahu.”

“Saya dah habis baca dah. Awak?”

“Dah. Seronokkan.”

“Ya.”

……

“Awak… Awak tahu tak falsafah di sebalik particle physics?”

“Ada eh?”

“Saya tidak tahu, sebab tu saya tanya.”

“Saya rasa tiada, tapi entahlah tiba-tiba suatu hari nanti ada pula golongan scientism yang akan attack agama guna particle physics. Awak tak kan tak tahu.”

“Ingat saya ni Wikipedia kah kah kah. Saya tak tahu apa-apa pasal particle physics ataupun falsafah di sebalik particle physics. Tapi jangan pula suatu hari nanti mereka gunakan bidang tu dan cakap bahawa dunia ni tiada permulaan dan pengakhiran.”

“Macam yang Stephen Hawking buat tu?”

“Ya. Kita ni beragama, kita tahulah apa batas sains. Cuma, takut golongan scientism ni gunakan teori tu untuk membuktikan bahawa pegangan mereka adalah benar, sedangkan ilmu sains ada limit.”

“Maksud kau, mereka guna “logic science” mereka yang tidak bebas nilai tu untuk attack ahli agama Samawi?”

“Ya.”

“Amad, betul kau tidak tahu pasal falsafah di sebalik particle physics?”

“Ya.”

“Cuba kita bincangkan. Perbincangan nerd kah kah kah.”

“Sekadar perbincangan?”

“Ya.”

“Tapi nanti timbul salah faham?”

“Saya pun ada otak gak.”

“Ok.”

(Perbincangan sulit. Orang tertentu sahaja yang boleh ketahui. Kah kah kah. Bajet tak aku? Kah kah kah. Let Them Talk…)

……

“Awak…….. pelajaran awak macam mana?”

“Ok.”

“Jaga CGPA, benda tu boleh jadi fitnah. Kuasai dulu sains sebenar-benarnya supaya suatu hari nanti awak boleh kritik sesuatu teori sains. Jadi macam Imam al-Ghazzali, kuasai falsafah Yunani sebenar-benarnya dahulu, dan kemudian boleh kritik ilmu tu.”

“Awak ni cakap tak serupa bikin.”

“Apa boleh buat. Hidup saya serabut. Kah kah kah.”

“Sebenarnya apa tujuan awak ambil fizik?”

“Rahsia.”

Diam seketika. Terpaksalah aku berlakon “bercakap”

“Ada golongan rendah-rendahkan awak?”

“Pasal apa?”

“Hmmm…...Tiadalah”

“Saya tahu apa maksud awak. Tapi saya tidak kisah pun.”

“Jangan sebarkan apa yang awak tahu. Kalau nak bincangkan benda tu, pastikan persekitaran selamat daripada golongan tut tut. Awak faham kan?”

“Faham.”

Lepas kami habis perbincangan nerd, kah kah kah, dia cepat-cepat nak pergi kelas. Masa aku pusing ke belakang aku terlihat Narsha. Dia memandang aku. Aku tidak perasaan pula dia duduk di belakang aku. Dia tengah makan bersendirian.

“Hai Narsha.”

“Hai. Untunglah ada kawan yang boleh bincang pasal fizik.”

“Perbincangan amatur.”

“Ok lah tu.”

“Kenapa” Kau jealous eh?”

“Buat apa aku nak jealous. Buang masa.”

Dia buat muka ketat. Tapi kenapa aku rasa yang dia ni macam tengah jealous, dia suka aku eh. kah kah kah. Perasaan aku kot. Bak kata pepatah dalam anime Love, Chunibyo & Other Delusions! – (Biarpun langsung tiada kena mengena dengan hal ini)

‘Guys tend to misinterpret those situations and end up making fools of themselvel! I bet 80% of the planet’s male population has been there before’

“Narsha, aku gerak dulu. Aku ada kelas.”

“Ok. Amad malam ni free tak.”

“Free, nak lepak tak?”

“Boleh juga.”

“Nanti aku call.”

“Ok.”

Petang ni ada kelas pula, masa yang sesuai untuk tidur. Bodoh lah aku ni, tak pasal-pasal perangai aku jadi fitnah ke atas idealism aku. Manusia katakan. Manusia ni apabila perasaan hasad dengki muncul, mereka akan buat apa sahaja untuk jatuhkan orang yang dia benci itu, sampaikan aib teman sendiri dia boleh sebarkan. My middle finger for that type of people. Minta maaf kalau terasa

 KAH KAH KAH.


…….












Ulasan

Catatan Popular